Zaman sekarang zaman gadget, nak elakkan anak jauh dari gadget macam tak logik lah. Berikutan pandemik C19 tidak menentu, kelas di sekolah pun buat sementara ini buat pecahan pergi sekolah. Tak boleh ramai satu kelas. 

Sebahagiannya kena belajar dari rumah. PKP sudah berkali-kali telah membuatkan anak juju melekat dengan tab sepanjang masa tau. 

Malam, dia main game. Aku takkan nak larang. Penat seharian dia belajar. Mesti la aku bagi masa untuk dia 'me time' main game. 

Bagi anda pastinya timbul kerisauan kalau perkara ni berlarutan akan menjejaskan penglihatan mereka. Aku tak nafikan. 

Jadi juju sertai sesi seminar percuma bertajuk ‘Bagaimana nak menjaga mata anak tanpa tinggalkan penggunaan gajet’ dikongsi oleh Dr Mohd Hafidz Ithnin, Pakar Mata di Optom Eyecare dan Pensyarah UIAM pada 1 Disember 2021.

Sesi ini meliputi topik-topik penting seperti gejala keletihan mata bagi kanak-kanak, sesi pembelajaran & merungkai permasalahan sebenar untuk pengguna skrin permainan digital.


Selesai daftar seminar. 

Bagaimana nak jaga mata anak tanpa meninggalkan penggunaan gadget, ini beberapa tips dalam seminar juju perolehi untuk kebaikan masa depan kita semua termasuk anak-anak. 

Hampir ke semua orang guna telefon pintar. Data dan kajian yang mengejutkan, pensyarah kejururawatan sendiri kupas pada hari biasa yang main hp 1 hingga 3 jam. Waktu cuti habiskan masa lebih dari 3 jam. 

Risau kan? Lagi satu yang popular sekarang dikalangan remaja main media sosial contoh trend terkini lebih kepada arah TikTok. 

Tambahan kajian didapati memang penggunaan gajet lebih dari 3 jam seseorang anak dan remaja. Confirm dah ada data mengatakan penggunaan gajet dikalangan kita dan anak ni lama. 

Nak tau kesannya? 
1. Peningkatan power spek mata - bola mata makin lama makin memanjang apa yang berlaku saraf dekat belakang mata akan koyak. Lama kelamaan ia boleh menyebabkan kebutaan. Jadi kita memang sangat bimbang jika guna gajet tanpa kawalan. 


2. Otot fokus mata yang tak stabil - bayangkan mata kita ni sebijik macam kamera DSLR. Kanta dalam kamera itu adalah kanta dalam mata kita. Kanta ini akan kontrol fokus. 

Okey bila tangan yang memegang otot fokus mata, bila hadap gajet terlalu lama sampai satu ketika kabur penglihatan anak itu.

3. Mata cepat penat, mata cepat kering. 

Statistik membimbangkan dari hari ke hari. Vitamin A sangat bagus untuk mata. Tapi jangan keterlaluan ambil akan jadi toksik katanya doktor dalam perkongsiannya di zoom. 

4. Juling - pengalaman doktor sendiri kongsikan remaja berumur belasan tahun. Dia tanya apa dia buat dalam kehidupan seharian, katanya saya main game 5 jam sehari. Waktu PKP lagi lama 5 jam ke 7 jam sehari. Otot fokus mata tak terkawal, bila mata penat mata jadi juling.

5. Susah nak tidur (Imsomnia) - ganggu penghasilan hormon susah nak tidur. Kalau boleh selepas 10 malam tak mengadap gajet.
Alhamdulilah, setakat ini Qaiser ilman tiap kali tengok gadget semasa kelas dan main game waktu malam, dia dah tau tanggungjawab dia untuk pakai kaca mata pelindung Optom. 

Cara kawal guna gajet
Kalau boleh lepas sejam...

