Assalamualikum wbt, 
Anda sihat? Juju doakan anda semua dikurniakan rezeki kesihatan baik selalu. Amin. Terima kasih buat anda semua yang sudi baca dan komen beserta doa di posting entry lepas kisah :
"Tanpa ku sedar aku menangis, doa yang terjawab. Anugerah paling istimewa di hari pertama Ramadan 2022" 👉 klik link.
Sambungan dari entry tersebut, juju tak sabar nak kongsi pengalaman jejakkan kaki ke Klinik Kesihatan Ibu & Anak buat pertama kalinya. 

Eh! Kenapa kata pertama kali? Bukan ke Abg Qi anak pertama?

Ya, masa anak pertama juju tak ada pengalaman lagi, terus ke swasta buat checkup bulanan terus. Jadi bila dikurniakan rezeki kedua tak disangka selepas 10 tahun juju memang berazam jika ada rezeki nak rujuk ke Klinik Kesihatan Kerajaan.

Selama ujian 10 tahun tu, ada banyak kisah menarik juju dengar dari teman sepejabat hatta teman-teman blog yang berkongsi pengalaman ke klinik kerajaan. 


Seawal jam 8 pagi sudah terpacak!
Selepas buat ujian UPT positif hari pertama Ramadan 2022, aku tak terus percaya bulat-bulat ya, memang aku panjat kesyukuran tapi untuk kepastian perlu rujuk klinik kesihatan, apa pun boleh terjadi. 

Sebab ia hanya sebuah kit pengesan HCG sahaja. Jadi keesokkan harinya, seawal jam 8 pagi, hari kedua Ramadan jatuh hari Isnin 4 / 4 / 22 (cantik betul tarikh kembar) hari bekerja minta persetujuan bos untuk ke klinik kerajaan sebentar. 

Duit ehhh mana? 
Tenang sungguh saat pertama kali jejakkan kaki di sini, waktu sampai dalam kereta juju semak dalam purse ada tak duit. Sekali zero, duit sen pun tak ada, aku patah balik pusing ke pejabat sebab dalam pejabat ada mesin ATM. 

Keluarkan beberapa duit, patah semula ke klinik, memang dekat dengan pejabat syukur sangat. Jadi tak ralat nak patah balik semula. 

Terus ke kawasan pendaftaran, rupanya kat KK Tanglin memang luas rujukan pusatnya, nurse info KK Ibu dan Anak di belakang.

Jadi aku bawa kaki, tak tau nak ke kiri atau ke kanan... tapi instinct kuat kata ke kanan haha. Ya betul instint bakal ibu, jalan yang aku lalui pertama kali jalan yang benar. 

Botol kumpul urine nak uji di lab KK. 

Sekitar kawasan banyak pokok dan sejuknya mata memandang, dalam masa yang sama gementar !

Ya, gementar tau, mujur ada signboard tunjuk anak panah nak ke mana. Lega disitu, sampai je pintu masuk terus masuk sebab terpampang tulisan mula jam 8 pagi. 

Memang waktu itu ngam masa sampai. Juju ketuk pintu dan masuk. Nampak juju orang pertama sekali datang. Terus nampak nurse di kaunter, masa ni malu nak susun kata sebab tak reti nak cakap ayat berbunga hehe.

"Assalamualikum nurse, selamat pagi, semalam saya buat ujian HCG di kit ini saya bawa buktinya, jadi nak ke sini untuk pengesahan urine sama ada benar atau sebaliknya"

Terus dia tanya, bila last tarikh pertama mula period. 
Dia guna carta nak kira berapa minggu. 

Juju memang suka guna apps, catat setiap period datang di apps period tracker. 
Aku buka apps period tracker dan scroll hari last datang period. 

"Oh, baru 5 minggu lebih kurang anggaran. Okey saya beri nombor giliran dulu ya untuk ujian urine".

Sejurus dapat nombor giliran, nombor pertama terus aku melabuhkan punggung di kerusi menunggu. Mula nampak seorang demi seorang hadir ke dalam letak buku pink didalam bakul. 

Detak dalam diri ku, dah lama aku tak tengok buku pink. Berbunga sedikit di hati melihat perut-perut ibu mengandung silih berganti masuk ke dalam untuk pemeriksaan. 

Aku terus menunggu, buat ujian urine, tunggu dalam sejam sebab nak tunggu ujian dilakukan. Berdebar tu tak usah cakaplah, aku zikir sepanjang masa. Allahuakbar. 
Dua dokumen, dua klinik berlainan. Scan tu saje ke klinik swasta, pengesanan awal tu masih baru lagi. Doktor tak boleh bagi keputusan bagaimana keadaannya. 

Aku pun tak sabar nak tau ia dalam rahim atau sebaliknya, mujur doktor cakap tiada abnormal kelihatan, nampak rahim okey. Lega disitu. 

