Oxymel Khal Sakan Jabin Khasiat Cuka Kurma Ajwa Untuk Kesihatan
Julia sekeluarga memang sejak dulu pengamal cuka dalam pemakanan. Sejak dapat tau keberkesanannya membantu merawat masalah famili suatu tika dahulu terus jadikan stok cuka kurma dalam rumah.
Sudah terbukti, pernah famili sendiri ada alami masalah gout yang sangat serius. Selepas amal cuka tersebut, kesakitan bengkak gout beransur hilang dan lama kelamaan sembuh. Sekarang jarang dah nak dapat kesakitan yang sama berulang lagi. Syukur. Sampailah ke hari ini Julia menulis, tetap wajib ada simpan stok cuka di rumah.
Untuk tambah nahu ilmu pengetahuan tentang dunia cuka, Julia ada menonton di Youtube yang dunia Barat sangat mengagungkan cuka dalam diet pemakanan harian mereka.
Tahukah anda di zaman dulu kala lagi, ketika itu di zaman Greek kuno sekitar 400 sebelum Masihi, seorang bapa perubatan moden iaitu Hippocrates telah menggunakan Khal (perahan buah-buahan terpilih diperap bagi menghasilkan cuka) dicampur bersama madu untuk membantu merawat demam, batuk mahupun selsema.
Tambahan pula, cuka kerap diamal oleh pejuang-pejuang silam bagi meningkatkan kekuatan badan. Oh itu sebabnya mengapa mereka dapat ketahanan badan.
Hasil bacaan julia diruang media net, penduduk di dunia yang banyak mempraktikkan serta mengamalkan cuka ialah orang Arab, Jepun, Eropah, Cina dan India. Mengkagumkan!
Mereka mengelarkan cuka sebagai 'Mother of Vinegar'
Produk Oxymel Khal Sakan Jabin ialah produk pati cuka kurma ajwa berasaskan dari gabungan bahan semulajadi iaitu madu tualang hutan, halia, bawang putih dan perahan buah lemon. Tagline Oxymel ialah 'freshly brewed homemade'.
Nama Oxymel ia merupakan sejenis ramuan herba turun temurun sejak zaman dulu.
Khal maksudnya cuka yang terhasil dari buah-buahan terpilih manakala Sakan Jabin adalah ramuan yang diajarkan oleh Ibnu Sina untuk kesihatan.
Oleh itu, Pati Oxymel Khal Sakan Jabin adalah gabungan ketiga-tiga ramuan bersumberkan kitab Tibb Ibnu Sina dan kitab Tibb Syeikh Wan Ahmad Al Fathoni.
Pengguna terdahulu banyak memberi maklum balas positif dan dipercayai dapat memberi kesegaran tubuh kepada pengguna terutama membantu masalah berkaitan perut. Selalu punca penyakit semuanya bermula dari perut.
- Tiada bahan kimia
- Tanpa bahan pengawet
- Tanpa sebarang gula
- Tanpa sebarang perisa
- Tanpa sebarang pewarna
- Halal dan diyakini suci lagi bersih
- Buatan tangan
- Perapan sendiri
Untuk pengetahuan umum, cuka kurma sejak azalinya banyak membantu mengawal pembengkakan di badan contoh seperti bisul & kanser, membersihkan darah, membantu membaiki masalah pencernaan di perut, masalah usus, kerongkong, kahak, batuk yang berpanjangan serta menjaga kulit dari kepanasan matahari.
Kesannya dalam beberapa minggu kita akan dapat merasai badan ringan kerana ia juga membantu mengatasi masalah lemak-lemak di badan berpunca dari kolesterol tinggi, membantu menstabilkan asid dan garam di badan, membantu membuang toksik dalam badan, membantu masalah rahim, membantu menguatkan gigi, mata, telinga serta mengembalikan tenaga lelaki dan perempuan.
