Kami salah seorang penonton yang berjaya menonton sehingga catatkan rekod RM11 juta. Alhamdulilah!

Lima minit pertama, berjaya suntik semangat kemelayuan sejati dan cintakan tanah air! 

Ya, semalam hari Ahad 26/6/22 tayangan hari ke-4 kami terjah ke pawagam berdekatan di Nu Sentral, KL. Tepat jam 1.30 tengahari tayangan bermula. Julia bersama suami dan seorang anak berumur 10 tahun, tak sabar nak tonton filem Mat Kilau. 

Boleh kata jika filem dari terbitan anak Melayu kami memang penyokong utama. Sedap atau tak sesebuah cerita, pokok pangkalnya kita menyokong dalam diam industri anak Melayu tanahair. 

Abg Qi tak sabar tonton filem Mat Kilau, lama betul kami tak tonton wayang sejak 2 tahun lepas negara di uji COVID-19.

Pelakon-pelakon didalam filem Mat Kilau kali ini memang memberikan satu semangat yang luar biasa buat julia yang sedang pertama kali menontonnya.

Memang betul-betul merobek hati anak Melayu dan beri impak yang sangat kuat kebangkitan orang Melayu di zaman dulu kala.

Bayangkan anak julia yang masih kecil boleh fokus sehingga habis tanpa ke bilik air saat menonton filem Mat Kilau. 

Katanya sendiri, filem ini buat dia cintakan tanahair dan dia bersyukur sangat dapat belajar mata pelajaran Sejarah di sekolah rendah. Dia sememangnya sukakan sejarah, jadi filem ini memang sesuai anak-anak sebaya Abg Qi tonton bersama ibu bapa di pawagam.

Klimaks filem ini banyak, paling tak boleh lupa watak Wahid dengan isterinya yang sedang sarat mengandung. 

Bila rumahnya di serbu oleh puak British, isterinya hanya keseorangan di rumah yang sedang asyik menyiapkan makanan tengahari. 

Di tolak dan dibunuh dengan kejamnya oleh tali barut orang Melayu sendiri.

Ia di saksikan sendiri oleh Wahid bersama Mat Kilau saat mereka berdua sedang berlari mengejar dari jauh, tapi di tahan oleh Mat Kilau.

Mulut Wahid di tekap sekuatnya oleh Mat Kilau, kejadian menyayat hati itu di saksikan 4 mata. Tika inilah bukan sahaja air mata kemerahan mengalir dengan jeritan senyap oleh Wahid, kami penonton di pawagam semuanya teresak-esak menangis. 

Aku? Sah-sah lah ratu air mata, berjurai air mata. Sedangkan diri sendiri sedang mengandung 4 bulan lebih, aku dapat rasakan macam mana perasaan isterinya dan Wahid. 

Cerita ini ada plot yang buat kita akan rasa meremang, gementar dan buat kita berfikir. 

Unsur dengki, cemburu dengan pemimpin juga di paparkan. Ini yang menjadi salah satu punca pergaduhan dan pecah belah sesama orang Melayu jika kita hanya mementingkan diri sendiri tanpa semangat bersatu padu dan kerjasama.

Penting semangat kepimpinan, sesiapa pun yang terpilih kita kena berlapang dada. Wujudkan satu semangat untuk bersatu, nescaya dengan satu semangat itu sahaja sudah cukup buat kita jadi kuat.

Cuma di akhir filem, aku sedikit kurang berpuas hati. Puak British iaitu si Kapten Syers tu tak mati. Aku ingat Mat Kilau sempat kejar si Syers tu boleh lah matikan salah satu watak British. 

Sediakan tisu ya, 5 minit pertama dah boleh menangis!

Kami berpendapat adakah ada Mat Kilau 2?

Jika ya, aku nak tengok filem ini ada sisi kejayaan akhir yang memuaskan hati penonton. 

Mat Kilau kelahiran pertama ini berjaya meresapkan kami satu perasaan saling cintakan sesama Melayu. Ini yang kita perlu semarakkan, bukan mengapi-apikan sesama satu lain. 

Syabas filem Mat Kilau. Kami bagi skor 9/10 bintang untuk filem Mat Kilau. 

Kami puas menontonnya, habis air mata mencurah dan semangat berkobar-kobar rasa nak berjuang pula dalam filem tu tau hahaha, tangan julia asyiklah naik-naik menunjukkan betapa semangatnya. 

Harap penonton di belakang sabar ya, si julia tu dah naik antu haha.

Oh ya, pelakon hebat seperti Adi Putra (Mat Kilau) dengan silatnya memang nampak padu, Awang (Fattah Amin) siapa sangka si Awang boleh bersilat dengan baik, betul-betul membuka mata lah nampak kehebatan luar biasa di panggung semalam. So epik!

Jadi tunggu apa lagi, semalam hari ke-4 dah catat RM11 juta, apa kata kita pecahkan rekod filem Melayu jadi 15 juta! Why not.

Jom orang Melayu, bangkit !

1 Comments

  1. akak pn pi tgk smlm....husband ajak tgk midnight tp fullhouse sabtu tu..so ahad la pegi tgk...hebat scene fighting...ada part sedih

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)