Sambungan dari kisah Part 1 klik link >>> Air Ketuban Pecah Tiba-Tiba 27 Minggu.

Aku blur... what? OHR! Now? 

Wad apa tu? Kepelikan aku, dah duduk wad ni 3 hari kena tukar pula. Dalam masa yang sama aku sedang keliru, perut seakan semakin kuat rasa contraction tu tau selepas kena pindah wad. 

Wad OHR ialah wad unit pantau rapi. 

Kata sister berbaju biru di situ, OHR anak kedua selepas ICU. Ya Allah terus aku berdebar, langsung aku tak tau sebab apa aku kena duduk disitu. OHR ada katil yang mengadap terus ke kaunter nurse. 

Di tepi katil yang super empuk ada mesin automatik cek tekanan darah, lengan aku di balut erat dengan wayar tu. Mereka dah rancang untuk jaga aku dari terberanak awal, sebab simptom contraction aku info ke doktor awal pagi tadi cuma mild sahaja. 

Maksudnya aku kena bedrest la, aduyai. Bosan la dok baring je gitu kan. 

#1 Tiub urine nak di pasang

Dua orang nurse sedang selak di bawah, aku tanya nak cek bukaan ke nurse? 

"Nak masukkan tiub salur kencing puan"

Erkk! Terus kematu montot, bila tusukan pertama masuk di godek cari saluran kencing aku dah mula rasa contraction yang aku tahan tadi makin meracau, maksudnya makin tinggi terus contraction nak meneran dah !

Aku tarik lengan sister baju biru di tepi...

"Sister, saya rasa macam nak beranak sister, tolong!"

Mengelabah lah dua nurse yang sedang dari tadi nak masukkan salur air kencing tu terus panik, nampak aku tengah nak menahan dari meneran.

#2 Kaki baby 

Sister terus jerit panggil doktor pakar, meneru masuk doktor pakar semak juju. 

"Kaki dah keluar, puan teran puan, ucap bismillahirrahmanirrahim, teran puan !"

"Erkkkk..."

Sekali teran dah keluar setengah badan doktor cakap.

"Puan, teran lagi sekali, kepala pula"

"Allahuakbar, Allah...." 

Teran kali kedua sangat mudah, lahirlah si kecil yang beratnya cuma 940gm. Terus doktor minta juju mengucap dua kalimah syahadah dan doktor potong terus cepat-cepat tali pusat dia.

Ternampak seorang doktor di sebalik tirai bawa lari baby laju, nampak kepala baby je dari jauh, tanpa langsung suara kedengaran.

Tanpa jahitan, tanpa vakum, tanpa induce, tanpa sebarang pembedahan... kelahiran spontan secara songsang, tanpa sebarang persiapan di bilik bersalin hatta pisau atau gunting sekalipun tiada... lahirlah srikandi cilik dengan izinNya. Sangat menakjubkan. Songsang kelahiran normal.

Apa aku rasa? Kehairanan sepanjang hari. Masa itu aku mengucap, hebatnya Tuhan. Jika dia kata ya, maka jadilah walau apa cara sekalipun. 

#3 Aku kematu, hilang semua rasa sakit. 

Emosi mulai melabuh dengan lebat, nak susun emosi macam mana pun aku tak tau sebab doktor tak tunjuk jantina baby dan tak letak di dada juju untuk pengecaman baby bagi ibu-ibu yang melahirkan macam biasa.

Kes aku luar biasa, dah la suara baby pun tak dengar langsung, muka baby pun aku tak sempat tengok. 

Tapi aku faham, aku faham tugas seorang doktor dan nurse. Kes aku bukan kes biasa, kes aku perlu di rujuk ke NICU, Neonatal.

Selepas 3 jam melahirkan baby secara mengejut, jam 10 malam aku di tolak semula ke wad ibu biasa. Jiran-jiran sebilik pun terkejut, eh julia masuk balik sini. 

#4 Tadi bukan pindah wad lain ke?

