Dunia sekarang semua di hujung jari. Nak menjual sekarang dah ada bermacam jenis medium online, sebut sahaja nak jual baju, kasut, hatta barangan dapur dan perkakas rumah pun semua boleh dilaksanakan dengan menggunakan medium internet. 

Juju sendiri pun pernah menjual dengan menjadi droship sahaja, senang dan mudah. Keuntungan pun dapat di congak dalam online. Seronok buat perniagaan, walaupun kecil tapi keuntungan pun boleh tahan dapat sebab tak perlu bersusah payah keluar modal.

Awas, jangan terlalu leka mengejar keuntungan sampai lupa tanggungjawab sendiri untuk tunaikan perkara wajib. 

Tahukah anda bahawasanya perniagaan juga wajib dizakatkan. Kata kunci rezeki berpanjangan salah satunya dengan menunaikan zakat perniagaan. 

Eh! Perniagaan pun kena zakat ke? Teruskan membaca sahabat. Pasti anda akan menyedari kelebihannya nanti. 

#1  Apa itu zakat perniagaan?

👉Wajib dikeluarkan dari hasil perniagaan jenis barangan atau perkhidmatan seperti pembuatan, perikanan, pembekalan, atau sebagainya.

Ia merupakan tanggungjawab wajib ditunaikan ke atas mereka yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Firman Allah SWT yang bermaksud:

“(Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.” [Surah Al-Nur (24): 37]

Dalam Rukun Islam yang kelima tuntutan mengeluarkan zakat adalah wajib untuk dipenuhi oleh semua umat Islam. Sifat pemurah dalam akhlak seseorang dapat dilahirkan setelah kita sendiri mengeluarkan zakat ikhlas kerana Allah. 

Contoh yang baik ini melambangkan peribadi muslim yang tahu akan tanggungjawabnya setelah melaksanakan urusan perniagaan. 

#2    Bagaimana zakat perniagaan di hisab?

Zakat perniagaan wajib dikeluarkan sebanyak 2.5% atau 1/40 daripada nilaian harga kesemua barang yang dijual atau perkhidmatan yang dikenakan hasil pendapatan perniagaan apabila sudah mencukupi haul. 

Jika anda sendiri melakukan apa-apa perniagaan, sama ada menjual barang, menawarkan perkhidmatan, menghasilkan bahan mentah dan sebagainya, hasil perniagaan tersebut wajib dikenakan zakat perniagaan berdasarkan beberapa syarat.

Rujuk pautan link kalkulator Zakat Perniagaan :
Dalil yang mewajibkan zakat dibayar atas hasil perniagaan adalah firman Allah daripada surah Al-Baqarah, ayat 267 :

“Wahai orang-orang yang beriman, keluarkan zakat sebahagian daripada hasil usaha kamu yang baik-baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu.”

#3    Ketahui Perkara Wajib Zakat Perniagaan


Muslim. 

  • Perniagaan yang mempunyai pemilikan bercampur antara Muslim dengan bukan Muslim, hanya bahagian pemilikan dan kepentingan orang islam sahaja yang dikenakan zakat.
Sempurna Milik. 
  • Harta yang dikenakan zakat mestilah ada kesempurnaan dari segi pemilikan (hak milik aset) dan keupayaan mengurus (tasarruf) iaitu mempunyai kuasa penuh ke atas harta.
Cukup Nisab. 
  • Nisab adalah bersamaan dengan nilai 85 gram emas semasa. Paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan zakat. 
Cukup Haul. 
  • Genap setahun perniagaan. Bila cukup setahun baru kecukupan haul dinilai. Penilaian harta perniagaan adalah dengan mengambil kira keadaan perniagaan pada akhir haul.
Niat Berniaga. 
  • Berniat untuk mendapatkan perolehan dan keuntungan. Ia juga perlu dibuktikan dengan amalan. Niat adalah untuk mendapat keuntungan, manakala amalan ialah menjalankan perniagaan. Kedua-dua unsur ini hendaklah wujud bersama secara berterusan.
Barang Perniagaan dan Perkhidmatan sumber Halal. 
  • Perniagaan yang halal sahaja yang diwajibkan zakat. Semua bentuk perniagaan yang haram, sama ada dari segi zatnya seperti arak dan khinzir ataupun perniagaan perjudian dan riba adalah tidak diwajibkan zakat.

#4   Jom Sertai Program Jom Tunai Zakat "Menang & Kongsi"

Bila dah tahu kepentingan dan kewajiban zakat, jemput sambil-sambil tu mari kita ambil kesempatan untuk menyertai Program Jom Tunai Zakat "Menang & Kongsi". 

Tarikh program ini akan berakhir pada 31 Disember 2021 nanti.


Amalan zakat dapat membuang sifat kedekut bakhil. Ia dapat dirasai oleh pengeluar zakat dan dia juga menyedari bahawa zakat itu lebih ketara kepada penambahan harta daripada menguranginya. 

Semoga dengan perkongsian sedikit ilmu juju tentang zakat perniagaan ini dapat menambahkan pengetahuan hikmah dan rahsia disebalik zakat 

Rasulullah SAW bersabda :

“Zakat itu tidak mengurangi harta.”

Anda boleh melayari laman web rasmi Zakat Selangor di :

No Telefon  : 1-300-88-4343 
(9:00 pagi hingga 4:00 petang)

4 Comments

  1. banyak faedah kalau bayar zakat ni, selain peroleh keberkatan, insyaAllah perniagaan pun boleh lebih maju. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Thanks to the Internet, one can easily fulfill their zakat online.

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. mudah sekarang nak bayar zakat.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)