Beli awal bulan Februari 2023 senang tak kalut dan size banyak. 

Assalamualikum, salam sejahtera. 
Semangat hari ini nak cerita kisah persiapan beli baju sekolah tahun 2023. 

Awalnya! 
Ya, tahun 2023 kami siap sedia awal beli. Kebetulan ada bayi kecil, jadi kami kena uruskan awal untuk elak kesesakan di kemudian hari. 

Abg Qi, lama tak cerita kisah anak bujang. Makluman terkini sesi 2023 dia akan masuk Darjah 5. Sekejap je masa berlalu, baju pun size dah semakin besar, seluar pun nampak makin perlu tambah kain.

Dari dulu tak pernah tempah bab baju sekolah anak, lebih mudah beli yang siap jahit. Adanya  Pusat Pakaian Hari-Hari di sekitar Kuala Lumpur dan dekat dengan rumah lagi senang. Tak payah pening kepala, banyak size dan jenis kualiti kain ada pilihan. 


Port kegemaran beli baju sekolah anak 
Kami suka ke Pusat Pakaian Hari-Hari, Taman Permata, Kuala Lumpur. Kawasan letak kenderaan banyak, ruang kedai luas, banyak pilihan baju sekolah serta kurung sekolah termasuk pakaian ke sekolah agama tau. 

Terkejut kami lihat ramai betul famili lain berpusu-pusu datang ke cawangan Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd tahun ini. Ramai ibu bapa bawa anak masing-masing ke sini untuk Baju Sekolah HARI HARI.

Julia ingat Julia lagi awal, rupanya ramai ibu bapa lain lagi awal dari Julia bila cerita bab persiapan baju sekolah anak. Tak nak bertembung dengan bulan puasa dan hari raya, sebab itu beli awal. Boleh menabung untuk persiapan baju raya pula.

Syabas! Seronok betul membeli belah sebab dapat tonton live ibu bapa dengan anak-anak pilih baju sekolah di Hari-Hari. 

Itu tandanya Kedai Hari-Hari ini mendapat tempat tumpuan utama di hati ibu dan ayah termasuklah kami. 
Bukti penuh orang. 
Tetap seronok beli kat sini sebab salesgirl Hari-Hari peramah dan bagi kerjasama baik sepanjang pilih size dan kualiti. 

1#  Teliti soal material kain sekolah mengikut sikap anak.
Bila cerita kisah harga, material kain di pandang paling atas sekali. Harga jatuh nombor dua. Sudah pasti material kain kapas pilihan Julia kerana ia mampu menyerap peluh. 

Ada banyak jenama dijual di Kedai Hari-Hari. Antaranya No Problem, Jony&Jeny dan lain-lain. 

Pilihan kami Jony & Jeny, sebab sikap anak tak berapa lasak. Kata pembantu jualan disini, untuk anak jenis aktif boleh beli material kain jenis No Problem kerana ia lebih tahan lama berbanding jenama lain. 

Ramai ibu bapa pilih jenama itu tau. 
Ada juga Julia perhatikan kain jenis licin dijual. Berbalik kepada keselesaan anak anda masing-masing. 

Bagi Julia nak senang urus pilihan kapaslah paling mudah dijaga berbanding material kain licin. 

Jadi anak sudah tentu akan berasa selesa sepanjang hari di sekolah melakukan pelbagai aktiviti dalam darjah mahupun luar bilik darjah seperti menghadiri perhimpunan bulanan sekolah. 

Abg Qi pakai size baju sekolah jenama Jony&Jeny (15.5). Seluar size (37).

Sisi belakang, ambil extra size 15.5 sebab beli awal sebulan. 
Jadi masa nak masuk sekolah nanti selesa dan tak ketat sangat jikalau badan naik. 

