Sedapnya, sambil menulis resipi boleh terliur dibuatnya!

Tercari-cari resipi juadah minum petang yang lazat dan mudah dibuat serta berkhasiat? Juju ada idea. Jom kita buat cucur gandum sayuran. 

Tak makan sayur? Bagi anda yang tak suka sayur ketahuilah, anda akan jatuh cinta makan sayur versi sayuran cucur gandum. 

Bila gandum disaluti dengan sayuran, perghhh! Manis asli dia tiba-tiba terbit, tanpa dimasukkan sebarang gula tau. 

Okey jom salin resipi, snap pun boleh. 

Resipi Cucur Gandum Sayuran

Bahan-bahannya :
1/2 paket tepung gandum (suka beli jenama ini klik👉 link)
2 sudu besar tepung beras (efek ranggup)
1 sudu kecil tepung jagung (bagi adunan sedikit pekat)
1 sudu kecil kunyit serbuk (pewarna)
Daun kuchai, carrot, bawang merah, tomato merah di hiris halus
1 biji telur (bagi yang alah telur tak letak pun tak apa)
1 sudu kecil garam bukit
1 cawan air suam berselang seli dimasukkan, ikut kesesuaian air tak cair sangat.


Caranya:
Gabungkan ke semua bahan di atas dalam satu mangkuk dalam. Kacau sehingga adunan sedikit likat.

Tunggu dalam 10 minit, adunan kena rehat sekejap tujuan untuk ke semua sayuran meresap dalam tepung. Panaskan periuk dan isi minyak.

Ambil sudu besar dan ambil secara sedikit demi sedikit. Masak sehingga ia kekuningan. Tos minyak dan sajikan bersama sos cili atau kuah kacang.
Rupa sebelum di gaul, belum masak lagi pun dah cantik. Kalau dah masak?

Dah masak tadaa, begini rupanya. 
Sedap, menu makan pagi dan petang pun sesuai sangat di sajikan. 

Sekarang bulan Disember 2022, musim hujan disana sini, jadi perut mudah lapar. Nak sajian berkhasiat dan nak didik diri serta keluarga dengan menu bernutrisi cubalah versi cucur gandum sayuran. 

Kalau rajin beli minyak sayuran, dapat kurang sikit penggunaan minyak biasa tu kan. Selamat mencuba. 

1 Comments

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)