Anda seorang perokok? Tegar? Jika ya, anda tidak terlambat lagi untuk amal tiga tips yang julia kongsikan di blog. Tahukah anda, statistik dalam Kementerian Kesihatan Malaysia melaporkan sebanyak 43% golongan lelaki dianggarkan mempunyai tabiat merokok di Malaysia. 

Tidak terkecuali bagi golongan wanita dan remaja juga mencatatkan statistik yang membimbangkan dari hari ke hari. Petikan dari website Harm Awareness Association mengatakan bahawa cara membendung stigma sosial dan memastikan pengguna umum sihat dan dapat mengambil langkah yang positif dalam kehidupan mereka adalah dengan pengurangan kemudaratan terhadap tembakau.

Pengguna tidak akan tersekat dengan tiada pilihan malah dapat mengambil langkah alternatif bagi kesinambungan kehidupan mereka. Apakah langkah alternatif itu? Teruskan membaca. 

Perokok adalah penyumbang utama kematian. Paling tragis, ramai tidak tahu iaitu rokok adalah dadah paling murah menjerat penggunanya ke akhir hayat.

Jadi bagaimana kita nak berubah dan jadi lelaki serta wanita hebat tanpa rokok? Semuanya bermula dengan tiga tips yang julia kongsikan dibawah. 

Ini kerana tiga tips ini adalah bukti nyata di persekitaran julia sendiri iaitu bapa kandung sendiri yang dahulunya perokok tegar kini telah pulih menjadi seorang lelaki hebat tanpa rokok.

Tahukah anda? Penyumbang utama kepada kadar jangkitan COVID-19

Ya, bagaimana perokok tegar berubah? 
Sehari dia boleh merokok 2 ke 3 bungkus rokok tanpa sedar, bertahun-tahun lamanya dia seorang perokok tegar. Julia dulu masa kecil selalu tolong belikan rokok untuknya kalau ke kedai belakang rumah jikalau mama meminta belikan kelapa parut. 

Dalam masa yang sama Julia sefamili jadi perokok pasif. Bila hembusan asap rokok di lepaskan didalam rumah, nikotin yang disebarkan pasti kami hidu bersama. Natijahnya, kami selalu batuk dan kerap mudah lesu akibat bauan rokok tanpa kesudahan. 

Jadi apakah poin utama bapa perokok tegar boleh berubah begitu drastik? Ia tidak dengan drastik, tetapi dengan 3 tips sahaja.


Tips 1
Banyakkan aktiviti.
Elak bersendirian dan bersama kumpulan rakan yang selalu mempengaruhi tabiat merokok kita semakin berpanjangan. Bila bersendirian, kita mudah rasa bosan dan tangan akan cepat capai kepada tabiat yang biasa kita buat. 

Jadi bangun dari tempat kebiasaan, pilih aktiviti yang anda suka buat. Contohnya bersukan, ke gym, bercucuk tanam, menyertai kelab dan persatuan yang aktif melakukan program. Ini memang dapat mengalihkan fikiran kita dari fikir rokok setiap saat dan ketika. 


Bapa julia sendiri pilih aktiviti bercucuk tanam, waktunya dulu selalu dihabiskan dengan rokok tapi kini setiap waktu senggang dia akan menyiram pokok, menanam, membersihkan laman dan melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. 

Bila badan kita diberi aktiviti dan rasa kepenatan, badan automatik akan mengeluarkan signal gembira dan rasa puas. Nafsu untuk merokok akan mengurang. 


Tips 2
Pasak dengan kata ini selalu 
'YA, SAYA INGIN BERUBAH!'. 

Perokok tegar perlu kekuatan spiritual dan mental. Jika anda katakan yang anda ingin merubah, beri masa pada diri anda ingin merubah. Jangan terlalu melulu ingin merubah dalam sehari. 

Ia ambil masa untuk sehari dari sehari untuk ke jalan yang ingin kita kehendaki. Untuk hari pertama, anda perlu set di minda setiap pagi selepas selesai menunaikan ibadah seperti solat dan sembahyang. 

Berdoa dengan bersungguh-sungguh mengharapkan bantuan dan pertolongan dari Tuhan agar diberikan kekuatan hati untuk perubahan besar dalam hidup anda untuk mendidik diri agar mengurangkan tabiat merokok sehingga dapat berjaya mengelakkan terus pengambilan tembakau. 

Tetapkan niat di hati agar dorongan untuk merubah ke tabiat positif menjadi kenyatan dari sehari ke sehari. Cara ini akan buat minda, jasmani, rohani kita dalam keadaan bersemangat, yakin diri dan sentiasa bermotivasi.

Inilah tips kedua yang paling susah untuk kita semua lakukan iaitu yakin dengan diri sendiri bahawasanya kita mampu merubah. 

Pengambilan kemudaratan tembakau secara berleluasan akan menimbulkan pelbagai risiko kesihatan yang kita tidak sedari sebenarnya, dari rasa keseronokkan kepuasan yang hanya bersifat sementara memungkinkan penyakit senyap sedang tumbuh didalam diam-diam. 