2#   Tidak mudah rosak, tidak membazir dan tahan lama
Julia terkenal dengan sikap tidak suka membazir. Katakanlah baju sekolah rendah tahun lepas masih boleh dipakai, pakai. Tak perlu beli. Akan tetapi, anak bersekolah rendah memang jadi satu kewajipan beli belah setiap tahun. Dia semakin meninggi dan membesar, jadi saiz berubah. 

Hampir 4 tahun setia beli baju sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari, cerita bab tidak mudah rosak dan tahan lama memang disini terjamin. Kalau terbeli salah size, boleh pulangkan dalam masa 3 hari lebih kurang. Bawa resit. Mana tu kalian walk in sendiri dan beragak-agak size anak. 

Alat tulis kat sini banyak, kelengkapan seluar senaman pun jenis kualiti baik, botol air, songkok pelajar sekolah dan beg sekolah turut di jual di Pusat Pakaian Hari-Hari. 

3#  Tips Perbelanjaan Jimat Beli Baju Sekolah Anak
  • Buat senarai semak - sebelum beli, semak baju sekolah anak yang lepas. Jika perlu beli tambahan kira berapa set diperlukan. Elakkan terus beli tanpa perancangan, takut terlebih beli atau terlupa beli terutama kelengkapan utama. Julia suka buat jadual senarai semak. Lega hati bila dapat buat. Tak rasa kurang sana sini. 
  • Peka promosi terkini - paling penting promosi, cara kita nak berjimat dan duit yang keluar berbaloi-baloi dengan material. Nak hebahkan info terbaru. Promosi kembali ke sekolah kembali 2023 di Pusat Pakaian Hari-Hari kembali lagi ! FREEGIFT kalendar untuk setiap pembelian RM30 dan keatas dalam satu resit. Kami dah dapatkan, jangan lepaskan peluang keemasan ini. 
  • Pilih kedai baju sekolah - one stop center, senang cerita pergi Kedai Hari-Hari, dari hujung rambut sampai hujung kaki, sehingga ke peralatan sekolah anak-anak dijual disini. Mudah dan praktikal. Jimat masa dan duit. 
  • Menabung sedikit setiap bulan - rancang kewangan atau wujudkan tabungan. Simpan sedikit pelaburan ke arah ini, supaya nanti masa beli tak terasa sangat. Lagi-lagi kalau sesi buka sekolah dekat dengan bulan puasa dan hari raya. Untuk elak duit keluar macam air.
Alhamdulilah, selesai borong semua awal kelengkapan sekolah Abg Qi. 
2 helai baju sekolah rendah
2 helai seluar sekolah rendah
2 set stokin hitam
1 set kasut sekolah

Beg sekolah dan peralatan alat tulis lain nanti awal bulan 3 kami datang semula, beli baju sekolah anak yang utama dulu. Yang lain boleh topup kemudian.

Port wajib setiap tahun kumpul semua kelengkapan sekolah anak, one stop center! Senang !

Marilah Pergi Hari-Hari! 
Untuk lebih lanjut, layari website dibawah, tekan link biru.

95 Hari-Hari seluruh Malaysia: www.hari.com.my/locator

Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my

Hari-Hari Shopee: http://shopee.com.my/harihari_

Hari-Hari Lazada: https://lazada.com.my/shop/hari-hari

5 Comments

  1. Tak tahu pula ada juga shoppe n lazada juga , ingat kena gi kedai terus. Well done. Good info untuk ibu bapa yang akan uruskan anak² nak sekolah penggal yang baru nanti.

    ReplyDelete
  2. Wife dh jatuh cinta ngan Hari Hari.. mmg kena beli sini jer. Semua ada. Mudah.

    ReplyDelete
  3. Memang kitaorng pun beli baju sekolah anak dekat hari2

    ReplyDelete
  4. mudah kat hari2 setempat semua ada ,tak yah banyak jalan heheh

    ReplyDelete
  5. Hehe.. Kite tak sabau nak merasa pengalaman beli baju anak sekolah.. :)

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)