Sekarang jadual pemeriksaan ibu mengandung untuk juju dah melangkaui sebulan sekali ataupun 6 minggu sekali. Sebab semua sejarah kesihatan yang di semak mingguan nampak tiada yang serius setakat hari ini juju menulis. 

Alhamdulilah. Kenaikan berat badan sahaja yang merisaukan, padahal sedang jaga pemakanan pun tetap naik dengan jayanya haha. 

Cuma minggu lepas di uji dengan kesihatan selsema, batuk dan sakit urat badan yang teruk. Ambil masa seminggu lebih untuk kembali pulih. 

Sebab ubatan di Klinik Kerajaan khas untuk ibu mengandung hanya paracetamol sahaja di bekalkan, ubatan lain seperti ubat selsema dan batuk kena beli di farmasi. 

Juju cuma amal beberapa hari sahaja.

Sebab risau kesan sampingan tu kan, ahli farmasi pun kebetulan lama semak di komputer untuk cari ubat yang benar-benar sesuai untuk juju, bukan simply di beli sewenang-wenangnya tanpa semak bahan kandungan dalam setiap ubat. 

Baru ku tahu, ujian mengandung kalau kena sakit biasa pun tak semudah itu nak dapat perskripsi ubat. Apa yang elok cuba cara alami, yakni madu lebah untuk legakan batuk, kalau selsema kena rajin amal lemon sikit dan upkan vitamin C. 

Kalau sakit urat dan sakit badan yang inilah paling seksa kena layan, sebab memang tak ada ubat khas untuk ibu mengandung. 

Memang lah paracetamol selamat diambil untuk ibu mengandung, tapi sebaiknya jangan jadikan amalan. Sikit pening telan, sikit sakit badan telan, kita kena kuatkan mental dan cuba layan. Mungkin itu salah satu alahan ibu mengandung. 

Sudah tentu susah nak tidur mainan si ibu mengandung, juju alami semua ini, nak tak nak kena hadap. Pengorbanan ibu mengandung tersangatlah maha besar. 

Semalam genap 23 minggu mengandung

Setelah hampir sebulan tak pi checkup di KKIA, tibalah masanya juju di tawarkan suntikan ATT iaitu suntikan vaksin khas kancing gigi untuk ibu mengandung. 

Seingat juju lah masa mengandung anak pertama 10 tahun lepas di klinik swasta, tiada pula vaksin ATT di berikan tau. Juju ingat lagi. Tapi di Klinik Kerajaan, vaksin ATT ini diberikan percuma buat semua ibu mengandung.

Juju sukarela terima vaksin ATT, apa itu ATT?  (Sumber: http://www.myhealth.gov.my/att-vaksin/ )

ATT ialah singkatan kepada Antitetanus - Tetanus Toxoid atau senang nak faham tetanus (kancing gigi) merupakan penyakit yang disebabkan oleh racun neurotoxin yang dihasilkan oleh bakteria Clostridium tetani. 

Bakteria Clostridium tetani hidup di dalam persekitaran terutamanya di kawasan tanah yang panas dan lembap. 

Bakteria ini boleh memasuki badan melalui kecederaan kulit yang disebabkan objek yang tercemar seperti paku dan jarum. 

Berbeza dengan penyakit-penyakit cegahan vaksin yang lain, penyakit tetanus tidak tersebar antara manusia sesama manusia. 

Sebaik sahaja bakteria ini memasuki tubuh badan melalui luka yang tercemar, ia akan merembeskan racun neurotoxin dan racun ini seterusnya akan menyerang sistem saraf manusia yang akan menyebabkan gejala-gejala seperti berikut:

  • Sakit kepala
  • Ketegangan pada otot rahang
  • Ketegangan otot yang tidak terkawal secara mengejut (kadang-kala ketegangan berlaku pada otot yang membantu pernafasan dan ini menyebabkan masalah pernafasan)
  • Kekejangan otot yang menyakitkan di seluruh badan
  • Kesukaran menelan
  • Demam dan berpeluh
  • Peningkatan tekanan darah dan degupan jantung bertambah kencang
  • Sawan

Jangan menolak suntikan antitetanus (Sumber: Sinar Harian)

  • Antitetanus bertujuan melindungi ibu hamil dan anak yang bakal dilahirkan.
  • Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantar ke bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Ia juga menghalang kelahiran pramatang.
  • Suntikan untuk mencegah ibu hamil dan bayi daripada jangkitan tetanus yang boleh mengakibatkan kejang otot dan boleh membawa maut.
  • Suntikan itu turut menjadi tidak relevan kerana sudah banyak hospital dibina, peralatan yang digunakan bersih dan dibasmi kuman.
  • Bukan itu sahaja kesan daripada suntikan demam dan alergi, menyebabkan ramai gynaecologist di hospital tidak memberikan suntikan ini.
  • Tetapi hospital kerajaan masih mengamalkannya, ia dapat mengurangkan risiko jika ibu hamil tinggal di kawasan pedalaman.
  • Ini kerana ibu tidak tahu apa yang akan terjadi kemudian hari. Kemungkinan untuk melahirkan bayi di dalam kereta, lif, dalam bangunan dan sebagainya tidak dapat dielak jika terjadi. Lebih elok ibu menerima suntikan lagipun ia diberi percuma di klinik kerajaan.

Julia semasa genap 20 minggu, sekarang 23 minggu.

Kesan sampingan Juju alami selepas suntikan ATT

Juju baca antara kesan kebiasaannya suntikan tetanus adalah gejala ringan dan akan sembuh selepas beberapa hari. Antara kesan sampingan yang juju alami hari ini ialah sedikit:

  • Keletihan - tidur rasa tak cukup walhal semalam tidur awal selepas solat Isyak, bila bangun pagi rasa penat sangat macam rasa tak tidur langsung hehe.
  • Kebas - tempat suntik ATT tu rasa sedikit kebas dan tangan sedikit berat. Tapi tak menganggu juju untuk memandu ke tempat kerja dan balik kerja. Setakat hari ini tak ada gejala kenaikan suhu badan dan ke arah demam. Feel better jam 10 pagi hari ini.
InsyaAllah, inilah pengorbanan setiap ibu mengandung akan lalui, jadi saranan juju jangan tolak, tapi ambil lah dan percaya setiap usaha kita berbalik semula kepada Tuhan. Kita berusaha untuk menjaga selebihnya biar Tuhan yang atur dan jangan lupa berdoa selalu.

Semoga perkongsian ini membuka mata ramai masyarakat di luar sana akan kepentingan suntikan ATT buat ibu mengandung. Jaga diri. Nanti juju update lagi.

Jejak entry lepas klik link:

  1. Hari pertama rezeki tak disangka Ramadan 2022 - link
  2. Hari kedua ke Klinik Kesihatan pengesahan mengandung atau tidak - link
  3. Video rahsia, jadi viral di Tiktok - link 
  4. Buku Pink - link 
  5. Kesan makan tidak teratur, aku flat ! - link 
  6. Jantina bayi boleh scan semasa berapa bulan? - link
  7. Obimin ibu mengandung sesuai ke? - link 
  8. Ujian air gula MGGT ibu mengandung - link 
  9. Surah pilihan amal sepanjang mengandung - link
  10. Keputusan scan kandungan 13 minggu ke 18 minggu - link
  11. Kepentingan buat Detail Scan di klinik swasta - link

0 Comments