Suami dah lama tak tukar cermin mata. Kali terakhir julia temani dia buat cermin mata sebelum PKP. Bayangkan betapa lama tu, dia dah mula mengadu cermin matanya tak berapa berfungsi dengan baik sebab waktu malam dia memandu nampak silau sangat ketara. 

Dia tak pernah jumpa optometris tau, jadi julia cadang padanya untuk jumpa optometris buat imbasan tentang kualiti kesihatan mata. Maka semalam hari Ahad, kami ke Optom Eyecare di Bangi Selangor. Klik pautan video kami ke sini ---> link

Kenapa pilih Optom Eyecare?

Julia sebelum bercadang nak ke mana-mana tempat sekalipun, julia wajib Google dan tanya di WhatApps dengan kawan-kawan tempat mana yang menawarkan servis baik dan berbaloi dengan harga. 

Mereka cadang Optom, terus dapatkan alamat dan on waze. Senang rupanya, set je di waze Optom Eyecare Bangi terus sampai tepat pada lokasinya. Pergi pagi senang, tak berapa sesak sangat. Parking pun banyak di sediakan di luar kedai Optom. 

Mesin pertama. Dia akan lalui 3 lagi mesin tau. Jarang jumpa. Selalu teman suami 1 mesin je dekat mana-mana kedai cermin mata. Kat sini advance! 4 mesin terus. 

Di Optom ada pakar optometris bertauliah, julia dan suami pergi bersama anak-anak tau. Alhamdulilah, tempatnya luas dan punya ruang menunggu. Jadi anak-anak julia dapat duduk menunggu dengan selesa kerana ada penghawa dingin dan pencahayaan yang baik. Baby pun kurang meragam sebab ada kawasan privacy menunggu tau. 

Jalani empat jenis mesin pengimbas mata

Di sana kami dilayani dengan cukup ramah sekali, Encik Farid, Puan Amira (optometris) dan Puan Jannah rajin melayani pertanyaan kami. 

Tahu tak, di Optom dapat buat imbasan saraf mata dan mengetahui otot mata dalam keadaan normal, sihat atau sebaliknya. 

Fokus betul suami dan isteri dengar penerangan dari Optometris di Optom Eyecare. 

Imbasan demi imbasan, semua bukti imbasan dipaparkan di skrin dalam bilik khas. Puan Amira menerangkan satu persatu gambar yang di rakamkan melalui 4 mesin pengimbas. Berdebar rasanya tau, sebab setiap gambar kami berteka teki juga sama ada okey atau sebaliknya. 

Rekod kesihatan mata suami

Itulah baiknya buat pemeriksaan mata secara detil sebelum merancang buat tempahan cermin mata. Tujuan utama, untuk elak masalah tempahan berulang kali (selalu laporan diterima pelanggan datang masih kabur walaupun baru tukar cermin mata). 

Selain itu, tahap keselesaan pemakai cermin mata dapat diberikan secara optimum mengikut bukti imbasan. 

Tahukah anda, suami ingat dia cuma perlu tambah power cermin mata sahaja tapi optometris dapat rakaman bukti terdapatnya lingkaran kedua pola matanya ada warna putih. Itu tanda kolesterol. Wah melalui anak mata boleh tau orang tu punya kolesterol, ajaib kan?

Itulah pentingnya kita buat pemeriksaan mata dulu. 

Ya, kalau dilihat dengan mata kasar memang tak nampak. Tapi imbasan saraf mata mendapati suami ada simptom kolesterol. Siapa sangka dari anak mata boleh tunjuk tahap kesihatan seseorang. Terkejut lah kami berdua. 

Ini mata suami, nampak ada sedikit lingkaran putih tepi kornea mata tu. Itulah yang dimaksudkan simptom kolesterol. Tiada Glaukoma dan Katarak. Alhamdulilah.

Saraf mata suami, mujur kedudukan retina dan salur darah dalam anak mata sihat dan tiada pembengkakan berlaku. Sekiranya ada, pihak Optom akan mengeluarkan satu surat khas untuk kita bawa rujuk kepada hospital bagi rawatan lanjut. 

Jelasnya lagi, bagi pengidap kencing manis dan darah tinggi juga dapat detect melalui imbasan mata di Optom Eyecare. 

Jadi, bila bukti terang dan nyata terus rasa kena buat sesuatu untuk jaga kualiti kesihatan diri sebab mata juga akan saling mendapat kesannya sama ada jangka masa pendek mahupun dalam jangka masa panjang. 

Rekod kesihatan mata Julia

Setelah selesai suami buat imbasan mata, julia dari mulanya tak terfikirlah nak sertai sama buat checkup mata. Sebab julia bukan pemakai cermin mata. Rasa diri sihat, rasa mata sihat, rasa mata elok aaaagitu ya bukan main keyakinan tinggi ingat mata okey. 

Setelah dinasihati oleh pakar optometris tentang gejala senyap masalah penyakit Glaukoma dan penyakit Katarak maka julia bersetuju untuk buat pemeriksaan menyeluruh mata. 


Sesi pemeriksaan mata julia bersama optometris Puan Amira, lembut je bicara Puan Amira ni tau. Suka dengar penjelasan beliau, senang faham. Tiada Glaukoma dan Katarak. Alhamdulilah. 

