Raja Viral ! Inilah rancangan medium digital interaktif No.1 paling ditunggu oleh rakyat seluruh Malaysia. 

Bagi anda yang suka menonton video di Tiktok, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menyaksikan siaran paling pempengaruh dari kalangan Tiktok terpilih. 

Siapakah mereka itu? Jeng jeng jeng, debar julia nak kongsikan tau. Teruskan membaca. 

Untuk makluman pembaca setia semua, syarikat peruncitan dan rangkaian pasar raya terkemuka Malaysia iaitu AEON CO. (M) BHD. (AEON) berkolaborasi dengan selebriti kredibel, Datuk Aznil Nawawi berserta aplikasi media sosial tersohor iaitu TikTok. 

Ia bertujuan untuk menerbitkan siaran kandungan digital interaktif yang berjudul Raja Viral ! 

Puan Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Malaysia bersama Datuk Aznil.

Seperti yang anda sudah ketahui, sejak azalinya Datuk Aznil merupakan seorang pengacara dan pelakon popular. 

Jadi sebagai selaku pencipta bersama siri Raja Viral, ia akan memulakan siarannya di saluran TikTok AEON Retail Malaysia dan YouTube AEON Malaysia pada 2 Disember 2022 ini. Tandakan terus dalam kalender telefon bimbit anda ya. 

#1  Raja Viral bakal hangatkan dunia rancangan TikTok.

Hasil temuramah Julia tempohari di majlis pelancarannya, Raja Viral akan menyiarkan 12 orang pempengaruh TikTok popular yang mempunyai views dan barisan follower tertinggi.

Peserta Tiktok yang terpilih dalam Raja Viral ini akan diberi tugasan selama 8 minggu dan mereka perlu berusaha menyiapkannya sesegera mungkin dengan capaian views yang paling tinggi untuk merebut hadiah wang tunai sebanyak RM80,000. 

Wowwww! Banyak tu. 

#2  Tiktok Creative Lab tambah ilmu peserta dalam Raja Viral.

Menariknya, pencetus semua ini berlaku dan berjinak dalam dunia TikTok adalah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan di seluruh negara beberapa tahun lepas. 

Itu yang mereka secara tidak langsung menghasilkan kandungan video kreatif sehingga tular. 

Sepanjang pertandingan, Julia difahamkan setiap peserta dikehendaki mencipta kandungan video baru mengikut tema berbeza pada setiap minggu. 

Antara tugasan yang akan dipertandingkan seperti mengedit, ulasan makanan, resepi inspirasi dan juga parodi. Sungguh menarik. Tak sabarnya nak tonton.

Curahan ilmu dan bimbingan akan diberikan oleh Datuk Aznil yang juga mentor dan juri utama Raja Viral. Ia mengetengahkan cara untuk untuk menjadi duta jenama yang lebih baik. 

Selain itu, kerjasama AEON akan menganjurkan 3 sesi bengkel yang akan dikendalikan TikTok Creative Lab untuk ke semua peserta. 

#3  Komuniti Tiktok medium tular utama digemari rakyat masa kini.

Sorotan kata dari Puan Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON Malaysia, “Menerusi Raja Viral, AEON menyasarkan pendekatan untuk merapati konsumer di kalangan generasi muda yang amat aktif di atas talian untuk memperolehi sumber hiburan dan informasi. Selain itu, AEON juga berazam untuk mengembangkan komuniti pencipta digital yang boleh mengubah impak tular kepada positif terhadap orang ramai.”

Anda boleh layari sedutan video majlis pelancaran Raja Viral klik SINI 

#4  Barisan 12 peserta pempengaruh TikTok Raja Viral

Ini yang paling ditunggu, siapakah barisan 12 orang peserta Tiktok yang menyertai siri Raja Viral ini adalah seperti berikut, klik link dan follow mereka sekarang okey. 

1. Daing Iskandar Mohd Tahir - https://www.tiktok.com/@daing.ellando

2. Ahmad Safwan Abdul Malek - https://www.tiktok.com/@apanmalek

3. Mohd Daud Suhaimi - https://www.tiktok.com/@daudreny46

4. Nur Fatihah Kamal - https://www.tiktok.com/@tiyakamal2

5. Mohammad Shohaimi @ Mr Wong - https://www.tiktok.com/@tokmiewong

6. Rusydi Sayuti Rosli - https://www.tiktok.com/@rusydi.official

7. Tunku Zarizah Tunku Zahrin - https://www.tiktok.com/@kuzamieza

8. Izzat Haikal Abdul Hakim - https://www.tiktok.com/@_ijathaikal

9. Fazza Syahir Mohd Zulkifli - https://www.tiktok.com/@fazza.ellando

10. Nur Salynata Salim - https://www.tiktok.com/@salynata

11. Muniswaran Harirama - https://www.tiktok.com/@muniswaranharirama

12. Muhammad Khuzaimie Lemat - https://www.tiktok.com/@abang_panda4.0

Barisan 12 peserta Tiktok terpilih bersama AEON

Jangan lupa nantikan siri Raja Viral setiap Jumaat di YouTube AEON Malaysia dan TikTok AEON Retail Malaysia mulai 2 Disember ini. 

Untuk yang mengumumkan pemenang Raja Viral, ia akan disiarkan secara langsung di TikTok pada bulan Februari 2023. 

Rancangan Raja Viral ini dijayakan dengan sokongan Birds of Paradise dan Carrie Junior selaku penaja utama.

1 Comments

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)