McDonald’s Malaysia diiktiraf majikan pilihan belia masa kini
Bukankah kena cari pengalaman dulu baru mohon pekerjaan?
Macam mana nak dapat pengalaman kalau tak dapat pekerjaan terlebih dahulu?
Haa inilah persoalan lazim sejak dari dulu kala dah selalu sangat kita dengar dan tersekat untuk berkembang lebih jauh.
Sepatutnya majikan yang diidamkan setiap belia mestilah menyediakan khidmat melatih pekerja baru dengan ilmu, lulus latihan baru diserap dalam bidang pekerjaan.
Barulah jadi majikan pilihan belia masa kini. Yakni janji kedua-dua belah pihak mesti saling disiplin dan beri komitmen.
Sehubungan dengan itu, untuk menarik minat golongan muda yang sedang aktif mencari pekerjaan, McDonald’s Malaysia telah mengeluarkan satu siri drama original di IG reels MCD? Tonton sekarang klik link 👉 Kau Sundaeku
Sekarang nak mencari pekerjaan baru, semua di hujung jari. Oleh kerana itu, syarikat MCD Malaysia telah mengambil kira media sosial adalah tunjang medium popular untuk mengalakkan ramai belia memohon pekerjaan hasil dari tontonan siri drama mini sembilan episod yang akan ditayangkan secara berperingkat.
Drama IG Reels MCD "Kau Sundaeku"
Siri mini drama sebanyak 9 episod bertajuk “Kau Sundaeku” mula diterbitkan di Instagram Reels pada 21 Disember 2022. Setiap episod mengambil masa satu minit.
Ia berkisahkan tentang seorang pengurus dan tiga kru restoran yang hadir daripada latarbelakang berbeza, yang menemui ‘rumah’ mereka dan mempunyai semangat kekitaan semasa bekerja di McDonald’s.
Drama siri ini menampilkan pelakon iaitu Rasyiqah Johan dan Zafira Natasya Yong yang merupakan finalis Dewi Remaja, dan Adam Aliff Tay serta Subhasree Uiaramuthu.
Tujuan drama Kau Sundaeku diketengahkan kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia ialah ingin menyelami kehidupan anak-anak muda zaman kini yang sedang mencari jalan baru bagi mengetengahkan budaya, nilai dan pelbagai peluang kerjaya yang wujud di McDonald’s.
“Kami sentiasa mencari jalan untuk terus mendekati golongan belia di negara ini. Siri drama Instagram yang santai dan menyeronokkan ini tidak dinafikan merupakan sesuatu yang baru dan lain daripada yang lain. Kami mahu supaya mencipta hubungan yang lebih baik dengan generasi muda supaya ia membolehkan kami mempamerkan peluang pekerjaan yang menyeronokkan dan laluan kerjaya yang ditawarkan oleh keluarga besar Mekdi,” tambah Melati.
Dari dulu lagi julia suka lihat servis yang diberi oleh staf-staf McDonald’s.
"Hi, selamat datang ke McDonald’s, boleh saya bantu?" sambil senyuman diberikan.
Kalau pandu lalu atau beli secara live lebih kurang ayat layanan inilah kedengaran dulu. Inilah adab budaya hormat yang diterapkan secara harian dalalam pekerjaan di MCD, bakal pelanggan belum order lagi tapi di layan dengan ucapan selamat datang.
Pelanggan dengar pun wah, ada kelas tersendiri !
Sebab itulah sehingga sekarang MCD secara konsisten telah diiktiraf sebagai majikan pilihan rakyat Malaysia.
Pencapaian terkini & terdahulu diperoleh McDonald’s
- Anugerah Majikan Terbaik Antara Yang Terbaik 2021 (Best of the Best Employer Award 2021);
- Anugerah Majikan Terbaik 2021 (Best Employer Award 2021) oleh Kincentric yang merupakan penyedia perkhidmatan penasihat sumber manusia global;
- Anugerah Majikan Terbaik (Best Employer Award) daripada Aon lima tahun berturut-turut dari tahun 2014 hingga 2018;
- Majikan Terbaik untuk Wanita (Best Employer for Women) pada tahun 2015; dan
- Majikan Terbaik untuk Generasi Y (Best Employer for Generation Y) pada tahun 2013
Latihan dan Program Kerjaya McDonald’s
Bagi mempersiapkan golongan belia menempuhi alam kerjaya dalam industri makanan dan minuman dalam syarikat ini, MCD telah melaburkan sejumlah program latihan yang menarik.
Contohnya, Program Perantis Vokasional McDonald’s merupakan program latihan berasaskan industri selama 18 bulan. Dalam tempoh berkenaan, latihan kerjaya ini menggabungkan 70 peratus latihan praktikal di restoran dan 30 peratus pembelajaran teori di dalam kelas.
Kejayaan program ini adalah kerjasama Kementerian Sumber Manusia di bawah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) antara McDonald’s Malaysia.
Mengikut rekod sejak tahun 2018, Program Perantis Vokasional McDonald’s berjaya membantu lebih 3,500 orang belia daripada pelbagai latar belakang bagi mendapatkan pengalaman dan pekerjaan dalam industri makanan dan minuman di MCD.
- meningkatkan potensi diri;
- mendidik diri sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab; dan
- penyumbang utama pasukan kerjaya belia menyuntik manafaat besar kepada ekonomi negara dalam jangka masa panjang.
McDonald’s Malaysia mempunyai visi jangka masa panjang untuk tahun 2026, restoran khidmat segera ini sangat komited melaburkan sejumlah RM1.35 bilion dalam tempoh beberapa tahun mendatang bagi memperluaskan lagi cawangan dengan membuka lagi 500 unit restoran di Malaysia.
Sangat teruja dengar, MCD di mana-mana. Di sekitar rumah julia sekarang ada 3 unit MCD. Meriah!
Dengan usaha hebat ini, syarikat MCD Malaysia dijangka mampu menawarkan lebih 50,000 peluang kerjaya untuk rakyat Malaysia menjelang tahun 2026, termasuk 15,000 perantis baru di bawah Program Perantis Vokasional McDonald’s.
Ini baru betul, bagi latihan kepada bakal pekerja belia, baru pengalaman dapat di timba dan visi misi syarikat dapat dipenuhi.
Jadi ambil peluang ini bina kerjaya di McDonald’s Malaysia, jom ambil semangat tonton Kau Sundaeku sekarang di IG reels MCD Malaysia 👉 McDonald’s Malaysia
Maklumat lanjut layari page rasmi https://www.mcdonalds.com.my/
1 Comments
Bestnya ada mini drama IG reels
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)