Jalan-jalan Taiping : Zoo Taiping & Night Safari berbaloi ke pertama kali datang?
Pertama kali kami bertiga mai Zoo Taiping & Night Safari, antara salah satu zoo yang tertua di Malaysia.
Jam 8 pagi dah ke sini, suami beli tiket online je mudah akses. Beli tiket Zoo Taiping online je mudah 👉 https://ticket.zootaiping.gov.my/
Terus masuk. Tak perlu print bar code dalam tiket online tu tau. Cuma tunjuk melalui telefon bimbit je staf situ terus scan dari situ je. Mudah dan menyenangkan. Suami yang uruskan semua pasal urusan tiket online, daku dengan anak cuma bawa badan dan mood gembira punya tak sabar nak masuk zoo.
Lama sungguh tak pi zoo, apatah lagi Zoo Taiping. Tak perlu ke kaunter tiket untuk pengesahan tiket, terus masuk je okey.
Teruja kami dapat naik tram.
Masa mula-mula sampai, nampak kawasan letak kereta agak terhad. Mujur kami sampai awal pagi. Jadi banyak lagi kotak parking yang kosong.
Rancang perjalanan anda, jika tak menyesal !
Bagi kalian yang nak ulang lagi datang ke sini, julia cadangkan rancang perjalanan anda ke sini seawal pagi ya.
Sebab kawasan Taiping Perak selalu di waktu petang hujan sangat lebat dan mudah mendung.
Di khuatiri anda sekeluarga dapat masuk sekejap je sebab hujan tak menentu.
Kebetulan waktu pagi kami terjah nampak cuaca sangat baik, cerah dan terasa dingin sesekali menjengah.
Sebab Zoo Taiping ni terletak berdekatan dengan kawasan Raintree Walk, Taman Tasik Taiping tau.
Jadi selepas ke Zoo Taiping, wajibkan anda sekeluarga bergambar dan beriadah di Tasik Taiping. Cantik sangat kat situ.
Naik tram percuma
Percuma. Mula tram jam 9 pagi. Kalau datang awal sangat ada tempat menunggu. Kalau jalan kaki mau 1 jam lebih baru habis pusing kata staf pembersihan di situ.
Sebab julia ni jenis masuk dan nak berjalan kaki terus tau pada mulanya, tapi suami lantas menanyakan satu soalan kepada staf situ. Mujur kami patah balik dan tunggu tram. Dah la sedang mengandung 4 bulan, mahunya pancit di tengah jalan haha.
Kalau anda tak mengandung, dipersilakan jalan-jalan ye, seronok juga jalan dari satu sangkar dan kandang ke kandang, lebih lama boleh explore berbanding naik tram.
Disebabkan julia ni pengunjung yang mengandung dan ada anak kecil, sebaiknya tram pilihan kami.
Zirafah cilik pose gaya begitu lama tau, sempat Abg Qi umur 10 tahun bergambar dengan zirafah kesukaannya. Anak-anak la seronok sebab haiwan-haiwan disini nampak mesra dan mudah selfie dengan pengunjung.
Berbaloi ke datang Zoo Taiping?
Ya Allah! Seronok rupanya mai sini, tengok buaya tembaga besar sungguh dok terdampar tepi tasik dia. Tengok bermacam spesis burung rare. Gajah dan zirafah pun mesra sangat, awas ya harimau sini sangat aktif. 🥰
Puas kami pusing sini lebih kurang 2 jam lebih tengok haiwan dalam Zoo Taiping. Kelebihan Zoo Taiping berbanding zoo-zoo lain.
- Kawasan Zoo Taiping penuh tumbuh-tumbuhan. Seakan dalam hutan sebenar.
- Haiwan nampak aktif dan manja serta mesra dengan pengunjung.
- Kandang tak sesak dan padat, haiwan tak nampak stress.
- Boleh tengok sesekali staf zoo beri makanan kepada haiwan didalam zoo.
- Ada tasik dan burung-burung unik boleh lihat disini.
- Cuaca agak dingin kerana di kelilingi hutan dan tasik.
Korang wajib mai sini dengan anak-anak tau. Meriah tram kami dengan sorakan Abg Qi dan anak² orang lain. Yayyy Abg Qi suka sangat! Anak suka, umi & walid happy.
Gajah kat sini kecil molek je, nampak anak gajah tengah bergalak dengan keluarganya.
Keceriaan di wajah kami terpancar ikhlas. Memang best kat sini.
Gambar & video lain klik di👉 SINI
Tiket pun murah je berbanding zoo lain tau.
Terkini tiket Zoo Taiping :
Dewasa - RM16
Kanak-kanak - RM8
Senior Citizen - RM8
Beli tiket Zoo Taiping online 👉 https://ticket.zootaiping.gov.my/
Zoo Taiping & Night Safari.
Jalan Taman Tasik Taiping,
34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan.
Selamat berlibur ke Zoo Taiping & Night Safari. Akan datang, julia nak kongsikan port makan sedap di Taiping dari Sarapan, Makan Tengahari sehingga ke Makan Malam. Tunggu ya!
0 Comments
Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)