Comel watak kartun Baby Boss ni kan hehe

Soal penting atau tidak, terpulang kepada anda yang akan bergelar ibu bapa atau sedang merancang untuk menambah ahli bilangan keluarga. 

Dari sudut pandangan juju lah sebagai seorang ibu yang sudah 10 tahun membesarkan seorang anak, zaman tika dahulu tiada pun kesedaran atau istilah yang sesuai juju nak cakap tak ada orang keliling kita perkenalkan konsep detail scan untuk baby tau.

Sebab utama nak jalani detail scan adalah:

  • Umur lebih 35 tahun (ya juju lebih 35 tahun)
  • Jarak kehamilan terdahulu terlalu jauh (ya juju calonnya)
  • Obesiti (ya juju obes)
  • Masalah penyakit lain-lain (juju tak ada sakit lain)
Tidak bermakna anda tiada kaitan di atas tidak boleh jalani ujian detail scan ya, cuma yang ada risiko seperti diatas lebih di alu-alukan sebagai langkah penjagaan awal dan persediaan emosi.

Zaman tu popular untuk tunggu masa yang sesuai jalani scan 3D, memang berebut tarikh nak tempah. Klinik swasta yang anjur scan 3D zaman itu sangatlah sedikit dan sudah tentulah pencarian harga kena poket juga dititikberatkan. 

Kecuali yang berduit mereka tak payah nak fikir sangat, melainkan golongan sederhana macam kita ini perlu fikir untuk simpanan sebelum dan selepas melahirkan. 

Juju tau detail scan ini melalui rakan sekeliling yang sedang mengandung sebenarnya. Bukan dari doktor pun, sebabnya pengalaman ibu-ibu baru ni mereka lebih aktif mencari maklumat berbanding kita yang sudah lama bergelar ibu, cuma berbalik kepada rezeki cepat atau lambat je untuk tambah ahli.

Bila kawan terdekat kongsi, baru terbuka minda juju yang sebenarnya detail scan itu sangat penting dari scan 3D hatta sampai 6D semata-mata untuk lihat wajah baby.

Apa itu Detail Scan?

Scan luar dan dalam anggota-anggota badan baby secara terperinci, itu yang dimaksudkan detail scan. 

  • Otak / saiz kepala
  • Mulut ( ada sumbing ke tidak )
  • Ada ciri-ciri sindrom down ke tidak
  • Jantung (ada salur darah bocor ke tidak, dinding jantung)
  • Buah pinggang (normal atau tidak)
  • Perut
  • Bilangan jari kiri dan kanan / jari kaki
  • Tulang belakang
  • Kedudukan mata
  • Leher
  • Plasenta
  • Lain-lain secara menyeluruh
Kalau tempah 3D scan sahaja tanpa masukkan detail scan, rugi sebenarnya tak ambil peluang ini. Kalau terjadi apa-apa (jika terjadi tapi doalah selalu ya agar semua baik-baik) boleh persiapan mental dan emosi dari awal. Tidaklah kalut dan panik di kemudian hari.

Bila waktu sesuai buat Detail Scan?

Ada yang kongsi di media, katanya 18 minggu kandungan hingga 28 minggu boleh lakukan detail scan.

Ada yang kongsi di klinik 20 minggu kandungan hingga 24 minggu sahaja. 

Bergantung kepada anda nak minggu yang mana, paling afdal bagi juju usia kandungan 20 minggu ke 24 minggu sebab hasil bacaan juju fasa ini baby sesuai untuk laksanakan detail scan, tak terlalu kecil dan tak terlalu besar. 

Apa-apa pun ikut saranan doktor di Klinik mahupun di Hospital ya. Ikut kondisi jenis badan anda, mungkin kelahiran terdahulu baby jenis cepat besar atau kecil bergantung ikut mingguan ya. 

Lain orang lain kondisinya. 

Macam juju, 18 minggu mengandung scan di Klinik Kesihatan Kerajaan (KKIA), waktu itu baby tak bagi kerjasama sebab jam 9 pagi dia tunjuk punggung sahaja, lama pula tu hehe. 

Mungkin ruang luas, jadi dia bergerak ke dalam dan scan tak dapat detect jantina apa. Begitu ya.

Kandungan 20 minggu 
Juju cadang nak buat detail scan minggu ini, hari Sabtu 16 Julai 2022. Setiap hari Sabtu adalah genap untuk minggu baru. 

Harga promo sempena pembukaan klinik baru, jadi juju ambil kesempatan berbincang dengan suami. 

Hasil pantauan juju beberapa klinik swasta sekitar KL dan Selangor, harga bermula serendah RM99 sehingga ke harga RM250 pun ada tau.

Andorra pun RM250, teringin tapi fikir balik hmmm baik cari sekitar dekat rumah, klinik pun baru. support perniagaan baru orang kita apa salahnyakan.

Kalau okey dengan servisnya, nanti juju kongsikan di entry akan datang.

Suami setuju dan sepakat dengan Abg Qi nak hadir sama-sama lihat struktur anggota baby. Yayyyy! Tak sabar. Semoga dipermudahkan urusan kami nanti. Amin. 

Jejak entry lepas klik link:

  1. Hari pertama rezeki tak disangka Ramadan 2022 - link
  2. Hari kedua ke Klinik Kesihatan pengesahan mengandung atau tidak - link
  3. Video rahsia, jadi viral di Tiktok - link 
  4. Buku Pink - link 
  5. Kesan makan tidak teratur, aku flat ! - link 
  6. Jantina bayi boleh scan semasa berapa bulan? - link
  7. Obimin ibu mengandung sesuai ke? - link 
  8. Ujian air gula MGGT ibu mengandung - link 
  9. Surah pilihan amal sepanjang mengandung - link 
  10. Keputusan scan kandungan 13 minggu ke 18 minggu - link

4 Comments

  1. Pada k.sal..details scan ni mmg satu keperluan sebab nak tahu lanjut condition baby . Moga Ju & baby sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Aamiin YRA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin amin yarabalalamin, terima kasih banyak kak sal atas komen dan doa. Semoga selalu kak sal dalam rahmatNya. Amin. :)

      Delete
  2. Dulu dok KL, Kami buat details scan kat Klinik di Setiawangsa... Anak 1 dan 2 kat klinik tu...

    Details scan memang kami buat setiap kandungan buat... Untuk kita tahu... Persediaan kita juga kalau ada apa² yang abnormal... Bukan sekadar nak tau jantina...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Maria, cuma baru sekarang juju baru tau apa itu detail scan. 10 tahun lepas tak tahu sebab memang tak ada dikalangan kawan hebahkan mahupun doktor. Jadi rezeki kali ini mmg juju ambil pakej detail scan utk tahu keadaan baby. InsyaAllah doakan juju ya.

      Delete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)