5 hari ia dilahirkan dengan izinNya.

7 hari aku berdukacita kerana rasa bermacam rasa.

27 minggu 6 hari. #premmie 

Tanpa ada sebarang risiko mengandung...

Tanpa jatuh, tanpa apa-apa. Dalam keadaan gembira datang ujian dariNya tiba-tiba...

EMERGENCY O&G 😨

Breech! Breech! Breech baby! "Jerit doktor berulang kali dihadapan para doktor yang lain. 

DISKUSI... SANA SINI. Cubaan nak hentikan ia dari beranak awal.

Ramai para doktor mahu menyelamatkan kandungan ini dari dilahirkan awal. 3 hari usaha mereka siang malam pantau juju di wad OHR (wad no 2 selepas ICU) wad pantauan rapi.

Siapa sangka kelahirannya satu keajaiban... yang tak mungkin itulah mereka semua dan aku tatapi.

EMERGENCY spontaneous breech assissted delivery  

/ Kelahiran songsang secara normal / siapa sangka... nanti di ruangan blog akan datang. Juju akan kongsi pengalaman ajaib ini. 

Tiada sapa boleh lawan perancangan Allah SWT termasuk si ibu. 

Panjang ceritanya... inilah yang buat juju bertukar jadi seorang yang mudah terasa, mudah tersinggung, segalanya mudah jadi hampir gila menangis tanpa kesudahan... kasihnya ibu pada si anak tiada susunan kata untuk dinukilkan. 

10 tahun penantian, 10 tahun kasih dikumpul. 1 rezeki berlabuh setelah redha... ku bajai dengan penuh kecintaan dan kesyukuran. Ujian tak diduga ini penuh mendebarkan... sangat-sangat. 

Jangan katakan...'alahhh ni biasa juju, ramai alami, bukan u seorang'. Mohon keluar dari circle juju ya. Saya lain. Andai anda rasa menyusahkan, tak perlu bersusah anda fahami saya, cukup siapa yang ikhlas sudi mendoakan. 

Andai anda insan terpilih duduk dikasut saya... air mata tanpa kesudahan. Cuba untuk kuat, tapi disebalik kaca incubator aku menangis tanpa suara. Tangisan amat dalam teramat sangat. 

Maafkan umi adik baby sayang, maafkan umi !!!! Bengkak mata hari-hari tak dapat dibendung lagi... 

Anda wanita? Anda lelaki? 

Anda pasti faham apa itu perasaan rasa bersalah, rasa sayang, rasa rindu dia di rahim dulu... aku dibuai rasa itu hari-hari. 

Mesin jadian itulah pengganti rahim ku sekarang. Tanpa mesin tu... dia.... 😥

Esok kalau kuat juju kongsi di blog akan datang kronologinya... ya ramai yang mendoakan juju, maafkan juju ya. Juju ucap terima kasih yang selalu ada pm dan komen bagi apa itu maksud KEKUATAN. Selemah-lemahnya manusia... aku timbus. 

Juju sangat-sangat mudah tersentuh...  doakan si kecil ini... dia #nicufighter  

www.juliajohari.com

4 Comments

  1. Allah. semoga akak lebih kuat. semoga baby sihat, tiada keajaiaban yang mustahil. dengan kehendak Allah. leyla paham sgt kalau bab2 anak ni kita sangat sensitif. apalagi tengok anak dalam keadaan mcm tu. semoga akak kuat dan tabah.

    ReplyDelete
  2. Allahu Akbar!
    Dia Maha Tahu, Maha Berkehendak. Doa PH agar dipermudahkan segala urusan Juju dan sentiasa kuat. Yakin, ujian diberi sepadan dengan keupayaan kita انشاء الله
    Take care & stay strong .

    ReplyDelete
  3. ibu mana tak sedih kan bila tgk anak dlm incubator..insya allah dipermudahkan urusan juju dan baby...kwn baik akak ada 2 org yg lahirkan baby premature...akak faham situasi juju ...takecare juju

    ReplyDelete
  4. juju insan terpilih untuk di uji Allah.. Allah tahu juju kuat..InsyaAllah..ada pelangi indah Allah hadiahkan buat juju nanti..aamiin

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)