Teringin sungguh lah nak makan Ayam kampung sedap , bersaiz besar, penuh rempah meresap dalam ayam kampung. Siapa cakap di sekitar Bandar Kuala Lumpur tak ada port ayam kampung sedap.

Pernah dulu-dulu pengalaman julia makan selalu tak puas, sebab ayam kampung bersaiz kecil, kena add on kali kedua tapi faham-faham lah harga ayam kampung bukannya murah kalau nak tambah kedua, ketiga dan keempat hihi.

Tapi kali ini dah jumpa restoren yang memenuhi citarasa, kepuasan makan ayam kampung di Kuala Lumpur boleh didapati dengan mudah rupanya. Nak tau order sekali je ayam kampung sedap, puas dimakan.

Tak tahu di mana? 

Jom julia nak memperkenalkan satu restoren ini. Rekod review pelanggan yang datang makan di restoren ini di Google mencatatkan 4 ke 5 bintang. Apa yang menarik sangat tu?

Teruskan membaca pengalaman julia sekeluarga menjamu selera minggu lepas. 
5 ke 6 orang boleh makan dalam satu masa. Bila di congak RM20 seorang bajet boleh makan konsep hidangan seperti diatas. Berbaloi!

Restoren Bandariya Ayam Kampung Tun H.S Lee, Kuala Lumpur. 
Restoren Bandariya Ayam Kampung, lokasinya terletak di tengah bandar Kuala Lumpur, sudah beroperasi selama 26 tahun lamanya. Memang antara restoren authentic senior di KL. Gabungan masakan Kelantan dan Indonesia. 

Senang rupanya nak akses ke sini waze atau Google Maps je "Restoren Bandariya Ayam Kampung". Parking berbayar disediakan di seberang jalan restoren ini sahaja. 

Google Maps

Ayam kampung masak cili hijau ganding telur itik masak lemak dan lauk sampingan diatas uishhh meleleh air liur teringat-ingat kesedapannya. 

Inilah seleksi hidangan di Bandariya Ayam Kampung. Boleh pilih nak makan hidang atau set. Ada menu set promo Merdeka 2022 di sediakan, sempatkan diri anda dan keluarga ya untuk dapat harga promo Merdeka sebab sekali dengan air tau. Lebih jimat !

Kalau selepas habis promo Merdeka pun boleh je bebila ke sini, sebab bila cerita pasal teringin tu tak boleh di tahan-tahan. Kena tunaikan, baru boleh tidur lena. 

Oh ya, kami order ayam kampung goreng berempah, gerisik, bergedil super 3xl, masak lemak telur itik, sambal bilis petai, daging gulai kawah dan bermacam lagi. Nasi panas di hidang panas-panas kepada kami, terlentang makan dibuatnya haha. 🤭🤤

Boleh tonton video live kami di sana, klik link 👇👇👇


Ayam goreng berempah Bandariya 
Julia di fahamkan, ayam goreng berempah di Bandariya diperap 24 jam dulu sebelum di masak dan dihidang panas-panas. Bau dia menusuk sungguh. Rasanya lembut, juicy hmmmm yummy! Minum dengan soda gembira pink tu, alahaiii usap perut. 

Antara barisan menu di Bandariya boleh kalian order.😘
✔Gerisik
✔Masak lemak telur itik
✔Bergedil & telur masin
✔Gulai kawah
✔Ayam kampung masak cili hijau
✔Ayam kampung
✔Ayam kampung goreng berempah
✔Sambal bilis kacang tanah
✔Sambal tumis petai
✔Ikan tenggiri masak lemak
✔Tauge campur

Air soda gembira. Antara air yang berjaya mengembirakan tekak kami. Tak manis sangat, gabungan soda just light, tak keterlaluan. Air melon mania pun ada. Cuba ya.

Basahkan tekak dulu dengan Soda Gembira , sebelum pekena ayam kampung Bandariya. 

Bila nampak size ayam kampung Bandariya, terus terkejut. Besarnya. Tebal isinya dan kepuasan setelah menjamah dengan lauk hidangan di atas lagi bertambah-tambah mulut cakap sedapnya, sedapnya. 

Anak Julia yang berumur 10 tahun suka makan di sini, sebab sambalnya tak keterlaluan pedas, rempah gulai kawah dan gerisik pun tak pedas sangat just nice. 

Suami suka sambal tumis petai, sambal dia wowww luar biasa, rasa kesedapan tumisan petai tu aura luar biasa. Macam tengah makan masakan ibu-ibu je. 
Harga semasa, sempat snap nanti bebila nak makan sini dah boleh kira bajet. Nak ajak keluarga besar dan rakan-rakan ke sini nanti akan datang. 

Inilah restorannya, kira antara restoren senior yang menyajikan 
lauk pauk khas versi ayam kampung.

Bintang? Dari 5 bintang, Julia dan keluarga bagi 4 bintang dari segi menu, servis yang pantas dan kemesraan pelayan kepada kami. Puas makan, kami 3 beranak kongsi 2  keping ayam kampung pun jenuh nak habiskan. Puaslah! 

Nanti nak datang lagi, ajak keluarga besar datang. Harga sangat berbaloi² makan hidang ataupun makan set harga sangat munasabah sebab lauk yang diberi kenyang sampai tersandar! 

Jemput ke sini ya, alamat dan nombor WhatApps untuk penghantaran di sekitar Kuala Lumpur di sediakan. 

Boleh order melalui website KLOOK klik👉 Ayam kampung sedap .
Selamat menjamu selera.👏

Restoran Ayam Kampung Bandariya
No. 8, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 
50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, 
Malaysia. 

Tel: 03-2031 4931

Waktu operasi: 11.00 pagi - 3.30 petang.
Buka  : Isnin hingga Sabtu. 
Tutup : Ahad. 

Khidmat penghantaran disediakan: [klik link biru dibawah]

2 Comments

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)