Kesan makan tidak teratur semasa mengandung, aku flat dan drop terus badan!
Tak apa kan juju update kisah preggy kat sini secara berkala. Harap kalian tak bosan baca. Sebab kat sini ramai concern dan bagi pendapat. Tu juju suka sebab dapat suntik semangat. So tak adalah beranggapan pandangan sendiri dan sesekali terpesong ilmu pasal keibuan. Walaupun nak masuk kedua, tetaplah kurang 🙈...iklan
❤ Kisah sebenar...
Semalam 18 Mei 2022 result KKIA - Klinik Kesihatan Ibu & Anak.
(HB ✅, BP ✅) semua normal tapi pening kepala tu macam nak pecah urat kepala. Tu pelik tu... BP normal. Nurse cakap boleh jadi pening lama tu faktor tekanan darah rendah. Depan mata mesin blood pressure tu tunjuk bacaan normal. Ku sangka high blood.🥺
Ujian air gula 11 minggu - Juju kena tunda date lain utk ujian minum air gula. Sebab faktor pening tak kebah lagi sejak petang semalam. Allah, kualiti tidur pun tak lena semalam. Asyik-asyiklah terjaga.
Nurse cakap kalau teruskan ujian gula takut hipo.
My bad konon semalam tu skip lunch nak jaga kualiti karbo dan gula tapi sebaliknya jadi. Dunia terbalik lagi... layan penat sambil sapu balm kt satu kepala pun tak lut. Masa tu dah rasa teruknya aku buat kat bakal baby macam ni... 😔
Pertengahan bulan depan baru mula ujian gula MGTT... (sebenarnya dalam hati legaaa terlepas hahahaha🤭)
❤ 11 minggu 1 hari
Tadi doktor KKIA scan. Baru 4 cm anak buah korang tu... nampak dah heart beat dia kelip-kelip pertama kali doktor tunjuk. Ya Allah, berkaca air mata, sayu je tengok walaupun kecil sangat lagi dia la bakal adik Abg Qi, tak sangka Adik Qi tu wujud rupanya kat dunia.
Ingat memang redha lama dah takdir Qi tunggal. Mananya tak sebak tengok kat skrin tadi jantung adik Qi kelip-kelip... nangis dalam hati. Allah Maha Besar! 😭😭
❤ Makan kena kerap dalam kuantiti kecil.
- Bukan makan heavy sekali tu je makan lepas tu 4 ke 5 jam kau tak makan - ini fahaman salah aku semasa mengandung. Sebelum mengandung relaks je aku buat cara ini untuk stabilkan gula dalam darah. Tapi semasa mengandung jangan amal ya.
- Kena buat kudapan sihat seperti makanan sunnah - beli pek kecil macam zip lock dan susun makanan sunnah seperti kurma, dan buah-buahan kering dan simpan dalam handbeg senang di capai, dimana sahaja boleh makan.
- Kena beli stok, jangan malas - ya aku malas bab nak beli stok, apa depan mata aku makan je, tak ada depan mata aku malas nak makan, sebab mood semasa mengandung fasa juju ni semua benda aku malas haha.
- Jangan makan manis kerap, kena kawal juga - ya walaupun kena kerap makan tidak bermakna semua nak kena manis, bahaya nanti pre diabetis pula untuk ibu
Buat kalian yang bagi tips sediakan kudapan kecil-kecil tu nanti juju buat ya. Semalam stok kudapan yilekk, puas cari kat laci opis dan pantry pun non hado kudapan hatta biskut.
Kena beli la nampaknya... susun buat stok ngunyah. Kalau tak, kesannya flat dan drop badan macam orang tak makan semalam. Dah rasa baru tau kesannya.
❤ Terima kasih ya bagi tip di FB semalam.
Juju hadam satu² komen semua. Tqqq sgt². Happy dikelilingi rakan² yang bagi pandangan. Juju ni macam inilah, dia rasa dia okey buat mcm tu, tapi tak ya... banyak juju belajar dari kesilapan.
Juju doakan sahabat semua selalu. Amin 🤲😘
3 Comments
Harap Juju sihat ya.. jangan skip makan kesian baby..
ReplyDeleteMungkin sebab dah lama tak preggy kadang buat kita terlupa apa yg boleh dan apa yang tak boleh..
Wishing you both are in good condition. Aamiin..
Moga Juju dan anak dalam kandungan sentiasa sihat.
ReplyDeletetahniah juju..take care ya. kita kalau mngandung pun jenis alah teruk...melepet ja cerita dia...take care tau
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)