Jantina baby boleh scan seawal berapa bulan?
Setiap hari Sabtu minggu baru! (Sumber Gambar : Hello Magazine)
Bakal anak kedua juju ni senang nak congak, setiap hari Sabtu adalah minggu baru.
Esok 21 Mei 22, Sabtu genap (12 minggu) 3 bulan dah juju mengandung. Syukur, sebab melaluinya dengan tabah 1st trimester. Bermacam jenis perasaan baru dan suasana baru mengandung kali ini, alahan tu tak usah cakap lah, memang buat dunia realiti juju jadi terbalik 360 darjah ya.
Yang dulunya si juju tu seorang rajin memasak boleh jadi semalas-malasnya memasak.
Yang dulunya si juju tu seorang yang suka berjalan travel ke sana ke mari boleh bertukar jadi semalas-malasnya insan nak bergerak dari katil rumah.
Melepek seharian melayan pening, penat, loya dan makan pun mujur boleh telan. Itu pun nak setiap hari menu baru.
Semua beli tau haha, mujur hero melayan semua keperluan dan kehendak perangai baru pembawakkan budak ni.
Jangan tanya kenapa aku jadi sebegitu, aku pun tak tau kenapa aku jadi macam tu. Semua benda malas... mandi pun malas haha.
Hari Ahad 22 Mei 22, masuk 2nd trimester baru weeeeee. Jap je kan?
Jadi bilanya waktu minggu yang sesuai nak scan jantina baby?
Almaklumlah dah 10 tahun lupa jaraknya mengandung yang kedua sudah tentu kena buat balik ulangkaji kan.
- Hasil pembacaan juju, ada yang kongsi seawal 17 ke 18 minggu yakni genap 4 bulan dan 5 bulan mengandung boleh detect jantina melalui scan baby.
Awal ya, dulu seingat juju bulan 6 ke bulan 7 kot scan jantina Abg Qi (boy). Masa tu hanya ada 3D je, sekarang macam-macam ada ya oh itu juju tak survey lagi nak yang scan bagaimana.
Excited sebenarnya, walaupun tengah melayan lagi night sickness (ya bukan morning sickness, i lalui night sickness) penat nak tidur awal berdengkur macam penat lepas buat pekerjaan buruh haha.
Taste juju pun suka nak minum air milo (nak koko) nak manis, minum juga air masak tapi bila dah dekat setahun lebih tak berapa sangat minum air manis ia jadi ketagih bila mengandung ni. Sabar je lah anak tekak ni.
Bukan selalu ye dak.
Dah 3 bulan dah juju, tak lama dah nak masuk 2nd trimester. Bila buat perkiraan di kalender juju boleh scan baby tu seminggu sebelum Hari Raya Haji, jadi sebelum balik kg suami di Pahang boleh lah buat surpriseeeeeee!
Kot lah nampak jantina awal kan... boleh terus shopping barang baby. Sekarang satu apa pun tak start lagi, dok usya kat Shoppe je hari-hari geram tengok baju baby. Eyyyyy tak sabar.
Tak kisah jantina.
Janji juju doa hari-hari setiap lepas solat beliau sempurna, sihat dan paling penting dikurniakan akhlak yang baik. Juju aminkan doa baik-baik dari kawan-kawan semua. Terima kasih tau.
Juju cadang nak scan pada 1 Julai 2022 ( masa tu dah 18 minggu ).
Ada rezeki nampak awal jantina, insyaAllah. Jika nampak nanti juju uar-uarkan tau.
Buat apa nak simpan, berita baik baik kongsi, dapat kumpul hadiah baby awal dari korang! Ehhh! Hahaha... mak tak sabar!!!!!!
2 Comments
semoga alahan akak cepat elok dan baby sentiasa sihat. hari tu sy scan week 18 dah terang2 nampak jantina dah
ReplyDeletebukan setiap tahun umi bermalas-malas gini ye dak...
ReplyDeleteammi masa 1st pregnancy pergi check dengan Dr. Hamid Arsat sbb dia yang rawat masalah uterus ammi...seingat ammi seawal 13-14 minggu kot dia dah nampak dah jantina baby walaupun ammi tak nampak satu apa pun kat monitor dia yang black&white tu. pengalaman orang lamakan...dia tgk sipi2 pun dah tau boy atau girl
Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)