"Sudah beranak tadi jam 7.10 malam, patutlah sakit tahan contraction sangat tadi, ingat sakit perut salah makan rupanya tu tanda nak beranak".

Gelak ketawa kami sama-sama dalam tu. Dalam gelak tu, masa nak tidur lah datang syaitan bisik ganggu emosi. 

Aku menangis saban malam, tak dapat tidur, mengenangkan baby di NICU sama ada hidup atau tak. Aku dah siap-siap redha. Bengkak mata berhari-hari, seminggu aku warded tanpa anak di sisi. Kemudian aku dibenarkan discaj sebab mereka semak aku semua okey. 

Gambar diatas bukan di Wad OHR ya, ni wad obstetrik. wad ibu biasa yang ditahan kemungkinan ada komplikasi atau nak dekat bersalin menginap di sini. Doktor akan datang harian check setiap ibu di sini. Syukur juju duduk satu bilik 3 orang sahaja, tak lah sunyi. Boleh sembang pecah kesunyian. Gambar discaj berbaju jubah merah, masih boleh tersenyum, dalam hati? Berkaca-kaca.

#5 Baby perlu di rawat dalam NICU

Di sinilah segalanya bermula episod emosi mencanak tak tentu hala, nasib aku tahan dari tak meroyan. Pejam celik dah 2 bulan di NICU, 60 hari dia di NICU sekarang masih lagi di hospital wad baby biasa untuk pantauan paru-paru. Hampir 95 hari sudah. 

Banyak mesin-mesin gergasi di NICU sepanjang 2 bulan baby di NICU. Mesin itulah yang ambil alih sistem rahim wanita. 

Bayangkan rahim wanita kecil je Tuhan cipta, hebat Tuhan. Alhamdulilah teknologi sekarang boleh reka sebegini hebat, aku syukur, asbab mesin inilah, dengan izin Tuhan baby hidup. 

Baby demam kuning seminggu, dah lah 940gm berat dia lahir, kena jaundice jadi 800gm. Sebesar botol air mineral kecil tu ukuran size baby. 

Semalam terberanak, esok pagi aku berjalan kaki ke NICU di temani dengan jiran katil sebelah. Sebab anak dia pun lahir pramatang, terlahir dalam kereta dan sama tarikh kelahiran dengan baby Julia. 

Sehingga ke hari ini aku menaip, masih lagi ulang alik hospital. Uishhh kalau nak cerita pasal perasaan tak tergambar macam mana aku sekuat ini hadap dengan suami. 

#6 Emosi tahap gaban !

Dalam kereta aku menangis, dalam bilik air aku menangis, dalam rumah pun menangis. Sampai satu titik hari-hari beredar, aku kuat dengan berbekalkan kata-kata semangat ramai kawan-kawan dan dari doa yang tak putus-putus aku terima. 

Itulah, tak kuat pun sebenarnya nak hadap, ujian Tuhan beri bukan saje-saje, ada hikmah Tuhan nak tunjuk akan datang. Bersangka baik dengan setiap ujian tiba-tiba dan tak sangka-sangka. 

Nanti senang aku sambung, bagaimana baby pramatang yang terpilih ini berjuang sehabis-habisan, aku pun hairan, bagaimana dia berjuang, kental betul si kecil ini. 

Aku kuat dengan sendirinya bila lihat juang dia. 

Hebat Allah cipta manusia, sekecil 27 minggu dah ada suara boleh menjerit. Bayangkanlah. Sambung lagi. Terima kasih sudi baca. 

2 Comments

  1. Alhamdulillah Julia dan Baby selamat.Semoga baby terus kuat dan membesar dengan baik. Sudah berapa bulan Baby?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi komen, nak masuk 3 bulan lebih. Lahir bulan 9/9. Ikut jadual EDD dia sebenarnya bulan Dis 2022. Kira dia baru lahir si ibu dah masuk bekerja semula.

      Delete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)