1. Berehat sebentar dan boleh sambung semula penggunaan gajet - tengok permandangan jauh dalam 5 ke 10 minit. Sejam berehat sekejap, sejam berehat sekejap. Kata kuncinya, rehat mata selepas sejam mengadap mana-mana gajet. Untuk bagi otot mata rehat. 

2. Galakkan aktiviti luar rumah (outdoor activity) - bersukan, bercucuk tanam mahupun ke taman permainan.  

3. Beri ganjaran pada anak (tak semestinya duit) supaya tak keterlaluan penggunaanya.

4. Kalau perasan anak mata ada masalah?  segerakan rawatan untuk elakkan mata malas. Ia akan jadi juling kekal.

5. Mata kerap berkelip-kelip - tanda mata kering kena cek betulkah ada masalah mata atau tidak. Janji tindakan awal.



Dengan bantuan spek mata dari OPTOM, perlindungan extra buat si anak buat kita sebagai ibu bapa lega sepanjang hari.

Alhamdulilah, inilah pelaburan jangka pendek dan jangka panjang untuk kesihatan mata si anak. 

Terkini! 
OPTOM Eyecare sedang menawarkan perkhidmatan rawatan khas untuk kanak-kanak iaitu Kiddos Eyecare. 

Mereka membuat pemeriksaan mata kanak-kanak pada 11/12/2021 ini bersama Dr Mohd Hafidz Ithnin. Jadi ambillah kesempatan ini bawa anak-anak ke sana ye. 

Info lanjut layari website https://optom.com.my/

OPTOM Eyecare Bangi
Alamat : No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, 
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor 
(Berdekatan Marrybrown)
Waktu Operasi : 9.00 am - 8.00pm (Setiap Hari)

13 Comments

  1. Pekongsian yang baik. Mata anugerah Allah yang amat bernilai.

    ReplyDelete
  2. Tak sangka bahaya penggunaan gajet pada kanak-kanak seteruk ni… ingatkan setakat rabun je.. rupanya boleh jadi juling dan buta..

    ReplyDelete
  3. Gajet tak boleh nak elak dah kannn? Memang kena jaga mata ikut saranan doktor ni. Terima kasih sharing Juju

    ReplyDelete
  4. So mata kerap berkelip tu ada membantu. OK. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  5. Mata anak anak ni kena jaga dari awal. Kena rawat elok2 dari awal takut nanti bila terlewat kalau ada masalah lagi teruk kesannya. Memang bagus bila seminar camni kan Juju. Kita sebagai ibubapa akan lebih alert.

    Tq Juju untuk perkongsian ini.

    ReplyDelete
  6. Mata anak anak ni kena jaga dari awal. Kena rawat elok2 dari awal takut nanti bila terlewat kalau ada masalah lagi teruk kesannya.

    Bagus juga bila kita jojn seminar ni boleh dapat banyak info berguna untuk dikongsikan. Tq Juju untuk perkongsian ini.

    ReplyDelete
  7. Memang gajet tak boleh elak. Tapi kita as parent kontrol penggunaan gadget mi kat anak2. Kene cek mata juga utk anak2

    ReplyDelete
  8. Info yang sangat bagus ni. Nanti nak bawak lah anak saya pergi check mata. Sejak PdPR banyak tengok gajet kat rumah

    ReplyDelete
  9. Nice sharing. Bdak-budak sekarang susah nak tinggalkan gajet. Ada cara lain nak membendung masalah mata mereka sangat bagus.

    ReplyDelete
  10. Tips ni bagus untuk mata orang dewasa juga.

    ReplyDelete
  11. wah bagus-bagus, bukan anak je kita ken ajaga, kita yang hari-hari mengadap pc ni pun kena ada spek mata khas untuk lindungi mata. Jom p OPTOM

    ReplyDelete
  12. kena ajar anak-anak cara kawal mata apabila menggunakan gadjet itu ..mata kita perlu rehatkan juga kn

    ReplyDelete
  13. Kena buat spek juga utk anak nie.. nk lindung mata dia

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)