Puan Julia ! Nombor giliran pertama disebut setelah sejam menunggu.... dub dap dub dab !
Aku di jemput masuk ke sebuah bilik, terpampang nama sendiri di skrin. 
"Tahniah puan, ujian urine positif"

Allah, Allah, Allah.....
Aku tekupkan kedua belah tangan di wajah, terluncur satu perkataan "Alhamdulilah".
Rasa tu, aku tak tau nak gambarkan bagaimana. Terus muka rasa panas, campur sejuk. Gementar.

Dah lama aku tunggu saat ini, redha juju tu kalau juju cerita memang dah bertahun lamanya. Tak kejar dah sangat, cuma ikut sahaja apa Tuhan nak beri rezeki dan ujian harung sahaja.

Tapi masih menyulam doa yang sama setiap kali solat. 

Seakan jawapan itu di beri dalam bulan Ramadan pertama terlalu istimewa. Kebetulan hari jadi juju jatuh baru seminggu lepas 26 Mac, dapat tau positif mengandung 3 April 22.

Hadiah hari jadi, anugerah dari Tuhan paling istimewa.
Bila nurse info confirm positif, dia info 20 April baru datang semula untuk buka buku pink. 

Ada beberapa dokumen pendaftaran juju kena bawa antaranya :
  • salinan sijil nikah, 
  • salinan bil TNB, 
  • buku pink anak pertama yang 10 tahun lepas dulu jika ada bawa, jika tak jumpa tak mengapa katanya, 
  • salinan kad pengenalan suami dan isteri. 
Rasanya ini beberapa dokumen yang juju ingat kena bawa pada tarikh temujanji akan datang. InsyaAllah. 

Tiada bayaran dikenakan. Free of charge. 
Ya Allah, seronok betul dengan servis KK kerajaan, selesa dan masa pun dalam sejam sahaja menunggu. 

Sejurus selesai, juju keluar dari klinik terus buat panggilan pertama kepada suami dan beritahu CONFIRM POSITIF !

Suami memanjatkan kesyukuran ucap ALHAMDULILAH. Terima kasih Allah. 
Barakallah.  

Klinik kerajaan dan klinik swasta refer sudah, terdetik di hati nak beli Clearblue. 
Nak tau berapa minggu... pertama kali guna tau. 

Waktu Abg Qi tak pernah guna kit digital ni. Kali ini beli... harga dia subhanallah... lepas tu saje rakam video nak simpan di Tiktok, sebab Tiktok antara medium juju yang tak berkembang pun, follower pun sangat sikit jadi boleh simpan rahsia disitu firasat juju...

Tapi Allah punya kuasa... apa aku anggap tu terjadi cerita luar biasa, sangat terkejut.... bersambung entry akan datang. 
Doaku: Juju berdoa untuk anda yang sedang berjuang TTC satu hari nanti dikurniakan rezeki tak disangka-sangka seperti juju lalui ujian 10 tahun lamanya. Indah yang tak mampu digambarkan dengan kata, ia hadir di saat kita sebenar-benar redha, mampu zikir tak henti untuk memanjatkan rasa syukur, Allah.

11 Comments

  1. Viral terus video tu ye kat TikTok... Hehe.. apa pun tahniah Juju.. jaga diri baik2.. moga semuanya selamat ...ameenn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah, ya maria, dari niat nak sorok sahaja dari video tu hilang begitu sahaja utk tatapan sendiri. Sekali mak mertua call husband tanya betul ke juju dah positif? Aku pelik mcm mana belah sana tau ni, sebab aku share pun kt tiktok mana ada follower. Rupanya fyp video tu... subhanallah... ramai yg sedang ttc komen mohon doakan mereka jua.... sebak baca komen2 kt tiktok tu... juju memahami sgt2... semua mendoakan baik2 utk juju pula tu, semua tak kenal dari mana. Allah pun kuasa. TQ maria syg.

      Delete
  2. Syukur alhamdulillah...lepas ni bermula la sesi mengidam itu ini ye....cuma jangan lasak sangat tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah baca posting sis SA upload gambar mak pah masak mi goreng basah tu aduyaiiiiiii rasa nak berbuka terus hahaha gurau2... tqqq sgt nasihatkan juju jgn lasak, juju ni belum buat aktiviti lg jalan pun dah laju sis SA. Kena lemah gemalai la nampaknya hehehe

      Delete
  3. wahh tahniah kak. rezeki ramadhan. semoga semua berjalan lancar dan dipermudahkan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih my dear, amin amin yarabbalalamin.

      Delete
  4. tahniah..semoga juju & bby sihat walfiat

    ReplyDelete
  5. tahniah juju syg.. take care & semoga juju dan baby sihat. sy dulu pun gab 7 tahun baru dapat baby lagi. seram sejuk nak beranak. hihi btw, again TAHNIAH happy for u..

    ReplyDelete
  6. Tahniah.. seronok baca dapat confirm juju positif..
    Semoga Juju and baby sihat ya..
    Take care juju

    ReplyDelete
  7. hadiah birthday best utk juju..take care

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)