Tanpa ku sedar aku menangis, doa yang terjawab. Anugerah paling istimewa di hari pertama Ramadan 2022
Bismillahirrahmanirrahim,
Aku tak tahu nak mula dari mana. Aku tak tahu nak umum macam mana. Sama ada aku diamkan dulu atau kongsi dengan kalian tentang keesaan Allah.
Aku sendiri kelu, aku sendiri tak tahu nak susun kata.
Benarlah doa itu senjata mukmin, sabar itu tersangat indah, ada kala sangat sakit untuk di harungi, sangat tak terkata untuk diucapkan.
Bila teringat balik tahun-tahun dulu.
Diri ini selalu sahaja di uji dengan orang sekeliling hatta keluarga sendiri pun. Soalan demi soalan sehingga soalan berkenaan tenggelam sepi bertahun jua.
Aku pun bahagia, tanpa ada soalan dan pertanyaan yang menyakitkan hati, malah jawapan aku cuma satu...
Doakan saya, mana tahu dalam banyak doa, doa anda terjawab.
Ya, aku tak boleh tahan apa sangkaan orang, apatah lagi bicara bab rezeki & usaha.
Oh ya, baru-baru ini juju rajin berkongsi di klik👉 IG story dan di blog👉 kisah turun berat badan dan juju sendiri menyuarakan hasrat hati untuk tarik ramai rakan-rakan dan follower untuk ambil kesempatan Ramadan 2022 untuk sama-sama sahut cabaran misi turun berat badan 2 ke 3 kilogram untuk tahun ini.
Siapa yang rajin follow rapat IG mrsjuliajohari pasti tahu, terutama di hightlight IG story 3x to be...
Tapi... aku cuma merancang, selebihnya Allah sudah tentukan perancangan aku tu perlu ditunda ke suatu tarikh dan tahun akan datang.
Dia tunjuk kekuasaan Dia.
Dua minggu lepas, kami ke Port Dickson atas urusan kerja sebagai blogger. Keluarga kecil aku pun ikut sama, selesai tugasan di PD kami merancang untuk ke Melaka menginap sehari semalam.
20 Mac 22 (Ahad)
Hari terakhir di Melaka, anak julia si Abg Qi tu tiba-tiba muntah hijau, keluar air banyak sangat di bilik air hotel. Aku syak dia kena keracunan makanan.
Lembik habis badan dia, kami dua cuak dah, terus check out awal jam 11 pagi pi cari farmasi beli ubat semua.
Setiap kali ubat dimasukkan, Abg Qi tetap muntah non stop. Aku pelik, kalau kena keracunan makanan kenapa kami berdua tak kena juga.
Sebab apa dia makan, mesti kami berkongsi makan sama. Check Covid test, keputusan negatif.
Terus pecut balik KL
Pi klinik dan Abg Qi melepek sepanjang hari. Sepatutnya esoknya Isnin hari pertama penggal persekolahan bermula. Dia dapat surat MC sehari.
Cirit pula berlabuh... muntah semakin teruk. Aku buat sup ketam, suami beli air jus guava, hanya makanan jenis sup dan air sahaja dia makan.
Hari kedua nampak tanda sembuh.
Aku terus kepelikan, hari kedua nampak dia nak sembuh dah. Cepat betul kesan ubat doktor beri tu.
Cuma aku pelik, kalau kena keracunan makanan sudah mestinya makan berhari-hari, ini cuma sehari lebih je kesan teruk...
Hari ketiga... 23 Mac 22
Kami laki bini di serang demam panas dan sakit urat mengejut serta merta. Anak sihat, mak ayah pula di serang sakit yang nak bangun atau duduk pun teruk sangat. Macam orang tak makan sebulan gayanya...
Memang berdenyut kepala, berpusing kepala, perut kram dan cirit sederhana mulai hinggap pada kami berdua. Aaaa sudah, ni mesti lepas uruskan Abg Qi masa sakit, kami mendapat tempiasnya.
