Car seat hak milik Qayla imani, alhamdulilah. 

Sejurus lulus sahaja permohonan MyCRS yang diuar-uarkan oleh kerajaan, Ahad lepas kami dah siap-siaga beli kerusi keselamatan kanak-kanak (car seat). Alhamdulilah, kali ketiga buat survey di kedai baby berdekatan maka berjumpa akhirnya car seat mampu milik. 

Klik 👉 Keputusan semakan kelayakan MyCRS

Mampu bayar, mampu milik
Kenapa julia tekankan mampu bayar dan mampu milik sebab pertama ialah kualiti, diskaun berganda dan penjimatan dapat sekaligus. 

Kedai baby pertama kami lawati untuk claim diskaun MyCRS memang menawarkan car seat berjenama. 

Dari segi luaran memang tip top cantik dan nampak classy lah kalau anak anda duduk.

Tapi, bila semak soal harga, car seat yang Qayla dah beli tu harga asal sama dengan harga berjenama tau. 

Bezanya dari segi car seat itu sendiri ada tak dia beri diskaun sebelum guna kupon MyCRS?
Ya itu yang membezakannya tersangat banyak. Fungsi sama sebijik macam car seat jenama biasa di pasaran tau. Jadi kami ambil tindakan untuk tidak melulu dalam membuat pilihan. 

Kami ke kedai baby yang seterusnya, dua kali ke kedai yang sama. Senang cakap sebut Manjaku mana-mana negeri ada kan. Ya kami ke situ hari berlainan sebanyak 2 hari berturut-turut. Nak kasi puas hati.
Sudut dari sisi, lembut dan warna merah, hitam, kelabu nampak selesa di mata. 

Fungsi Car Seat untuk anak bawah 3 tahun
Aku sangat tekankan bab ini, anak bawah 3 tahun kerap nak tidur selesa dan nak minum susu. 

Kalau perjalanan balik ke kampung kau perlu ada car seat yang boleh laraskan kedudukan dia jadi seakan ala mini katil baby. 

Faham tak maksud julia?
Ada satu button di bawah car seat tu kalau kau tarik atau tekan dia boleh laraskan baby kau jadi seakan baring. 

Sedap lah dia tidur nanti lepas kenyang dan buat dia selesa. 

Yang berjenama pun memang ada fungsi ini, jadi kalau korang seangkatan dengan julia nak yang macam seakan fungsi sama praktikal beli yang jenama biasa pun kau akan dapat macam itu. 

Why pay more? You can save more and more!
Alhamdulilah, pilihan kami tepat, kami pilih jenama Sweet Cherry. Kebanyakkan barang baby dalam rumah kami majoriti semua jenama ini. Jenama ini ada tau dari kategori mahal ke kategori harga mampu bayar untuk golongan B40 ke bawah. 

Baguskan, tak adalah kita kena ikat perut sangat semata-mata nak beli car seat yang harganya jauh lebih mahal dan masuk dalam bakul online tak beli sampai ke sudah. Sebab nak tunggu harga diskaun yang entah bila tak kunjung tiba. 

Sudahnya lupa... anak pun makin besar dan tak duduk di car seat. Bahaya. 
Lepas kau dah berkenan dengan satu car seat idaman korang, jangan lupa ya cari bar kod MIROS. Scan di telefon pintar dan lihat betul tak nombor model dia melalui pdf yang dipaparkan. Contoh dibawah boleh lihat. Pastikan ada CTA kod.


Sudah confirm ada sijil MIROS, kalian perlu buat ujian bagi anak duduk di car seat sebelum beli di kedai. Bagi dia pakai dulu tali car seat tu, jangan main beli je sebab boleh bayar, sebab bila sampai dekat anak, anak pula tak selesa.

Mungkin tali pinggang car seat tu buat dia tak selesa, laraskan sampai dia rasa selesa dan kurang menangis. Pastikan car seat tak ada sebarang kerosakan dan tak retak. Semak habis-habis sebelum buat pembayaran.


Rezeki dapat tebus diskaun dua kali!
Boleh tengok bukti resit pembelian diatas, siap ada tarikh haha boleh jadikan tarikh kenangan akan datang. 

Sebelum buat pembayaran, julia kena isi satu borang di kedai untuk pastikan MyCRS itu boleh digunakan untuk satu pembelian sahaja tau. 

Selepas isi maklumat di borang, baru boleh bayar. Macam rekod kedai lah untuk tebus subsidi MyCRS tu. 

Okey nampakkan harga asal car seat jenama ini?

Harga Asal                   RM399
Harga Diskaun Kedai  RM120
Subsidi MyCRS            RM150
                                    ----------
Total penjimatan         RM129
                                    ----------
Memang jimat berganda-ganda. Cuma RM129 sahaja harga car seat ini kami beli. Eh suami yang beli, daku tukang update je dalam blog hihi. Memang mampu bayar dan mampu milik. 
Dah beli, jangan lupa baca buku manual cara pemasangan car seat ya. 

Senyuman pertama baby Qayla imani saat duduk pertama kalinya di car seatnya sendiri. Amboi kemain muka ada bangga ada kerusi jalan sendiri haha. 

Eh ketawa ya dia. Sebelum ini, saat Qayla lahir kami dah ada beli baby carrier tau. 
Setiap kali pi mana-mana Qayla duduk baby carrier dalam kereta. 

Mek puting hihi. Disebabkan Qayla dah semakin membesar, baby carrier tak berapa sesuai dengannya. Dia nak tengok suasana pula macam kita orang dewasa. 

Tak sampai beberapa minit eh tidur dah. Bila tengok anak selesa duduk dalam car seat, kita yang dari tadi dok sakan seronok dapat 2 kali diskaun tambah lagi gembira lihat anak macam ini. Dia selamat, kita pun rasa senang hati duduk dalam kereta. 

Teman umi pi jalan-jalan, masuk hari kedua, ketiga dan nak sampai hari ini pun dia dah pandai duduk car seat. 

Syukur sangat, kami suka dengan pilihan car seat ini. Rezeki pula selain dapat bantuan subsidi MyCRS sebanyak RM150, dapat pula diskaun banyak dari kedai baby. Bayangkan betapa banyak penjimatan kami dapat?

Anda dapat subsidi MyCRS? 

Tahniah julia ucapkan. Buat pembelian bijak dan utamakan keselamatan dan keselesaan anak-anak dulu ya. 

Mahal atau murah sesuatu car seat bukan persoalan utama, budaya untuk kita selalu jadikan amalan guna car seat setiap kali masuk kenderaan dan memastikan tali pinggang dipasang dengan baik adalah faktor paling penting sekali. 

Jutaan terima kasih kepada kerajaan 2023 yang beri subsidi buat kami para ibu bapa untuk membeli car seat. Sangat hargai, terima kasih suami beli car seat buat anak, satu pelaburan tak ternilai. !

6 Comments

  1. jimat 150 kan kalau guna subsidi ni. amboi dia lena tidur ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya subsidi RM150, banyak tu kerajaan bagi. Alhamdulilah

      Delete
  2. Sweet Cherry tu memang jenama yang baik, aku pun dah pernah guna produk dia untuk anak-anak aku! 💡😄

    Gembira baca cerita Qayla happy duduk dalam car seat baru dia, mesti dia suka naik kereta lepas ni. 🥰

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... seronok dia ye.. rezeki skrg byk bantuan yg boleh di apply

    ReplyDelete
  4. baru tau ada subsidi ni. Bolehlah terus angkat lepas ni

    billboard advertising malaysia

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)