Cara beli mask rambut murah dan berkesan
Julia baru-baru ini ke sebuah salon muslimah. Tujuannya tak lain dan tak bukan nak me time, set rebonding, nak cantikkan diri khas untuk suami dan naikkan mood baru sebelum masuk kerja tak lama lagi selepas habis cuti pantang.
Dah buat survey beberapa buah kedai secara walk in dan secara online. Jadi aku ke sini sebab tertarik dengan harga promosi.
Memang semakin rancak salon muslimah sekarang berkembang dengan majunya. Kalau buka instagram, penuh sana sini promosi salon wanita yang menyediakan pelbagai pakej dan promosi.
Tapi ada tapinya, aku tempah satu slot harga promosi tu tau. Jadi dia datang cek, pasal scalp rambut. Nak scan sama ada rambut aku bermasalah atau tidak.
Okey, memang free lah semak scalp rambut tu. Selepas itu mereka tawarkan untuk pakej lain sebab rambut aku ada masalah jika tak dirawat. Eh! Aku ke situ nak rebonding rambut sebijik apa dalam harga promosi tu tau, sudahnya kena pula dengar buat treatment rambut.
Ya, aku tak nafikan. Hak pengguna la nak teruskan buat rawatan rambut atau tidak.
Nampak?
Pastu mereka cadangkan ambil mask rambut di kedai berkenaan. Mahal sungguh, mau dekat 80 ke 90 lebih sebotol mask. Bagi yang berduit dipersilakan. Bukan kata aku tak ada duit nak beli, no. Aku suka survey dulu baru aku ambil keputusan beli.
Mask Rambut
Mask rambut memang elok aku baca banyak di media sosial kata makanan baik untuk penjagaan dan pertumbuhan rambut. Selain ia menyuburkan rambut, ia beri kesan berkilau (shining hair) dari jauh.
Julia dah jumpa mask rambut harga mampu milik dan mampu bayar. Walaupun bau dia tak seharum yang mahal, tapi kesan lembut, berkilauan dan selesa membuatkan julia nak teruskan pemakaian dan amal.
Guna sekali seminggu sahaja. Jangan guna hari-hari ya nanti rosak pula jadinya. Memanglah mask tu bagus tapi kalau digunakan secara kerap nanti rambut tak tahan lama pula. Sebab mask pun ada bahan kimia, lainlah kalau guna bahan semulajadi. Antara rajin dengan tak rajin itu je.
Macam julia tak rajin, julia beli mask rambut melalui online, senang dan mudah.
Aku beli kat Shopee je murah dan berkesan sama juga klik 👉 Beli Sini
Yang jadi lambat nak buat rambut ni bila ada pelawaan belian produk-produk sampingan. Bila dikata hari lain beli katanya nanti rosak rambut kalau tak pakai haa gitu.
Takkan aku nak keluarkan duit beratus-ratus lagi nak buat tambahan produk. Set rebonding bukannya murah ya, anggaran lebih 200 ke atas jika tak promosi.
Kalau rambut jenis tebal ada harga tambahan. Okey aku faham, itu logik. Kalau tebal kena caj, cuma di banner promosi kena maklumkan sikit bagi jelas. Sebab ada orang dia panas hati kalau ada harga tersembunyi.
Jadi aku dah guna mask rambut selepas cuci rambut dengan shampoo, sapu mask di rambut dan tunggu dalam 5 minit kemudian bilas.
Seminggu sekali sudah memadai.
Memang cantik beralun je dan tak mudah kusut bila di sikat. In love tau.
Buat apa buang duit lebih, boleh dapat murah dan berkesan.
Semua di tangan anda. Ada duit lebih dan nak servis lebih dipersilakan, macam juju selagi boleh berjimat cermat kita jimatkan hihi.
0 Comments
Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)