Baru kami tau sakit Abg Qi memang sebenar-benar sakit sampaikan nak makan pun tak lalu sungguh, makan pun nak muntah balik.
Kes yang sama... sakit sehari lebih je
Ya, kami laki bini sakit sehari lebih, lawak tak lawak memang itulah penangan demam viral. Pelik tapi benar. Macam hinggap dan pergi.
Waktu ini aku baru perasan, sepatutnya period aku patut datang 25 Mac 2022... tapi tak kunjung tiba sehinggalah hari ke 10 hari masih delay.
Aku syak ubat antibiotik dah ganggu hormon kewanitaan aku. Maka aku abaikan sehingga hari pertama Ramadan 2022.
Perut kram, sesekali bekas cirit angin bertalu-talu di perut dan keluar. Kadang tu tak henti-henti kentut, aihh pelik benor sakit kali ini. Kesan cirit dan sakit badan tu berbekas macam bisa-bisa.
Mujur suami dah sembuh, dia je melayan kerenah aku yang sesekali waktu malam lembik semacam, asyik lepas Isyak aku tak sabar dah nak tidur.
Kepenatan teramat sangat.
Aku sendiri pun tak pasti kenapa, aku suka berjalan ke sana sini, jenis orangnya aktif ke gym dan berenang. Aku syak cuaca panas yang menyebabkan kami jadi begini.
Maka layan je lah sehingga ke suatu hari aku terdetik...
3 April 2022 hari pertama Ramadan
Aku dah lama tak beli UPT test. Bertahun lama tak test UPT, aku memang dah muhasabah diri lama dah. Sebab aku tak mau ulang rasa sedih tu lagi dan lagi. Penat kot menangis.
Jadi aku nak layan setiap hari adalah hari yang membahagiakan. Sebab aku sedang enjoy untuk misi dreamboard turunkan berat badan hanya untuk kesihatan baik dan kelangsungan hidup. Tiada apa-apa niat dan target selain itu tau.
Tarikh hari pertama Ramadan kami ke Melawati, KL. Nak singgah kedai hari-hari beli kelengkapan sekolah Abg Qi yang tertangguh. Setelah selesai beli belah, aku ternampak satu cawangan Watson.
Aku suarakan hasrat pada suami untuk ke farmasi sebentar, nak beli satu benda yang dah lama aku tinggalkan bertahun lamanya. Yelah anak dah 10 tahun, bayangkan 6 ke 7 tahun aku dah tak sentuh test tu.
Balik rumah, aku terus test, apa nak jadi, jadilah. Aku niatkan dalam hati untuk tidak rasa apa-apa. Ya aku cakap macam tu masa dalam bilik air.
Selingan...
Aku perasan, sejak nak masuk setahun aku fokus turunkan berat badan...
Period cycle aku mulai normal. Kalau tahun-tahun sudah, 2 ke 3 bulan tak datang period. Ting tong habis lah, masa tu berat juju 115 kg, pernah cecah 119 kg ya kawan-kawan.
Berat mata memandang, berat lagi aku memikul badan sendiri. Macam mana aku dapat hidayah untuk turun berat tu aku tak tau, apa yang aku tau aku tekad nak turunkan berat sebelum umur 40 tahun. Kalau aku tak usaha sekarang, apa akan jadi pada kesihatan juju nanti bila dah masuk alam 40.
Itu yang aku pulun buat, aktifkan diri, pi gym, berenang, jaga pemakanan. Dalam beberapa bulan aku amal, terus period juju kembali normal. Itu yang aku dapat detect kenapa kali ini period aku lewat, masuk 10 hari dah lewat !
Tepat jam 3 petang, hari pertama Ramadan 2022
Sepatutnya kalau nak buat ujian kit UPT tu seeloknya waktu pagi. Tapi ini tak ya, aku langgar rules tu, waktu petang terus aku test, tak ingat dah berapa kali aku buang air kecil. Aku perasan yang aku kerap kencing, tengah malam pun bangun banyak kali tak tahan nak kencing.
