Memilikinya seperti memiliki sejambak bunga telang segar dan hidup.
Kelahiran yang cukup menyerikan wajah.
UniSeri adalah produk berasaskan penyelidikan dari UniKL MICET. Bukan baru julia guna produk UniSeri ya, pada bulan Jun 2021 tak silap julia pernah menggunakan Serum & CC Cream UniSeri.
Ramai yang tak percaya, bunga telang adalah bahan utama dalam rangkaian produk kecantikan wajah UniSeri.
Kini yang di tunggu sudah tiba, lahirlah Blu Telang Daily Cleanser (pencuci wajah) dan Blu Telang Hydrating Toner (mengecutkan pori wajah & mengurangkan wajah berminyak).
Video Unboxing, klik Youtube 👆
Gabungan 4 produk ini melengkapkan UniSeri bagi mereka di luar sana untuk mula melaksanakan rutin penjagaan kulit yang baik.
Teruskan membaca.
Cantiknya empat beradik ni, kagum!
Rangkaian produk UniSeri adalah dari bahan semula jadi, selamat dan halal. Keluaran diiktiraf dan halal di gunakan bagi wanita mahupun kaum lelaki. Julia sendiri berkongsi guna dengan suami ya.
Sesuai digunakan bagi ke semua jenis kulit dari peringkat normal sehingga kulit sensitif.
Banyak nak cerita pengalaman sepanjang menggunakan produk UniSeri, seperti anda sedia maklum duta UniSeri ialah Ernie Zakri.
Beliau sendiri mengulas panjang pengalamannya menggunakan produk ini, katanya dalam wawancara di IG live baru-baru ini beliau dedahkan produk semulajadi kesannya lambat dan ambil masa.
Nak tahu pengalaman lepas julia memakai Uniseri boleh klik pautan link SINI
Tapi hasilnya kita dapat rasa perubahan pada wajah terasa
lebih bersih dan kurang masalah jerawat serta jeragat.
Close up 👆
Orang kata, biar lambat, asal selamat dan produk yang digunakan
tidak merbahaya untuk waktu jangka panjang.
Jom kita baca kelebihan setiap dalam produk UniSeri secara lebih dekat. Tak kenal maka tak jatuh cinta, dah jatuh cinta pasti tertarik untuk memilikinya. Ouchhh! 💋
👉Kelebihan empat rangkaian produk UniSeri
#1 Blu Telang Daily Cleanser (50ml)
Pencuci muka tanpa buih dan pewangi yang mampu membersihkan muka secara menyeluruh. Kulit terasa bersih dan lembut selepas menggunakannya.
Ianya mengandungi:
1. Ekstrak Bunga Telang - sebagai anti penuaan yang tinggi dengan anti oksida.
2. Aloe Vera - Mengecutkan jerawat / melembapkan kulit
3. Vitamin C - Merawat kulit kusam
#2 Blu Telang Hydrating Toner (50ml)
Berkesan untuk melembapkan kulit wajah selepas sesi membersihkan wajah, ia dapat mengurangkan minyak di kulit, membantu mengecilkan pori-pori dan mengecutkan jerawat.
Ianya mengandungi :
1. Bunga Telang : Ejen anti penuaan yang tinggi dengan anti oksida.
2. Bee Venom : Mempercepatkan pemulihan sel kulit rosak.
3. Witch Hazel : Mengurangkan penghasilan minyak di kulit, mengecutkan jerawat, mengecilkan pori-pori.
4. Maricol S : Kolagen marine untuk melembapkan kulit.
#3 Blu Telang Rejuvenate Serum (15ml)
Ia diformulasikan khas untuk mengatasi kulit kering, mengimbangi kulit berminyak, mengecutkan jerawat dan lain-lain lagi.
Ianya mengandungi : 1. Bunga Telang – Membantu menganjalkan kulit dan tinggi dengan antioksida. 2. Hyaluronic Acid (HA)- Mengatasi kulit kering dan bertindak sebagai ejen pelembap. 3. Arbutin – Mencerahkan parut jerawat dan membantu mengatasi kulit kusam. 4. Aloe Vera – Melembapkan kulit dan mengecutkan jerawat.
#4 Blu Telang Pore Refining CC Cream (15g)
Ianya dicipta khas untuk pencinta solekan dan penjagaan kulit. Ia bukan saja berfungsi sebagai primer sebelum solekan tetapi juga mampu merawat kulit dan juga bertindak sebagai pelembap.
Rupa dan tekstur setiap produk. Senang dipakai, lengkap!
Kombo set lengkap UniSeri kini berharga RM199. (Harga asal RM223)
Setiap pembelian akan mendapat satu jade roller secara percuma.
(Selagi stok masih ada)
Bukti wajah guna UniSeri dalam 2 minggu lebih, nak masuk 3 minggu. Julia baru lepas workout sejam di gym, muka tampak segar dan tidak berminyak!
Bayangkan lepas penat mengeluarkan peluh, muka langsung tak rasa berminyak, arghhh best betul UniSeri, lap peluh pun wajah tetap tampak berseri natural. Syukur alhamdulilah dipertemukan dengan UniSeri.
Cantik betul kulit wajah duta UniSeri, Ernie Zakrie ni selain suara nyanyian dia lunak dan sedap di dengar, dia amat mementingkan penjagaan luaran terutama kulit wajah.
Penampilan dia sedikit sebanyak buat julia nak ikut sama guna produk UniSeri, produk dari bunga-bungaan. Pasti secantik kelopak bunga untuk di tatap oleh sesiapa sahaja setiap hari termasuk diri kita.
8 Comments
berkhasiat rupanya bunga telang tu,eh kita inlove la ngan kotak dia,cantiknyaaaaa
ReplyDeleteCantik kotak pembungkusannya juju...lembut ka kalernya..selama ni dok boh dalam masi kerabu ja..atau buat jus..
ReplyDeletePakai set lengkap lg cepat nmpk Perubahan...bestnya nmpk kulit fresh..
ReplyDeletePakai set lengkap lg cepat nmpk Perubahan...bestnya nmpk kulit fresh..
ReplyDeletewah..ptut berseri2 sekarang..ini rahsianya..nak cuba jgk la..:)
ReplyDeleteWow didn't expect them to use bunga telang for cosmetics as well.
ReplyDeleteHeee..ni tmpt kita belajaq dulu ni
ReplyDeleteSinggah aini tambaj rakan blogger 💕😊
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)