Selalu juju membayangkan, kalau lah ada satu lokasi percutian dalam bulan ramadan menyediakan semua impian iftar, buffet ramadan dan permandangan indah dalam satu tempat yang sama tanpa juju perlu bersusah payah keluar dari kawasan tersebut.

Ada ke? Mustahil lah haha
Ya adakah impian juju menjadi kenyataan? Juju memang nak semua perkara di atas dalam satu tempat, iftar disitu, sahur disitu, boleh beriadah ringkas sambil melihat permandangan pantai dan taman cantik seperti kolam dan sebagainya. 

Maklumlah, sepanjang hari kalau bukan bulan ramadan pun kita selalu tak sempat nak bercuti bersama keluarga. 

Sibuk dengan rutin seharian yang tak pernah berkesudahan. Sudahnya rasa tertekan dan badan pun mula rasa lemau, lagi-lagi juju sekarang berbadan dua.

Emosi perlu dijaga, tak boleh tertekan sangat dan perlu dalam perasaan gembira. 

Mulalah juju buat pencarian di internet, pakej-pakej berbuka puasa sekali penginapan. 

Tak kisah di mana sekalipun, negeri mana sekalipun, janji 3 perkara di atas perlu direalisasikan.
Block C, rupa dari luar AnCasa Residences 

AnCasa Residences Port Dickson jawapannya!
Dari mana juju tahu? Dari seorang blogger wanita namanya Puan Huda

Terima kasih Puan Huda kongsikan Ramadan Staycation pada juju, ketiga-tiga kriteria di atas semua ada pada AnCasa PD. 

Terus plan nak menginap 3 hari 2 malam. Betul-betul nak me time bersama keluarga tercinta. 
Ruang lobi AnCasa Residences Port Dickson, ruang menunggu ni cantik betul dengan dekorasi hiasan yang menarik.

Yayyy! Iftar, buffet dan beriadah tepi pantai di AnCasa buat diri dan keluarga tak sabar nak melangkah ke sana. Apa lagi jom tempah, sempat lagi. 

Kami dah sampai ! Dari KL nak ke Port Dickson sejam je, sekejap dah sampai. Punyalah tak sabar juju tu hehe. 

Jemput tonton video penuh bilik kami, dua bilik, ada living hall, dapur dan 2 bilik air. Klik👇

Bilik utama
Saat pertama kali melangkah ke sini, mata terbuntang tau. Kemas, bersih dan setiap bilik ada penghawa dingin. Selesa betul. 

Pencahayaan pun cantik, perabot minimalis dan bilik air pun punya dekorasi tersendiri. 

Memang tepatlah pilihan kami sekeluarga pilih percutian dalam bulan ramadan untuk istirehat sepuasnya bersama keluarga. 

Keluasan bilik utama sangat luas, ada penanda arah kiblat, dan punya meja solek serta almari.



Bilik kedua
Jika ada anak ramai, bilik kedua ini sangat sesuai di diami. 

Bilik kedua ini kebetulan mengadap kolam utama AnCasa Residences Port Dickson, memang anaklah teruja menanti waktu selepas berbuka puasa untuk beriadah di sana.

Cantik bilik kedua ni, katil dan bantal sangat empuk. Tiada bau yang tidak menyenangkan. Lantai pun bersih. 

Bilik kedua pun di sediakan meja solek dan almari. Keselesaan tahap paling maksimum di rasakan.

Sejadah, seterika, iron board ada disediakan. Ini lah barang yang paling di sukai setiap pengunjung termasuk juju.

Sementara menunggu waktu berbuka puasa, kami rehatkan mata melihat keliling taman AnCasa, ada laut Port Dickson berdekatan. Rasa angin laut terjah sesekali. Sejuk!

Alhamdulilah, tak sangka ramadan staycation kali ini menjadi kenyataan. 

Suami dan anak tak henti-henti puji servis di sini, hari kedua menginap pun ada staf yang datang untuk tukarkan cadar, tukar tuala baru dan buang sampah. In love betul !
Juju dah siap pakai cantik-cantik nak turun bersama suami dan anak untuk buffet ramadan di AnCasa PD. Sambil bercuti dapat rehatkan diri sebentar dari dapur hehe, barulah si suri anda rasa di hargai. Esok bangun 4.30 pagi untuk sahur di sini juga. 
Pakej ramadan staycation di sini.

Rating 4/5 bintang 👍
Bagi anda yang tercari-cari pakej percutian ramadan bersekali iftar, sahur dan penginapan, juju rekemen sangat pilihan AnCasa Residences Port Dickson.

Dari mula sampai sehinggalah check out, kami berpuas hati dengan layanan dari pihak sekuriti, pihak chef, pihak pramusaji dan pihak admin AnCasa kerana semua memberikan khidmat yang baik serta berkualiti.

Makanan buffet ramadan dan sahur juga sedap-sedap belaka. Pelaburan berbaloi untuk seisi keluarga, syarikat korporat mahupun bersama teman taulan.

Untuk keterangan lanjut sila layari info di bawah. Selamat menjalani ibadah puasa dan salam kebahagiaan dari juju sekeluarga buat anda.

Alamat: 

AnCasa Residences Port Dickson
Batu 8 1/2, Jalan Pantai Teluk Kemang,
71050, Port Dickson, Negeri Sembilan,
Malaysia.

Tempah buffet ramadan: 
06-6627288 / 013-5400634

Tempah penginapan: 


Layari media sosial

2 Comments

  1. Dekat je denga Nilai ni, tapi tinggal seminggu je lagi nak raya. Cheq nak balik kampung haha

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)