Aku koyak plastik UPT tu, aku tiba-tiba terkeluar satu perkataan "Dah lama aku tak jumpa kau UPT, apa-apa jadi aku serah semuanya pada Allah, amin".
Aku kumpul urine aku dalam satu bekas, keruh betul warna urine tu, macam teh kelat, aku ambil satu tiub untuk titiskan di kit.
Tik...
Tik...
Masuk tik titisan ketiga nampak lajuuuuuuuuuuuu line pertama muncul. Aku syak tu line C (control line)
Aku tak perasan lagi... line kedua muncul lajuuuuu seperti line kedua.
Haaa sudah! Ni test Covid-19 kah!
Haa sudah aku positive Covid ke ni? Cuak gilerrrr !
Aku banyak kali termenung tengok kit tu dengan plastik urine test tu, aku baca betul-betul ayat di plastik tu...
Memang dia tulis pregnacy urine test (HSG test), bukan Covid-19 test. Aku lepuk dahi hahaha. Kelakar, dalam bilik air aku ingat aku positif Covid 19 wak, apa ke pemikiran aku jauh ke gitu. Yelah takut tersalah ambil kit. Tapi betullah aku beli kit tu...
Allah, Allah, Allah.
Line pertama laju yang naik tu bukan control line tau, tu line test !
Line T, Line C tu muncul nombor 2.
Subhanallah aku ucap!
Terus aku jerit panggil, pa ! pa ! paaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!
Aku panggil husband aku, mengelepar aku keluar dari bilik air.
"Papa ! POSITIF !"
1 Ramadan
3 April 2022
3 petang
Allahuakbar ! 😭
Kalau aku boleh rakam mimik wajah suami dan anak sulongku yang berumur 10 tahun tu, mesti korang rasa sebak.
Tak sudah-sudah suami dan anak ucap di lidah mereka alhamdulilah.
Terus suami bangun dari lepak di katil dia bingkas pakai baju. Aku tanya ehh nak ke mana?
Jawabnya nak beli kuih muih nak sedekah dekat jiran dan rakan-rakannya.
Allah.... sayu rasa, sebak, gembira dan campur menangis semua ada. Perasaan yang aku tak tau nak gambarkan bagaimana... terlalu mendalam.
Yang melalui sahaja tahu bagaimana rasanya itu... doa yang terjawab.
Alhamdulilah, terima kasih Allah.
Masih terlalu awal untuk aku berharap apa-apa.
Apa pun boleh jadi, cuma aku minta satu doa dari kalian. Doakan anugerah ini selamat membesar dan selamat di lahirkan di dunia. Kerana anda lah salah seorang penyumbang doa dalam diam anugerah ini di beri, aku tak sangka. Sungguh tak sangka. 😭😭😭
Rupanya Abg Qi & suami terkena alahan...
Aku syak, Abg Qi dan suami terkena alahan ibu mengandung, aku tak sedar masa itu aku dah mengandung.
Sebab cara Abg Qi muntah tu, muntah kosong, air semata yang keluar, lembik dan penat macam orang mengandung. Suami pun sama, rupa macam alahan ibu mengandung diorang berdua alami.
Paling ketara dan teruk Abg Qi lah... adakah anak terkena alahan orang mengandung eh? Tapi kisah aku ni jujur ya real. Memang anak juju kena tanda tu semua. Orang kata kalau alahan tu terkenan pada orang terdekat iaitu suami tanda dia sayangkan kita lebih, bila anak yang kena tu tanda mesti esok besar dia rapat dengan adiknya dan sayang adiknya sangat.
Berubah wajah Abg Qi bila dapat tahu dia bakal dapat adik tak lama lagi, ada kisah episod kelakar Abg Qi tau... later aku cerita.
Buat macam ini di telinga sedang mendengar surah-surah ini, aku ss dari sumber Google. Selebihnya harap kalian dapat beri panduan pada juju ya.
Tanggal 4 April 2022, hari Isnin.
