Anxiety - kebimbangan

Dari sudut pandangan manusia biasa, dengar perkataan kebimbangan seakan 'alah itu normal', tak normal lah kalau tak bimbang, tak berwaspada, tak berhati-hati, tak ambil peduli. 

Betul. 

Yang membentuk anxiety dari normal kepada kebimbangan abnormal adalah overthinking. 

Dari rasa berwaspada jadi overprotective.

Dari rasa risau kepada fikiran terlebih fikir (overthinking).

Dari rasa takut kepada berlebihan rasa takut.

Ini semua berpunca dari paksaan, memaksa otak bekerja lebih dari sepatutnya. Bila hadir satu-satu perasaan dia jadi kurang tenang, kurang stabil, berpeluh, rasa semua jadi bakal ancaman. 

Sebabnya masih sama. 

Memaksa otak bekerja fikir dan fikir sampai nak dapat solusi atau tak nak ianya berlaku, atau rasa ada karma menanti. 

Pada pandangan juju, bagi kita yang boleh pandu otak berfikiran seimbang, kita tak akan kenal pun orang sekeliling kita ada masalah anxiety berlebihan ini. 

Kecuali dia luah masalah untuk didengari. 

Kita suntik keyakinan diri buatnya yang qada dan qadar Tuhan itu pasti. Dunia ini sementara, tak ada yang sempurna. Yang ada adalah sesama kita untuk saling beri semangat untuk teruskan jalani ujian dan rezeki. 

Ada ujian, pasti ada upahnya di depan rezeki. 

Ada rezeki, pasti habuannya kena lalui ujian. 

Sayangi diri, diri anda tak ternilai. 

Fikir baik-baik, percaya pada diri. 

Cari orang yang anda boleh bercerita. 

Jaga waktu tidur, dapatkan rehat cukup. 

Usah mengharapkan manusia ubah nasib kita. 

Di situlah detik-detik punca kebimbangan sangat berlebihan sebab kita selalu meletakkan pergantungan sesama manusia. 

Relaks, tarik nafas (deep breathing) 3x, hembus. Belajar teknik pernafasan yang betul. Banyak carian di Youtube ajar. Dalami ya. Its very good for your mental health. 

Alihkan fikiran, cuba rancang hobi kesukaan anda atau perbanyakkan aktiviti rutin. Bila badan penat buat sesuatu aktiviti, fikiran, rohani dan jasmani akan bagi signal untuk kita berehat. 

Masa ini tak sempat dah nak anxiety atau overthinking ya. Isi masa lapang sebaiknya. Sekarang masa lagi cepat berlalu dari tahun-tahun sudah tau. 

"Keep smiling, because life is a beautiful thing and there's so much to smile about."

-Sejak masuk kursus komunikasi tempohari di pejabat, semakin banyak tahu kelemahan diri dan tau teknik perbaiki komunikasi lebih berkesan kepada diri, pasangan dan rakan-

www.juliajohari.com

3 Comments

  1. I just read your blog post about anxiety, and I have to say, it really hit home for me. I think we can all relate to feeling a bit anxious from time to time, right? But you’re absolutely spot on when you mention how overthinking can take things from normal to abnormal. It’s like our brains go into overdrive and start conjuring up all sorts of worst-case scenarios!

    ReplyDelete

  2. But fear not, my friend! You’ve shared some fantastic tips for managing anxiety. Taking deep breaths and practising proper breathing techniques can work wonders for our mental health. And finding hobbies or activities that we enjoy is such a great way to distract ourselves and give our minds a break.

    I love your positive outlook on life too. It’s true, there are so many beautiful things in the world that make us smile. We just need to remember to keep smiling and cherish every moment.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)