Seorang ibu yang bekerja punya anak kelahiran tidak cukup bulan yakni kelahiran pramatang merupakan berita paling mengusarkan hati.

Sepatutnya cuti bersalin 3 bulan bergaji dinikmati sepenuhnya bersama bayi berpantang dirumah, tapi 3 bulan berkenaan ulang alik ke NICU dan SCN setiap hari tanpa gagal. 

Kuatnya ibu ! 

Tepuk bahu sendiri, kau cakap sendiri, kau kuat, kau boleh, sambil air mata di sana sini aahhh tidak peduli dan tak kisahkan apa itu berpantang, janji dapat lihat si kecil setiap hari. 

Berikutan anakanda bayi bernama Qayla imani diuji hebat dengan kelahiran extreme premature, beliau diuji lagi hebat paru-parunya ada lekuk dalam didada. 

Bermaksud, dia try hard nak bernafas. Jika tak guna alat sokongan oksigen, beratnya akan semakin kurang dan akan jejaskan organ lain nanti. 

Sejak lahir dia bergantung penuh dengan 3 jenis oksigen (CPAP, HIGH FLOW & NASAL PRONG) untuk pembesaran di NICU unit Neonatal.

Semakin besar dan berat si bayi, peluang untuk paru-parunya matang sangat tinggi. 

Picture from day 1 till day 100.

Sebelum off oksigen terakhir nasal prong buat kali kedua. Ya kali kedua ujian. Sampai berat naik sendiri perlahan-lahan dengan latihan bernafas sendiri. 

Berlalu 3 bulan lebih 

Berat mencapai 3kg lebih dari sebelum 940gm sahaja. Percubaan off oksigen kali ke 3 telah dilakukan kepada Qayla. 

2 minggu pantauan, menandakan beratnya naik sedikit demi sedikit tanpa alat sokongan oksigen lagi.

Jadi? Langkah seterusnya, doktor minta si ibu room in bersama baby di hospital dalam jangka masa 4 hari untuk pantauan. 


Carta rekod dan aktiviti sepanjang malam si ibu kena rekod. Mari bermata panda demi si anak. Lihat bagaimana dia tidur dan cara dia bernafas, ada semput atau tidak. 

Sepanjang juju pantau, level 95 ke 94 spo² terjadi apabila dia menangis. Itu normal. 

Bila tidur bacaan dia 98 ke 99, alhamdulilah berbaloi bersengkang mata. 

Inilah alat pulse oxymetry. Ia akan rekod level oksigen bayi dalam darah secara lebih menyeluruh. Jika diparas bawah 95, mesin ini akan mengeluarkan bunyi kuat. 95 ke atas bacaan normal. 


Day 112
Syukur Ya Allah. Sujud syukur Julia. Rasa sebak dan menangis bila doktor pakar paru-paru menunjukkan rekod graf depan julia. Puas hati. Katanya bacaan spo² baby Julia 98 ke atas. 

Bila boleh discharge?
Julia kena jalani lagi satu perkara yang sangat penting di wad Neonatal. Apa dia?

Akan bersambung. 

9 Comments

  1. Moga ummi ju terus istiqomah .. Insya Allah. Berikanlah ibu ini kekuatan yang luar biasa Ya Allah Yang Maha Berkuasa atas segalaNya. Aamiin YRA

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... Finally. Good job Qayla 👏👏

    ReplyDelete
  3. Moga Allah permudahkan urusan Juju dan baby. Baby kuat tu, macam Juju.

    Btw, sama macam anak Ina yang bongsu. Paru-paru ada masalah juga premie.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... Berita gembira... Ntah kenapa... Semalam masa dok basuh pinggan teringatkan juju dan qaila ni... InshaAllah... Qaila boleh balik nanti... InshaAllah... Itu yang saya titipkan doa buat qaila dalam hati...

    ReplyDelete
  5. Allahhhh Maha Berkuasa,good job baby Qayla Imani....u r sooooo strong girl,good job mama jue,u strong too....

    ReplyDelete
  6. Semoga mama ju dan baby qayla terus semangat dan kuat.amin

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..tumpang gembira dengan khabar ni. Kuat semangat Baby Qayla dan Juju..Insya Allah, Allah permudahkan urusan mendatang.

    ReplyDelete
  8. WOW! Alhamdulillah! Baby Qayla Imani seorang yang sangat kuat. She's really a fighter

    ReplyDelete
  9. Comelnya Qayla...semoga terus kuat utk Qayla and ummi..

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)