Semalam juju ke sini buat pertama kalinya... kalau dulu pengalaman 10 tahun sudah ke hospital swasta, kali ini, buat pertama kalinya pilihan juju ke KK kerajaan, nampak berbeza sungguh perasaan pertama kali jejak kaki ke sini... apa yang terjadi?
To be continue.
(Terima kasih atas ucapan dan doa, anda sebaik-baik sahabat dan pembaca setia. Juju doakan kembali buat anda semua dikurniakan kemurahan rezeki, kesihatan baik dan doa anda terjawab bila sampai masanya, amin)
42 Comments
Alhamdulillah.. Tahniah buat Julia sekeluarga.
ReplyDeleteBerkat doa dan kesabaran Julia akhirnya dimakbulkan..
Jarang berlaku pada anak kalau maknya mengandung.. hehe
Terima kasih aini. Alhamdulilah, masih dalam mimpi, termenung lagi ni.
DeleteAllahu Akbar... pahit tu manis akhirnya.
ReplyDeleteRasa goosebump ammi baca..
Tahniah juju & suami & abg Qi.. semoga jaga diri baik2 tau.
Terima kasih ammi, amin doa berkat dari ammi. Doa yg sama utk ammi selalu. Juju masih bermimpi, belum sedar lagi ni ammi... Allah!
DeleteAllahu akhbar! Rezeki Ramadan. Take care ya dan moga dipermudahkan segala urusan.
ReplyDeleteTerima kasih sahabat blog, amin yarabbalalamin. Masih termenung, masih rasa ia mimpi... cuba untuk dengar surah2 pilihan dan keluar dari mimpi....
DeleteAlhamdulillah alhamdulillah Syukur Ya Allah. Tahniah dik juju sayang2.. Jaga kandungan elok2 tau Dik Juju. Allahu sebak rasa KakYa baca ..
ReplyDeleteTerima kasih banyak kak ya yang prihatin dengan perkembangan adik-adiknya. Barakallah, kak ya, juju ni masih dalam musim mimpi dan termenung. Sampai nak masak apa pun macam termenung, rasa tak boleh fokus. Dok fikir mcm-mcm, macam tak percaya apa yg juju sedang lalui sekarang. Allah.
DeleteJuju sayang, tahniah. Semoga Juju dan kandungan sihat dalam mengharungi perjalanan yang sangat indah ini. Tahniah sekali lagi buat Juju, suamimu juga abang Qi. Tak terucap dek kata-kata apabila membaca coretan Juju. Rasa sebak tapi happy. I'm happy for you. Alhamdulillah. Terima kasih Allah.
ReplyDeleteTahniah. Semoga dipermudahkan perjalanan bersalin nanti. Insya Allah.
ReplyDeleteJuju...sebak lah baca. Teringat kita mesej2 pasal period hujung bulan lepas. Sekali period juju tak datang lgsg dan Allah hadiahkan nikmat puasa penuh kat juju. Kalau dekat ni, dah hug juju. ❤️❤️❤️
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah kakjuju! Happy for you. Kuatnya ikatan kasih sayang akak, suami dan abgQi. Cx lak rasa sebak baca. Take care kakjuju.
ReplyDeleteAmin, amin....
ReplyDeleteAameen Ya Rabilalameen.
ReplyDeleteAlhamdulillah, MashaAllah, tears of joy Juju, happy for you, Allahuakbar touching suami Juju buat kenduri kesyukuran, moga dipermudahkan perjalanan yang indah ni, seronoknya Abang Qi nak dapat adik. Salam Ramadan Juju, ampun dan maaf.
Allahhuakbar.. MashaAllah..
ReplyDeleteTake care Ju.. Semoga dipermudahkan semuanya..
Alhamdulillah, Tahniah Juju. Semoga diberi kelancaran untuk semua perkara. Diah stay Melawati juga, jumpa tengah jalan tegur-tegur ya
ReplyDeleteAlhamdulillah, syukur!
ReplyDeleteTahniah Juju & suami and Abg Qi too...