Ini adalah kelebihan Oxymel yang diketengahkan melalui khasiatnya:
✅ Sangat bagus untuk meningkatkan imuniti tubuh badan
✅ Membantu masalah gastrik gastritis dan gerd
✅ Membantu melancarkan sistem penghadaman makanan
✅ Membantu melancarkan peredaran darah dalam tubuh
✅ Membantu menurunkan kadar kolestrol dalam tubuh
✅ Membantu menghilangkan ketagihan gula (potong gula)
✅ Membantu menurunkan berat badan
✅ Membantu masalah sakit ulu hati
✅ Membantu membuang angin dari badan
✅ Membantu menormalkan pH dalam perut
✅ Menguatkan pH zat asam dalam perut
✅ Membantu menghilangkan muntah-muntah / nausea / vomiting
✅ Membantu menghilangkan sakit dada belakang dada dan sesak nafas akibat gerd
✅ Membantu sakit saraf tengkuk akibat gerd
✅ Membantu rasa tidak selesa perut dan badan
✅ Membantu masalah insomnia susah tidur malam
Bahan-bahan dalam Pati Oxymel Khal Sakan Jabin adalah seperti berikut:
📌 Cuka kurma ajwa📌 Madu hutan
📌 Perahan bawang putih
📌 Perahan lemon
📌 Perahan Halia
Cara-cara penggunaan Oxymel Khal Sakan Jabin
1. Bagi masalah gastrik / gerd.
Sila ambil 5 sudu besar khal dan dicampurkan ke dalam segelas air. Tambahkan satu sudu madu asli. Kemudian campurkan air suam dan minum 2x sehari sekali sebelum sarapan pagi dan sekali sebelum makan malam.
2. Untuk menurunkan kolestrol.
Sila minum dua sudu besar khal tanpa dicampurkan air atau apa-apa campuran lain. Minum terus 2 sudu besar khal setiap kali selepas sarapan dan selepas makan malam.
3. Untuk penjagaan kesihatan.
Sila ambil 2 sudu besar dicampurkan segelas air suam. Minum 1x sehari sebelum sarapan pagi.
4. Untuk penjagaan kesihatan ibu mengandung.
Ambil setengah sudu khal dicampur air suam dan minum sebelum sarapan. Sekali sehari sahaja.
5. Untuk kanak-kanak.
Hanya usia 4 tahun ke atas sahaja. Ambil setengah sudu sahaja sehari mengikut kesesuaian kanak-kanak tersebut.
Cara Penyimpanan
Elakkan daripada haba panas dan cahaya matahari. Tidak perlu disimpan dalam peti ais. Simpan pada suhu bilik. Senang dan penutup cuka kurma ini rapat dan tak mudah dimasuki semut mahupun serangga lain.
8 Comments
ohh guna cuka kurma ajwa rupanya. patot laa premium. likat cukanya ye.
ReplyDeleteBetul Juju, bagus cuka kurma nih! Nina pun dah amalkan Oxymel ni, memang berkesan elakkan sakit perut ketika berpuasa
ReplyDeleteCx pon consume cuka kurma oxymel ni. Badan selesa ringan je.
ReplyDeleteTahniah buat kita yang dah pilih cuka kurma untuk manfaat kesihatan. Akak suka rasa dia yang tak setajam cuka epal, lepas tu khasiat dia pun lagi banyak. Lebih suka bancuh dengan air sejuk sebab dah rasa macam jus pulak.
ReplyDeleteAlhamdulillah KakYa pon amalkan produk ni . Setakat ni memang serasi dengan badan. Badan pon rasa lebih ringan dan bertenaga ..
ReplyDeleteDah cuba. Terasa selesa perut lepas minum
ReplyDeleteMemang selesa perut ni kak. Nad pun minum cuka kurma ni
ReplyDeleteselesa prut minum ni . leh kentut2 and legakan perut. sesuai juga untuk orang yang kena gastrik. leh kurangkannya
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)