Pallas Jazz jenama kasut sekolah idaman yang aku kagumi suatu ketika dulu
Sebut Pallas Jazz, terus ingat kasut sekolah. Jenama Pallas Jazz memang cukup popular sejak tahun 90an sehinggalah sekarang. Julia ingat lagi waktu zaman persekolahan semasa di Tingkatan 1.
Waktu perhimpunan lah kita dapat cuci mata lihat pelbagai jenis jenama yang lalu lalang, antara yang menarik minat perhatian Julia sudah tentu jenama Pallas Jazz.
Rupanya yang cukup stylo, nampak ringkas tapi menarik, bila kawan sendiri pakai nampak segak dan nampak matang terus dalam hati inginkan Pallas juga. Kalau di zaman 90an pun julia sendiri dah jatuh cinta, apatah lagi zaman kini.
Bila punya anak sendiri, memang Pallas Jazz pilihan nombor satu julia sekeluarga akan pilih. Bukan kerana faktor jenama semata-mata, julia melihat dari sudut ketahanannya dan keselesaan diri sendiri dulu pernah pakai di sekolah sudah pasti nak beri yang terbaik untuk anak.
Jenama Pallas utamakan kualiti & keselesaan
Anak sendiri pun tertarik tatkala bila buat pilihan di online dengan Pallas, fabriknya ada corak timbul dan menampakkan seperti bukan sekadar kasut sekolah tapi boleh dijadikan kasut untuk aktiviti bersukan juga.
Zaman sekarang senang, ukur kaki anak dalam ukuran cm, kemudian terus boleh buat pembelian di pelbagai rangkaian antaranya Shoppe
Buka website Pallas, ada banyak pilihan kasut yang kita boleh pilih untuk anak. Sebagai ibu, julia menitik beratkan pilihan anak dulu. Biar si anak buat pilihan kasut kegemaran mereka. Dari situ kita boleh asah kemahiran mereka menyayangi barang personal sendiri dengan menjaganya dengan baik.
Abg Qi, nak masuk Darjah 5. Jadi bila nak masuk Darjah 5 kasut pun nak rupa ke arah kematangan sedikit. Baru nampak abang-abang senior kan.
Anak Aktif Di Sekolah, Pilih Kasut Sekolah Punya Perlindungan Extra
Pallas mempunyai reka bentuk bercirikan kasut punya Arch Support iaitu struktur dalam kasut Pallas itu sendiri ada kusyen insole khas bertujuan untuk memberi kelegaan pada otot kaki.
Anak-anak bila bersekolah mereka sudah pastinya aktif ke sana dan ke mari. Adakala perlu melaksanakan senaman. Jadi pemilihan kasut perlu merangkumi semua keadaan seseorang pelajar perlukan.
Maka pilihan kasut yang punya ciri kualiti arch support memang sangat memberi perlindungan empuk serta keselesaan tambahan buat si anak.
Carta dibawah adalah carta yang julia kongsikan melalui website Pallas. Dari size 3 sehingga size 13 bersaiz besar turut dijual.
Memang menyenangkan kita nak buat pilihan, sebab kaki anak semakin cepat membesar seiring dengan peningkatan usianya.
Size kasut :
Shoe Size |
3 |
4 |
5 |
6 |
7 |
8 |
9 |
10 |
11 |
12 |
13 |
Length(cm) |
23.5 |
24.0 |
25.0 |
25.5 |
26.0 |
26.5 |
27.0 |
28.0 |
28.5 |
29.0 |
30.0 |
Ciri Pallas - menampak fabrik timbul buat kasut Pallas ini nampak macho dan segak bila anak pakai ke sekolah nanti. Tak lama dah sekolah nak dibuka.
Persediaan awal back to school 3 minggu dari sekarang kita kena sediakan terlebih dahulu kelengkapan anak-anak bersekolah agar tak tercicir nanti. Lihat tapak kasut diatas, memang grip habis, tebal dan ringan tapaknya.
Kelebihan Kasut Pallas Jazz
- Arch Support
- Ventilations (Fast Dry)
- Rebounce Insole
- Lightweight (X-light)
- Easy Clean
- Thicker Foam
- Rubber Insole
- Rubber Outsole
- Mempunyai corak renda di bahagian depan dan lubang mata untuk sisip tali kasut
- Fabrik kasut jenis berlubang halus beri kesan aliran udara keluar masuk yang sangat baik
- Jenis kain empuk beri keselesaan dan perlindungan tambahan
- Tapak kasut luar memberi daya tarikan pelbagai arah dan tidak mudah tergelincir
- Tersedia dalam pelbagai size dari size kecil sehingga saiz besar 13.
Smart betul Abg Qi mengayakan kasut pilihannya.
Sekejap je anak sulung Julia si Abg Qi nak masuk Darjah 5 bulan 3 tahun 2023. Katanya "selesa sangat umi, Qaiser suka!" berbunga hati seorang ibu dan ayah. Lihatlah senyuman si anak bujang ni, sampai senyum lebar. Tak sabar nak ke sekolah katanya.
Harga kasut hitam Pallas sangat berbaloi. Paling julia suka dengan bungkusan kotak kasut Pallas dibungkus dengan baik dan sampai ke tangan pun hasilnya elok je tak ada kecacatan. Jadi buat apa susah-susah, duduk di rumah atau di mana sahaja klik, klik je dah sampai.
Untuk info lanjut dan pembelian boleh layari link di bawah ya. Jom Pallas Jazz !
Website : https://www.pallas.com.my/
Shoppe : Pallas Offcial Store
Facebook: https://www.facebook.com/PallasMalaysia
13 Comments
dulu2 memang top kasut pallas ni kan :)
ReplyDeleteencem abg qi,memang smart n selesa jenama ni...
ReplyDeleteDulu masa muda pun pakai kasut pallas jugak
ReplyDeleteMemang terbaik kasut Pallas ni. Anak2 nad pun pakai kasut pallas
ReplyDeletePallas antara kasut sekolah yang menjadi pilihan ramai .. Kasut legend sejak zaman KakYa sekolah lagi ... Wah bergaya sungguh anak bujang Juju dengan kasut sekolah Pallas ..
ReplyDeleteNampak sporty design kasut Pallas ni. Sesuai dengan Abg Qi
ReplyDeleteHandsome betul abang long Qayla nie. Dah ready nak back to school~
ReplyDeleteSuka laaa tengok design kasut abang Qi. Smart! Design ni bawak jalan pun sesuai
ReplyDeleteKami memang setia dengan pallas sejak dari zaman sekolah lagi.. sekarang untuk anak-anak pun kami pilih kasut sekolah pallas juga. Kasut sekolah pallas memang terbaik dan tahan lasak!
ReplyDeleteTeringat dulu zaman sekolah, K. Sal siap ikat ke belakang kaki tali kasut pallas tau. Memang tahan lasak dan design sekarang pun makin trendy. Recommended !!
ReplyDeletesmartlah tengok design kasut pallas ni
ReplyDeletelin pun belikan anak-anak kasut pallas tahun ni. Memang cantik dan berkualiti...
ReplyDeleteKasut Pallas memang pilihan yang tepat untuk dipakai sebagai kasut sekolah ataupun kasut untuk aktiviti sukan. Dengan kualiti yang baik, anak-anak pasti dapat memakainya untuk jangka masa yang lama tanpa perlu risau tentang keselesaan dan kegunaannya.
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)