Pemakan Rahsia - Are You Secret Eaters?
Sedap tak menu di atas? Ini adalah menu sebenar julia buat sendiri tau. Sangat mudah, ikan tongkol bakar, air asam bawang dan ulaman. Nasi suku.
Are You Secret Eaters?
Losing weight is hard work!
Kita selalu fikir, makanan berkhasiat adalah sangat bernutrisi.
Awas! Pengambilan secara berlebihan makanan dari unsur sihat dalam kuantiti yang sangat besar pun boleh bertukar kepada pengambilan kalori berlebihan.
Contoh, kuaci bunga matahari. Ramai pengemar kuaci ini termasuk julia sendiri. Terkadang satu bungkus boleh dihabiskan dalam masa kurang dari sejam. Tahu tak berapa kalori dalam satu pek besar kuaci berkenaan?
Jumlah lebih kurang begini...
- 580 kalori - 1 pek kuaci
- 540 kalori - 1 bar coklat
- 556 kalori - 1 tin minuman gas
Perghhh!!
Nutrious but Naughty... to much cause weight gain!!
Really?
Tersentak terus, jadi jangan ingat snek ringan seperti kuaci tu bukan penyumbang utama kenapa berat badan statik, makin meningkat dan tak turun-turun. Rupanya inilah dia, julia ada sebungkus kuaci besar dekat rumah tu haha.
Dalam satu pek kuaci, ini yang julia tonton di Youtube rancangan Secret Eaters mereka tunjuk bukti dalam segenggam kuaci tu kalau di lenyek ada minyak yang keluar melekat di tisu sampel. Itulah minyak (fat) dalam tak sedar kita makan secara banyak.
Sebenarnya makanan sihat boleh dimakan, tapi kena ambil dalam kuantiti yang sederhana dan tak berlebihan. Baru dinamakan pengamal pemakanan seimbang dan sihat.
Itu baru satu punca kuaci, contoh buat salad dressing awas pengambilan mayonis berlebihan dan garam. Cukup guna 1 sudu kecil dan jaga kuantiti salad dan buah-buahan yang akan dihidang dalam satu pinggan.
Kebanyakkan dari kita, ya kita gunakan makanan sebagai punca utama untuk tenangkan diri, kita makan untuk selesakan diri, kita guna makanan untuk control lower emotion. Fuhh.
Faham? Okey seterusnya... (setiap hari julia belajar pasal ilmu kalori, aku nak sangat tahu apa itu KALORI sebelum aku cuba untuk melangkah langkah pertama ke alam Kalori Defisit, mampukah aku? Takpe yang penting aku belajar dulu sepuasnya, sebab julia bukan keseorangan. Aku ditemani dan bersaing sihat dengan team positif iaitu SUAMI julia sendiri)
💜Are you Stress Snacker?
Orang yang jenis ini, bila masuk dalam satu situasi dia terus tertekan. Mungkin di tempat kerja, di dapur, di mana sahaja dan ada pula vending machine yang jual coklat dalam tu haa terus otak kata BELI...no guys, no!
Apa caranya?
- Bersenam
- Deep breathing strategy - bantu untuk turunkan tekanan darah dan buat kita boleh tangani tekanan.
💜Are you Snackaholic?
Orang kategori ini suka snacking all day long. Maksudnya, dah makan makanan utama pun dia akan cuba mencari coklat, gula-gula, minuman bergas, kekacang yang bergaram, burger non stop eating orang kata.
Jadi untuk elak mulut asyik mengunyah, kita kena bagi perut banyak makan jenis FIBER.
Pilih makanan tinggi Protein + Fiber = Cth Buah Avocado di potong dan hias atas rice cake, roti pita dengan humus low fat atau yogurt dengan muesli.
💜Are you Juice Junkie
Suka beli air jus?
Sama ada jenis berkotak mahupun yang siap sedia dibancuh di kedai mahupun di tepi jalanraya?
Kalau ya, ke semua minuman berkenaan bukan air jus sebenar. Semua sudah ditambah gula kecuali anda sendiri lihat dengan mata dan beritahu pembuat air jangan letak sebarang gula.
Sebenarnya, air jus buah berkenaan banyak mengandungi kalori yang sangat tinggi. Jadi hati-hati ya. Ada yang tak sedar dalam sehari 5 ke 6 cawan jus buah diambil terus dari kotak air di dalam peti ais.
💜Are you Social Scoffer?
Orang kategori ini di rumah dia boleh diet cun, tapi bila dia jumpa kawan-kawan dan family di luar dia makan tak ingat dunia. Dia langgar semua diet gula dan garam serta lemak. Dia hentam segalanya.
Balik rumah, dia kata makan salad dressing sahaja, makan timun jus sahaja tapi bila meet up di restoren dia jadi manusia kedua dalam badannya sendiri.
Tips: Jenis ini boleh makan diluar tapi pilih makanan jenis steaming, grilling, poaching, stir frying. Jangan malu untuk beritahu rakan dan famili anda bahawa anda sedang kaunter kalori untuk lose weight.
Sudah tentu sekali mereka akan menyokong kita dan beri kita semangat dalam pemilihan makanan dan minuman yang bersesuaian.
Foods on the go!
- Bags of nuts
- Apple slices or berries
- Hummus
- Greek yogurt
2 Comments
Happy for u Juju! Selamat ber aktif semula. Keep fit
ReplyDeleteTeruskan sharing, Kak Nina suka baca tau
Terima kasih banyak sis, jom puasa dulu sis kasi ringan sikit badan hehe
DeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)