Assalamualikum, salam ramadan 2022 buat semua pembaca yang di hormati. Menjengah kita ke minggu kedua bulan ramadan, ada yang sedang tercari-cari port yang sesuai untuk berbuka puasa bersama keluarga mahupun bersama teman sekerja?

Jika ya, juju nak kongsi pengalaman istimewa juju bersama keluarga tercinta berada di AnCasa Residences Port Dickson baru-baru ini. 

Chef Yohanis. Ketua chef AnCasa Residences Port Dickson. Banyak sajian diketengahkan tahun ini bertemakan masakan Negeri Sembilan, masakan Barat dan Oriental. 

Gerai Sungai Menyala ada menu-menu berkala sajian Negeri Sembilan antaranya masak lemak telur itik, tempoyak daun kayu, masak lemak daging salai dan lain-lain. 

Ada pakej ramadan staycation
Kami ambil pakej Ramadan Staycation selama 3 hari 2 malam. Sahur, iftar dan menginap sambil dapat beristirehat sepuasnya. 

Sekitar kawasan AnCasa PD sangat berdekatan dengan Pantai Port Dickson, di kelilingi taman-taman hijau serta ada kolam dan spa di sediakan untuk tatapan mata dan anak-anak kecil beriadah. 

Tentang ramadan staycation juju akan kongsi lebih mendalam di entry akan datang.

Jemput layan mata dulu, tonton seleksi hidangan istimewa buffet ramadan 2022 bertemakan Warna Warni Ramadan di AnCasa Residences PD.
Kambing kawah dengan kombinasi sayuran. Paling mendapat sambutan hebat, que memang panjang untuk menu ini sahaja.

Menu Warna Warni Ramadan 
Kelainan sajian istimewa buffet ramadan yang di sediakan di sini antaranya:
  • Nasi briyani Taj Mahal
  • Daging gulai kawah berkentang
  • Ayam rendang minang daun mamam
  • Nyonya kari terung
  • Seafood brastagi
  • Tempoyak daun kayu
  • Ikan asam rebus 
  • Dalca sayur

Ada beberapa menu di tukar secara penggiliran ya. Selain itu, menu yang selalu kita jumpa di bazar ramadan mahupun menu Indian cuisine turut di sediakan di sini.
  • Rojak mamak padang kota
  • Sup Doraisamy
  • Yong tau foo
  • Aneka mi / laksa / bihun sup
  • Satay ayam 
  • Roti john
  • Aneka jenis pasta
  • Char kuew tiaw 
  • Ikan bakar / Ayam bakar
Paling juju ulang makan ialah Char Kuew Tiau dia, sungguh marvelos! Sedap tu 2 kali iftar asyik ulang menu ini. Wajib anda cuba ya.

Kedua, juju suka kambing kawah. Lembut, ada pelbagai sayuran antaranya capsicum, kubis, dan bawang putih bakar. Bila di gabung dengan kentang lenyek dan kuah blackpepper tu cukup ngam dan cukup rasanya. 

Perapan kambing kawah dia sangat win, terima  kasih Chef Malik! Dua kali tegur dia sebab dia masak sedap.

Aneka deretan pencuci mulut yang membuat mata anda rambang nak pilih mana satu. Semua sedap dan rasanya setaraf hotel 4 bintang !

Dessert time, mouth watering on!
Paling di nanti kawasan pencuci mulut. Sepanjang kita berpuasa, tekak rasa lega sedikit bila merasa sensasi hidangan seperti kek, kuih dan aiskrim betul tak?

Di sini ada pelbagai jenis manisan dan aneka minuman yang boleh kita cuba antaranya:
  • Waffles bersama ais krim
  • ABC
  • Apam balik
  • Kuih muih tradisional
  • Kek / brownies
  • Agar-agar
  • Puding
  • Nescafe ais
  • Sirap selasih
  • Bandung Cincau dan sajian minuman panas antaranya seperti kopi, teh tarik dan teh o.
Tempoyak daun kayu (gambar besar) sajian paling di gemari di kalangan mereka yang iftar di AnCasa PD. 