Baik anda pupuk diri anda dengan mula tanamkan niat didalam hati untuk Katakan Tidak Merokok pada suatu tempoh masa mulai sekarang. 


Tips 3
Alternatif terapi gentian nikotin - kaedah pengurangan kemudaratan tembakau amat membantu perokok tegar yang mahu mengurangkan risiko kesihatan akibat rokok tradisional. Contohnya penggunaan vape. 

Vape bernikotin terbukti membantu perokok tegar menghentikan tabiat menghisap rokok dengan menghilangkan rasa ketagihan kepada rokok tradisional.

Asap rokok mengandungi lebih 7,000 bahan kimia, 69 darinya adalah penyebab kanser dan kebanyakkan ada bahan toksik.

Akan tetapi, kaedah vape ini belum tentu dapat mengurangkan 100% perokok untuk berhenti merokok kerana ia tetap beri kesan potensi bahaya dan risiko tapi ia boleh membantu kepada sedikit perubahan. Nak jadi lelaki dan perempuan hebat, sahut tiga tips mudah ini untuk jadi hebat ! Anda yakin !  https://haahub.com.my

16 Comments

  1. Teringin nak tengok husband berhenti merokok tapi itulah, nak halang kan...klau bukan diri sendiri yang nak berhenti, payah jugak...huuu

    ReplyDelete
  2. Terbaek Juju. Semoga perkongsian ini dpt memberi manfaat utk kita semua.

    ReplyDelete
  3. Bagus sharong ni, tapi sush nak halang perokok yang dh lama merokok. Tapi mcm husbnd dia bab2 bercucukntanma pun ada buat.. Hehehe

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, saya dah stop smoking (social smoker) dari PKP last year. Skrg dlm usaha nak kurangkan vape plak.. Hahahaha

    ReplyDelete
  5. Bab rokok ni , memang banyak awareness tapi pucuk pangkal empunya diri jugak kann...? Good sharing Juju

    ReplyDelete
  6. Semoga perkongsian ini mendapat manfaat untuk yang nak berhenti merokok.

    ReplyDelete
  7. Xsuka bau asap rokok. Hidung mmg sensitif. Dr jauh dh boleh bau org yg merokok dgn yg tidak merokok 😂...

    ReplyDelete
  8. Ramai perokok tau keburukan merokok, tapi tetap teruskan juga. Bukan mudah nak berhenti merokok, kena ada kemahuan sendiri gak.

    ReplyDelete
  9. Apa apa pun segalanya bermula dengan diri sendiri. Kena kuat semangat untuk berhenti dari tabiat buruk ni. Yang penting, bila dah berhenti jangan saje saje cuba balik. Memang akan jadi kembali ke tabiat lama. Thank you sharing Juju

    ReplyDelete
  10. Yes, it is time for smokers to think about others rather than themselves all the time.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, husband makin kurang merokok lepas guna vape. Harap dia boleh berhenti terus.

    ReplyDelete
  12. Kalau boleh elakkanla merokok. Takde faedahnya duk merokok ni. Boleh bawak banyak2 penyakit. Yamg dah lama merokok, kena belajar cara untuk berhenti .. Takkan selamamya nak merokok ..

    ReplyDelete
  13. Susah kan nak berhenti rokok. Nasib baik saya tak pernah terjebak dengan rokok

    ReplyDelete
  14. Honestly yg baru mula nak merokok lebih baik Jangan.saya memang kuat merokok hampir sekotak sehari.nak berenti punya seksa.
    Mula kuat merokok bila parents saya tau saya merokok semasa form4.bila parents bekerja saya merokok dirumah sambil belajar.mulanya marah lama2 dah Tak kisah.lagi pun saya hanya 2 beradik shj.seingat saya masa berumur 20 thn saya dah mula rasa ketagih bila tak merokok.rokok ayah saya cepat saya menghabiskan.saya minta mak saya duit rokok.disitu la saya mula merokok dirumah. parent orang kl dah biasa tengok perempuan merokok ni.mak ayah pun bgtau kat tempat kerja diorang pun ramai perempuan merokok.cuma saya akan berkahwin hujung thn nanti dan cuba kurangkan merokok dan berenti.setakat ni tunang saya Tak kisah Sgt saya merokok sbb dia pun merokok.parent pun pesan dah kawin cuba la berenti merokok tu insyallah saya cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isteri saya memang kuat merokok lebih 10thn kata nya..kami baru setahun berkahwin.memang pelik perempuan yg merokok ni kadang2 lebih kuat merokok dr lelaki.mcm mn nak berhenti.sehari sekotak brand Chesterfield.
      Kalau main handphone bersambung2 rokoknya.tapi tak pernah abaikan tanggungjawab sebagai Isteri.
      Saya pun rasa simpati sbb saya pun merokok.
      Kadang2 saya tanya jg kenapa awak kuat sgt rokok tu.dia jwp gian.bila ada anak harapan semoga dia berhenti merokok

      Delete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)