Air Purifier, bagi yang tak pernah dengar senang cakap ia adalah produk elektrik penapis udara (indoor/rumah/pejabat). 

Kenapa perlu penapis udara? 

Bukankah kau dah hidup elok je dengan udara yang ada sekarang?

Banyak betul persoalan. 

Ya, sebelum kita bertindak nak beli Air Purifier iaitu alat penapis udara, kita kena tanya pada diri sendiri.

Apakah 'big why' nak beli produk penapis udara? (Penulen Udara)

Duduk, fikir mendalam jadi banyak sebab utama jatuh perkara wajib aku dah kena beli untuk keluarga aku sendiri.

  1. Dekat 7 tahun aku alami masalah ectopic ekzema - semakin sembuh 
  2. Punya bayi kelahiran pramatang yang perlu penjagaan rapi
  3. Rumah jenis kediaman bertingkat tinggi 
  4. Kerap bersin? Kerap selsema dan sakit tekak? Cuba semak
  5. Jarang buka tingkap rumah pun tetap banyak habuk menyinggah
  6. Sesetengah ruang berbau kepam walaupun sudah mop & lap habuk
  7. Hasil vakum lantai didapati banyak perangkap habuk halus
  8. Langsir tinggi dan tingkap mudah menyimpan habuk dan debu halus tebal

Okey, ini antara 8 sebab kukuh kenapa aku nak beli air purifier. Memang kena beli, beli pun dengan harga restu duit poket. Bukan meminjam. Jika sampai konsep meminjam baik kiv dulu, ia jatuh kepada kehendak bukannya keperluan. 

Macam kategori juju, sudah sampai masa ia keperluan harian. Kesihatan anak dan keluarga paling diutamakan. 

Kenapa nak bayar air purifier secara tunai dan bukan pilihan kontrak?

  • Nak kurangkan komitmen bulanan
  • Tak nak terikat dengan kontrak tahunan 
  • Sanggup tanggung risiko jika produk tak sampai setahun rosak - ini yang kena bagi tahu dekat diri sendiri yang kita sanggup tanggung risiko, jika tak mampu tanggung boleh guna khidmat kontrak & ansuran bulanan. 
  • Belian jenama yang punya cop SIRIM - tujuan keselamatan dan diiktiraf
  • Pastikan ada warranty paling kurang 1 tahun

Lama dah aku perhati satu jenama ini. Ke semua aku sebutkan diatas ada pada jenama ini. Namanya Midea Air Purifier. 

Berbalut elok, selamat sampai di tangan. Best air purifier Malaysia

Kenapa aku pilih jenama Midea?

What is the best air purifier in Malaysia?

Buktinya, sudah 10 tahun aircond jenama Midea di bilik utama rumah julia masih bertahan sehingga ke hari ini. Sama usia dengan anak sulong julia si Abg Qi tu. 

Tak ada bunyi bising, sejuk, senyap, mudah di servis bila sampai waktunya, sudah 3 kali pindah rumah sewa tetap elok je jenama Midea ini memberi khidmat kepada seisi keluarga. 

Itu yang aku yakin untuk terus pilih jenama Midea, kebetulan Midea ada keluarkan penapis udara yang terkini dengan HEPA filter. 

Tambahan pula, harga sangat munasabah. Tak mahal sangat, tak murah sangat. Lagi-lagi musim COVID-19 tak menentu di Malaysia, maka pembelian air purifier dapat membantu mengurangkan gejala COVID-19 dan sewaktu dengannya. Insya-Allah. 

Kelebihan Midea Air Purifier 

Midea Air Purifier ada banyak model, hasil bacaan terdahulu mereka cipta 3 tapisan tanpa HEPA. Terkini Midea 6000 series ada 5 tapisan termasuk HEPA filter klik link 👉 Midea MAP-28BD 5-Layers of Filter Purification Air Purifier

Apa itu HEPA filter? Teruskan membaca. 

Sebelum buat belian, wajib julia akan baca review di online, Youtube dan website tau. Tujuan utama sudah semestinya nak pulangan yang berbaloi. 

Rata-rata memberi 4 ke 5 bintang untuk produk ini, ramai yang berkata selepas guna udara bertambah bersih dan ruang tak berhabuk sangat dah. 

Tips memilih penapis udara :

  • 5 lapisan penapis 
  1. Pra-penapis, 
  2. Lapisan PET Anti Bakteria, 
  3. Lapisan Karbon Teraktif, 
  4. Penapis HEPA, 
  5. Penapis Nilon Mesh

  • Reka bentuk padat
  • Reka bentuk anggun
  • Ruang muka digital
  • Pelbagai fungsi: 3 Kelajuan
  • Penapis HEPA sebenar
  • Ada petunjuk penggantian penapis
  • Mengeluarkan Aldehid (membantu menghapuskan bakteria dan virus)
  • Pembersihan auto
  • 33B(A) Mod Senyap
  • Skrin Auto Off Semasa Mod Malam
  • Udara Tulen PM2.5
  • KAD: 380m3/j
  • Mod Operasi : Digital/AC
  • Tahap Bunyi : 55db
  • Keluasan : 36m2
  • Warna : Putih
  • Kuasa : 36w
  • Bekalan Kuasa: 220-240v-50hz, 1Ph
  • Voltan: 220-240v
  • Waranti Pengeluar Tempatan 1 Tahun oleh Midea Scott
Beli online je senang, air purifier Shoppe. 
Siap dapat diskaun, mudah dan menjimatkan masa.

Kepentingan HEPA Filter (tak semua air purifier ada HEPA filter, baca betul-betul sebelum nak beli.)

Hasil bacaan, penapis HEPA boleh membunuh virus yang terkandung dalam udara dan boleh dihapuskan dengan cekap. Itu pentingnya sebelum beli kena kumpul ilmu produk, terutamanya info HEPA filter.  

Tambahan penting, jika mampu belilah jenama air purifier yang mempunyai tapisan HEPA filter “High-Efficiency Particulate Air”. 

Penapis HEPA adalah standard yang disyorkan oleh EPA (Environmental Protection Agency) dan Persatuan Paru-Paru Amerika. Elok sangatlah, sebab bayi pramatang julia kebetulan lama di wad dengan bantuan alat sokongan oksigen, jadi bila discharge dari hospital nanti tak adalah dia kena bekerja lebih untuk hirup oksigen dalam rumah.

Paling menyakinkan julia, air purifier yang mempunyai penapis HEPA dapat memerangkap 99.97% zarah yang sekecil 0.3 mikron. 

Bayangkan virus dan bakteria mempunyai saiz sekecil itu  tidak mampu dilihat dengan mata kasar manusia. Jadi HEPA dapat memeranginya secara berkesan. 

Alah membeli, menang memakai. Jadi buat pilihan bijak. Semoga kita semua dan keluarga dapat menikmati hak ruang udara bersih sepanjang berada di dalam rumah. Sedikit sebanyak membantu kesihatan optimum. 

Tonton 👉 video unboxing 

Belian Midea Air Purifier Model MAP-28BD klik👉 Air Purifier

2 Comments

  1. murah juga. tapi nak beli kena fikir panjang. sebab belum ada simpnanan. semoga da rezeki beli penapis udara!

    ReplyDelete
  2. Harga jauh beza dari yang installment. Dulu saya ada pakai 1 jenama ni, sebulan rm90 selama 3 tahun, kemudian untuk dapat hak milik kena tambah 2 tahun lagi. Jadinya kontrak 5 tahun. Cuma kira rm90 x 5 tahun. Emm boleh dapat sepuluh penapis udara jenama ini.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)