Nampak gambar ke-3 dan ke-4?👆 
Itulah saraf mata julia, kelihatan normal, retina dalam kedudukan baik dan tidak teralih katanya. Tapi gambar mata di sebelah kanan sekali tu nampak? Ada jaluran kuning samar kelihatan timbul di kawasan putih. Apakah itu? Teruskan membaca. 

Tadi dah berdebar tunggu rekod suami, bila diri sendiri terjebak maka bertambah debaran tu. 

Apabila masuk imbasan mesin ke tiga dan mesin pengimbas keempat, pakar optometris cerita saraf mata julia sihat dan normal tapi haaa ada tapinya.

Dia tanya, ada tak rasa mata tu macam berpasir dan berbiji-biji?

"Tak ada puan, saya rasa biasa sahaja. Kenapa ya?" bertambah laju debaran. 

"Puan ada garisan pinguecula"

"Apa? Pingu? Gula?" 😨

"Pinguecula puan" 

Terus dia Google dan tunjuk perkataan tu pada juju. 

Oh Pinguecula. 

Tapi apakah dia? Alahai ini yang tak sedap nak tahu. Tapi terimalah kenyataan petanda awal sudah mula ada ya julia. 

Imej Google: Inilah dia Pinguecula, sebelum masuk dalam kornea mata. 
Dah masuk kornea mata nama Pterygium. 

Pinguecula ialah pertumbuhan kekuningan yang tidak berbahaya pada bahagian putih mata anda. Ia dianggap disebabkan oleh pendedahan kepada matahari, angin dan habuk. Selain benjolan, gejala biasa lain termasuk kemerahan mata, kerengsaan dan mata kering. Ubat-ubatan boleh melegakan ketidakselesaan jika diperlukan. Sumber: Google
Terus insaf 😓. Ingat pengajaran dari sini, bila kita sihat tak bermakna kita benar-benar sihat. Masa kita rasa sihatlah kita perlu buat pemeriksaan mata. Syukur dapat tahu awal. 

Optometris Optom cadang pada julia cara nak mencegah dengan selalu amal:
  • Guna cermin mata yang dapat menapis sinaran ultra-ungu terutama cermin mata gelap dan berfesyen seperti avatar. 
  • Amalkan memakai cermin mata hitam dan topi bila berada di luar bangunan untuk mengurangkan risiko pertumbuhan ke Pterygium. 
Custom bingkai cermin mata melalui mesin khas Optom

Selepas masing-masing dah tahu rekod kesihatan mata masing-masing, kami dapat custom wajah kami dengan cermin mata sesuai mengikut bentuk wajah.

Menarik! Selalu kita minta pendapat keluarga dan kawan-kawan untuk tentukan jenis bingkai cermin mata yang mana trendy dan sesuaikan? Kali ini buat pertama kalinya, julia melihat bagaimana mesin custom tu scan wajah suami. 


Kiri dan kanan wajah mesin pengimbas tu scan. Ada beberapa bingkai yang sesuai untuk suami gayakan. Mudah, praktikal dan cepat. Jadi tak buang masa yang lama semata-mata nak pilih bingkai dan warna bingkai yang sesuai dengan wajah. 

Pilihan bingkai cermin mata di Optom Eyecare
Bila dah confirm pemeriksaan mata dilakukan, barulah boleh pilih bingkai cermin mata di Optom. Banyak betul pilihan, rambang mata dibuatnya. Ada bingkai jenis Korean looks,  pelbagai warna trendy. Sudah tentu kami ambil saranan mesin custom untuk buat pilihan jenis bingkai ikut bentuk wajah. Senang dan praktikal. 


Warna bingkai rose gold ni lawa. Antara pilihan pelanggan. 

Pilihan hati isteri dan suami. Cantik dan elegan. Sesuai di pakai untuk indoor mahupun outdoor, ada sisipan night drive dalam kanta berkenaan. Jadi bila memandu waktu malam tak lah silau lagi. 

Alhamdulilah, jelas terpancar julia, suami dan anak-anak selesa menerima perkhidmatan di Optom Eyecare Bangi. Puas hati, betul-betul teliti pemeriksaan dijalankan terhadap kami berdua.

Layanan mesra sampai kami betul-betul puas hati baru balik. Pasti kami datang lagi, sebab masing-masing dah insaf. Kesihatan mata sama pentingnya dengan kesihatan menyeluruh badan perlu sama ambil berat. 

Saranan mereka, buatlah pemeriksaan mata setahun sekali sudah memadai untuk mengetahui tahap kesihatan, kemudian nak pilih corak bingkai cermin mata macam mana pun terserah. Kawal sebelum menjadi lebih parah, kami dah ambil langkah awalan untuk bertindak. 

Terima kasih Optom Eyecare Bangi, Selangor. 

Untuk maklumat lanjut, julia paparkan alamat dan link untuk anda sendiri pergi dan dapatkan lebih maklumat lanjut. 

Optom Eyecare
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, 
Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, 
Selangor Darul Ehsan. 
(Berdekatan Marrybrown)

Di buka setiap hari (kecuali cuti umum & perayaan)
Masa 9am - 8pm

2 Comments

  1. Detail molek kedai tu scan mata berbaloi, cik ash last tahun lepas buat Spek lebih kurang macam ni dia Chek mata, boleh tahun apa ada masalah dalam mata.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)