Assalamualikum ❤

Abg long Qi ada bengkel Matematik Tahun 4 hari ini. Lama dia tak pekena nasi lemak tepi sekolah. Abg long Qi sihat walafiat, alhamdulilah. 

Anak penyejuk hati dan menyenangkan tika saat sukar dia banyak berdikari. Barakallah. 

Malam tadi usai lawat Qayla, Abg long Qi dah siap masak nasi 2 pot, elok kejadiannya. Juju didik sejak dia Tahun 2 lagi. Bila Tahun 4, makin master masak nasi. Tak lama lagi, tahun depan juju nak didik ajar masakan mudah. 

Contoh:

Sardin, telur goreng, ikan bilis goreng, nasi goreng cina. Abg long Qi dari dulu tanya bila nak ajar masak-masak. 🤭 

Guna induction cooker. Selamat sikit dari ajar guna api dapur tu kan. Nanti dia dah belasan tahun, baru ajar masak atas api dapur. 

Ini lah cara ikhtiar hidup, anak-anak kalau di ajak gunting cili kering bersama, blender bahan bersama, masak nasi sama-sama, kacau bahan bersama atas periuk dapat didik naluri inginkan 'multitasking'. Serba boleh. 

Macam mana nak mula? 

Masa nak masak, dari permulaan sediakan bahan bawa anak lihat, cara kupas bawang, dimana bawang disimpan, kenapa bawang perlu pengudaraan yang baik, sambil masak cerita. 

Anak suka. Walaupun cerita hari itu cerita kisah bawang. Kerana bawanglah tercetus menu masakan jadi sedap. Banyak khasiat bawang. Ajak google, cerita kisah bawang. #parentingtips 

Eh anak suka tau. Kat sekolah limited, kat rumah luas. Story telling macam ini cara nak jinakkan anak rajin ke dapur. 

Dalam masa yang sama, kita didik diri kurangkan bebel dan jerit asyik kerja menyuruh anak itu dan ini. Cubalah. Abg Qi nak cerita praktikal terus. Masak! 🤣

Semoga kalian sihat selalu ya. Selalu juju titipkan doa buat kalian, hantar utusan doa senyap-senyap buat kalian. Doa macam mana tu Tuhan tahu rahsia tu. 

Jadi tak rugi langsung mendoakan sahabat dan orang lain. Kelak doa yang sama insyaAllah, pulangan sama kembali. Hebatnya sebuah doa. Allahuakbar! 

Jaga diri, selamat beristirehat dan travel ya. Cuti sekolah manafaatkan bersama. Anak-anak cepat je membesar, rakam lah sebanyak mana tika bersama mereka. 

Kelak, akhirnya kita kembali berdua sampai tua nanti. Mereka sudah tentu ada kehidupan masing-masing. Waktu itu tugas kita, imbau kenangan yang tiada kesudahan. 

Itulah... RINDU. 💕

0 Comments