Didoakan agar semuanya berjalan lancar, dilindungi sentiasa aamin
Take care dear :)
Alhamdulillah... Tahniah Juju and family... Itulah... Bila kita redha... Allah akan beri tanpa kita sangka... Alhamdulillah... Jaga diri dan baby baik²... Moga dipermudahkan segala urusan...
ReplyDeleteMoga juju & kandungan sentiasa di bawah rahmat Allah SWT. Take care ju.
ReplyDeleteMasyaAllah.. Allahuakbar. Tahniah juju. InsyaAllah semoga kandungan dipermudahkan sehingga bersalin. Mesti eksaited mcm anak first hehe. Tk cr juju! 😍
ReplyDeleteAllahuakbar akak yang rasa nak nangis.. tahniah juju dan keluarga.. jaga diri baik2 ya.. banyak hikmahnya kuruskan badan ni kan.. stay strong dik!
ReplyDeleteAlhamdulillah Juju & husben..Tahniah Qi nak jadi Abang..Moga baby membesar dengan sihat. Touching kita baca. Doakan kita juga yea ikut jejak Juju..Orang kata doa dari ibu mengandung ni, insyallah berkat.. hehe..
ReplyDeleteTahniah jujue…Alhamdulillah❤️❤️❤️
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tahniah Juju. Jaga diri. Jangan berkuat2 di gym tau sementara ini. Semoga Allah lindung smpi melahirkan.
ReplyDeleteTahniah Juju, semoga juju and baby baik2 aje. Take care ye
ReplyDeleteAlhamdulillah Tahniah. Jaga diri baik-baik. Semoga dipermudahkan urusan
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tahniah juju. Best la abg Qi nanti. Ada kawan dah. ❤️
ReplyDeleteTake care juju. Semoga dipermudahkan segala urusan. Allah jaga sampai saat melahirkan.
syukurrr alhamdulillah juju, jaga diri,anugerah terindah simpan kemas2 pari-pari kecil itu.
ReplyDeletealhmdulilah.. happy happy happy for you..berkat doa berterusan Allah menjanjikan satu berita yang paling gembira.. take care juju.. jaga diri ok.. #hug
ReplyDeleteSubhanallah. Ramadhan pertama. Tahniah juju, abi & abang Qi. Jaga diri juju.
ReplyDeleteAlhamdulillah...indahnya hadiqh ramadan tahun ini.. semoga baby dan ibu sihat hendaknya
ReplyDeleteYa Allah kak juju, sebak saya baca, semena2 mengalir air mata saya. Semoga Allah SWT melindungi kak juju dan baby dikandung sepanjang tempoh pregnancy ni. Amiin
ReplyDeletesyoknya juju...tahniah....smoga dipermudahkan segalanya..take care
ReplyDeleteya allah Juju...tahniah...syukur alhamdulillh..jaga diri baik2...semoga mama dan baby sihat2 ye...happy for you...suka dengar berita org pregnant....
ReplyDeletealhamdulillah tahniah juju
ReplyDeleteTahniah juju, semoga dipermudahkan urusan juju, semoga ada rezeki cik Ash nanti aamiin
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tahniah Juju dan suami. Moga Allah permudahkan segalanya.
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah K.Juju. Semoga dipermudahkan segala urusan k.Juju.. Happy dengar berita ni.
ReplyDeleteAllahuakhbar Juju... Alhamdulillah & tahniah. Allahu.. Kita yang excited ni.
ReplyDeleteLama tak nampak post juju di FB. Alhamdulillah dan tahniah juju. Meleleh air mata nora mse baca mcm nora pulak nak lompat2. Syukur Allah makbulkan. Jaga diri semoga diberi kesihatan yg baik dan dipermudahkan segalanya.
ReplyDeleteTahniah Juju... saat yang dinanti Juju sekeluarga... Alhamdulillah.. take care tauu
ReplyDeleteMasya Allah, tahniah Juju. Dah agak masa kurus haritu, mesti akan pregnant. Alhamdulillah Juju. Moga kandungan dan Juju dalam lindungan Allah selalu.
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)