Obimin ibu mengandung sesuai ke di ambil oleh semua bakal ibu?
Minggu lepas pemeriksaan di Klinik Kesihatan Ibu & Anak (KKIA), juju di bekalkan banyak suplimen khas untuk ibu mengandung dari jururawat.
Gambar diatas terdiri daripada New Obimin, iron tablet, asid folic, vitamin B dan vitamin c.
Saje tanya rakan-rakan lain, mereka ada kongsikan pengalaman mereka sendiri yang ada alahan bila ambil obimin.
Mereka cakap badan mereka menunjukkan reaksi panas, ada yang sampai pening dan muntah tak tahan dengan obimin.
Sekarang ada pengantian katanya selain ambil obimin, zincofer atau maltofer. Jarak kehamilan juju kan 10 tahun, jadi banyak suplimen terbaru yang juju baru kenali.
Mereka juga berpandangan tukar obimin kepada contohnya maltofer buat mereka tidak lagi muntah dan pening berpanjangan.
Saranan juju, jika anda sendiri ada masalah seperti yang juju catat di atas selepas pengambilan obimin, sila rujuk doktor untuk tukar kepada salah satu suplimen ibu yang lain.
Jangan terus ke farmasi ya untuk tukar, sebaiknya minta rujukan dan pandangan doktor anda sendiri.
1# Pengalaman sendiri kali kedua amal Obimin
Alhamdulilah, nak masuk seminggu baru amal Obimin. Syukur, kali kedua mengandung badan berinteraksi baik dengan suplimen Obimin.
Cuma juju kena ambil waktu pagi, jikalau ambil waktu malam badan juju mula tunjuk reaksi panas dan susah nak tidur.
Jadi masa nak ambil Obimin ni, pantau waktu makan suplimen yang sesuai. Mungkin siang okey, malam kurang sesuai atau sebaliknya.
2# Kebaikan Obimin yang jarang kita tahu
Senang cakap, 1 tablet Obimin merangkumi ke semua zat dan vitamin yang diperlukan untuk pertumbuhan bayi dan juga untuk diri kita yang sedang mengandung.
Perasan tak bila kita mengandung, badan tunjuk reaksi penat sangat, pening tak tentu masa, keletihan nak tidur selalu, loya, muntah dan perasaan pun selalu bad mood.
Bila consume suplimen yang terdiri dari semua khasiat yang diperlukan oleh tubuh dan bayi, jadi badan kita tak adalah sangat rasa keletihan dan badan rasa okey boleh lakukan kegiatan seharian.
Masa pemeriksaan 11 minggu nak masuk ke 12 minggu, juju dah sesuai untuk amal Obimin. Awal kandungan 1 ke 3 bulan cuma asid folic dan pil kalsium (beli di farmasi) sahaja juju amal.
Kandungan 4 bulan ke atas dah sesuai ambil Obimin, waktu inilah kita boleh elakkan alami masalah anemia (kekurangan sel darah merah), elak dari masalah bayi mendapat spina bifida dan lain-lain risiko.
3# Fungsi dan kegunaan ubat obimin (Sumber: thediagnosa.com)
Fungsi obimin juju buat carian di Google. Fakta di bawah adalah dari sumber di atas ya. Boleh baca untuk lebih mendalam setiap fungsi dalam 1 tablet Obimin.
Suplement ini mengandungi vitamin dan mineral yang membantu untuk memberikan zat yang mencukupi kepada wanita yang sedang mengandung atau menyusukan anak.
1. Asid folik, Vitamin B6 dan B12
Asid folik adalah penting untuk mengelakkan penyakit spina bifida dimana tulang belakang tidak tutup sepenuhnya. Ini menyebabkan sebahagian daripada saraf tunjang terkeluar daripada tulang belakang.
Gabungan asid folik, Vitamin B6 dan B12 pula diperlukan untuk metabolisma kompaun homocysteine di dalam badan. Ini kerana kenaikan kompaun ini dalam badan akan menyebabkan kandungan dilahirkan tidak cukup bulan ataupun mempunyai berat badan yang rendah.
2. Zat besi dan Iodin
Iron Deficiency Anemia iaitu kekurangan darah disebabkan zat besi yang tidak mencukupi dan masalah ini merupakan masalah di seluruh dunia.
Wanita mengandung lebih mudah menghadapi masalah ini kerana tumbesaran bayi dalam kandungan memerlukan zat besi yang banyak terutamanya untuk pembesaran bahagian saraf bayi.
3. Vitamin B kompleks (B1, B2, B6 dan B12)
Ia berfungsi untuk mengoptimumkan penghasilan tenaga daripada makanan bagi tujuan pencernaan makanan, pernafasan, denyutan nadi dan pelbagai lagi.
4. Kalsium dan Vitamin D
Untuk mengekalkan kekuatan tulang dan gigi bagi mengelakkan daripada menghidapi osteoporosis pada masa hadapan. Kalsium juga akan membina gigi dan tulang bayi yang kuat.
Pembentukan tulang ini berlaku pada trimester pertama kandungan. Pengalaman juju sendiri, pernah kena sakit gusi selama 1 minggu dalam fasa trimester pertama kandungan.
Masa tu hari raya di kampung, lupa terus nak minum susu. Tablet kalsium pun tak beli. Balik dari kampung, terus kena sakit gusi, bengkak rahang.
Bila buat bacaan rupanya pembentukan tulang berlau masa fasa ini. Jadi jangan lupa ambil kalsium, kalau tak lalu minum susu, baik beli tablet kalsium khas untuk ibu mengandung di farmasi dengan khidmat nasihat ahli farmasi okey.
Manakala vitamin D pula akan memudahkan lagi penyerapan kalsium daripada usus.
5. Vitamin A dan C
Berfungsi sebagai antioksidan untuk melindungi sel badan daripada serangan radikal bebas. Ia juga baik untuk penglihatan dan juga kulit yang sihat.
Semoga info ini memberi manafaat buat anda yang sedang merancang untuk mengandung, yang sedang trying to concieve (TTC) dan sedang mengandung untuk tambah pengetahuan lagi.
- Hari pertama rezeki tak disangka Ramadan 2022 - link
- Hari kedua ke Klinik Kesihatan pengesahan mengandung atau tidak - link
- Video rahsia, jadi viral di Tiktok - link
- Buku Pink - link
- Kesan makan tidak teratur, aku flat ! - link
- Jantina bayi boleh scan semasa berapa bulan? - link
- Obimin ibu mengandung sesuai ke? - link
4 Comments
ammi dulu masa pregnant sejenis tak suka mintak pendapat orang or buat research kat internet when it comes to supplement sbb kita akan dengar macam2 dari mulut yang berbeza-beza pastu kita akan hesitate utk makan.
ReplyDeleteammi makan je as prescribed by doctor...kalau rasa kesan baru ammi buat research dan rujuk kat doctor.
Naniey masa yang first memang dapat obimin. Jadi bila yang second hari tu request nak obimin. Cuma kali ni kena request dengan doktor. So far makan obimin ok je. Ni dah bersalin 2 minggu lepas, obimin ada lagi. Jadi abiskan je la sbb lepas bersalin pun boleh makan lagi. :)
ReplyDeleteInfo tentang Obimin ni memang berguna sangat, terutama untuk bakal ibu mengandung macam saya ni. Terima kasih Julia Johari share pengalaman dan maklumat yang detail! khind washer dryer
ReplyDeleteSama-sama kembali. Terima kasih sudi baca.
DeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)