Tak sah kalau tak mencuba menu ni, kuah tempoyak daun kayu tu memang cukup rasanya, lemak dan buat kita nak bertambah hihi. 

Okey, mari kita jamu mata lagi. Hayati sepuasnya hasil snapshoot juju selama 3 hari 2 malam berbuffet ramadan dengan penuh rasa kesyukuran. Teruskan scroll.

Ulam-ulaman di sini bukannya satu, ada banyak jenis ulaman yang di inovasikan jadi dalam bentuk kerabu. 

Ulaman dan kerabu
Antara yang juju tengok ada kerabu kacang botol. Ranggup dan buat kita nak bertambah nasi jadinya tau, elok makan ulaman, baru bertenaga dan sihat sepanjang hari dalam bulan puasa. 

Goreng-Goreng seksyen pun ada tau disediakan antaranya cucur bawang. Di masak secara live di kuali, panas-panas makan dan minum bersama teh tarik. Walla!
Aneka kek, puding dan pastry. Juju paling suka kek buah bakar. Penuh perincian buah juju rasakan, puas makan.

Sahur di AnCasa Residences Port Dickson
Hari pertama sahur, semangat bangun hehe

Sahur di AnCasa Residences bermula pada jam 4.30 pagi. Membuka selera sungguh la... 

Ada ayam butter milk ganding sambal belacan, bihun goreng singapore, sayur campur versi chinese style so wallaaaaa... kuih bingka hijau dia sungguh lembut, puas santapan sahur disini. 

Semua secukup rasa, tiada yang kurang. Bersih, staf pramusaji sangat peramah. Tersenyum, juju siap puji diorg tadi servis so power. 👏
Hari kedua sahur, pekena bihun sup utara letak cili kicap, pedas dan memang menyelerakan tekak juju.

Pau kukus, pasty, sajian panas mi sup turut disediakan. Sebagai penutup, kita makan buah-buahan dan pekena kopi dan teh kurang gula secawan. 

Barakallah, sahur pertama kami anak beranak di AnCasa PD, Negeri Sembilan. Dapat tenangkan fikiran dan si suri anda dapat berehat sepuasnya. 

Harga buffet ramadan di AnCasa Residences Port Dickson

Bermula 5 April 2022 hingga 1 Mei 2022

Dewasa: RM68 nett
Kanak-kanak 6-12 tahun dan warga emas: RM38 nett

👉Kemudahan surau disediakan untuk solat.

Memang berbaloi-baloi, semalam juju lihat ramai yang bawa keluarga masing-masing dan kedua-dua orang tua mereka iftar di sini. Meriah!

Jemput Tonton Video Warna Warni Ramadan AnCasa Residences Port Dickson
Klik video 👆

Pakej Ramadan Staycation 2022 di AnCasa Residences Port Dickson

Komen penulis : Juju dan sekeluarga berpuas hati dengan servis, layanan baik dari staf-staf AnCasa. 

Saat kereta masuk, ada sekuriti menjaga ketat lalu lalang kereta masuk ke kawasan ini. Keselamatan terjamin di rasakan.

Kebersihan, kualiti makanan serta sajian buffet di sini nampak di jaga dengan rapi. Bila menu cepat habis, cepat je chef-chef topup kembali dan tak perlu menunggu dengan lama. 

Rating Keseluruhan : 4/5 ⭐⭐⭐⭐

Jemput sekitar kawasan Port Dickson terutamanya dan kawasan Selangor, KL, Melaka mahupun anda yang berada dimana sahaja jemput ke sini. Sambil puasa boleh iftar, sahur dan bercuti sambil menenangkan jiwa dan fikiran.

Juju suka sangat, suami dan anak pun cakap nak ulang lagi ke sini akan datang. Terima kasih AnCasa Residences Port Dickson. Kami pasti akan datang lagi !

Alamat: 

AnCasa Residences Port Dickson
Batu 8 1/2, Jalan Pantai Teluk Kemang,
71050, Port Dickson, Negeri Sembilan,
Malaysia.

Tempah buffet ramadan: 
06-6627288 / 013-5400634

Tempah penginapan: 


Layari media sosial

0 Comments