Rindu bercuti ! Syukur sangat apabila kerajaan mengumumkan bagi rakyat yang sudah dua dos dan keputusan swab negatif boleh bercuti didalam negeri masing-masing. 

Sebenarnya dah lama betul julia dan keluarga tak semak di Traveloka tau, baru-baru ini saje julia survey di website Traveloka ada tak promosi hotel dan resort yang berdekatan dengan sekitar kawasan rumah julia. 

Rupanya ada ! Siapa cakap KL Staycation tak menarik? Serius, memang menarik. Tahu tak kami dah lama nak buat aktiviti sukan ATV iaitu salah satu aktiviti lasak semasa bercuti nanti.

Kebetulan suami dan anak dari tahun lepas nak naik ATV, ronda dalam hutan menyaksikan keindahan panorama tumbuhan flora dan fauna.

Sambil itu boleh cabar diri dengan sukan lasak serta menaikkan kelenjar adrenalin dengan percutian luar biasa. Jadi julia simpan wishlist percutian ini akan datang.

Kenapa perlu bersesak-sesak di negeri lain, bercuti di negeri sendiri pun nikmat !

Julia memang suka sebenarnya bercuti hotel bajet dengan interior design menarik sejak sebelum pandemik lagi. Kalau yang follow jejak blog julia pasti tahu, julia salah seorang yang hardcore bila berkongsi kisah percutian.

Cuma buat masa sekarang, tak perlulah kita tambah kesesakan di tempat lain contoh tempat seperti di Langkawi. Ramai berpusu-pusu ke sana, sudahnya bila terlalu ramai di sana risiko itu tetap ada. Betul tak?

Jadi apa kata kita rancang percutian di hotel-hotel yang menarik dalam bandaraya Kuala Lumpur. Memang banyak hotel dan resort best-best sekitar Kuala Lumpur. Serius dah tak sabar nak bercuti pula hihi.

Cadangan hotel best antaranya...

Hotel bajet sekitar Kuala Lumpur yang gempak !

👉Greystone Haus DMajestic 

Harga penginapan bermula semalaman RM93.75. Harga sangat murah dan boleh bawa keluarga mandi kolam sepuas-puasnya dengan layan permandangan kolam dia, wau mantap. Boleh tengok gambar dibawah. 

Layan sunset pergh!
Rasa macam bercuti jauh je walhal dalam KL memang ada hotel bajet yang super murah tapi interior design sangat luar biasa.

Luas dan banyak ruang.

Tatarias hotel bajet macam hotel banyak bintang. 

👉WOLO Kuala Lumpur 

Lokasi percutian kedua cadangan julia di kawasan Bukit Bintang. Bukit Bintang adalah lokasi bermandi cahaya lampu jalanan yang sangat cantik. Bergemerlapan tau. 

Kalau anda seorang yang suka bergambar pasti kawasan ini paling dinanti oleh anda. Ini kerana disekitar kawasan hotel ini banyak restoran makanan Arab, makanan Barat serta banyak kedai jualan. 

Jadi kita tak adalah bosan bercuti duduk didalam hotel sahaja, kita boleh membeli belah dan makan didalam restoran di sekitarnya tanpa perlu memandu keluar. Hanya jalan beberapa minit dah sampai. Jimat masa, wang dan tenaga. 

Cantik luar dalam Hotel Wolo tau, harga semalaman dalam seratus lebih je. 

Dapat hilangkan tekanan seharian bekerja, lihat tatarias cantik hotel wolo terus bawa kita tenang dan rasa nak bercuti lebih dari 1 malam betul tak?

👉 Saba Suites at Platinum KLCC Bukit Bintang Kuala Lumpur

Konsep apartment dengan percutian gaya mewah. Siapa suka permandangan kota metropolitan Kuala Lumpur di kolam renang infiniti, Saba Suites at Platinum KLCC berlokasi di Bukit Bintang Kuala Lumpur adalah salah satu destinasi percutian lain dari yang lain. 

Selepas balik kerja pun boleh terus buka website Traveloka dan tempah, tarikh ngam dan ada kosong terus boleh check in. On the spot percutian pun seronok, julia sekeluarga selalu buat tau. Hari ini tempah, hari ini terus bercuti. Seronok ! Tak semestinya kena rancang, kadang buat kejutan pun best tau. 

Permandangan dia subhanaAllah, hebatnya!

Julia baru lengkap dua dos, jadi kena tunggu 14 hari baru boleh bercuti. Rasa nak pilih hotel ini akan datang. Sebab dekat dengan lokasi rumah dan dekat dengan kawasan tempat kerja. Buat kejutan untuk suami dan anak seronok juga kan !

Nampak selesa betul. Harga semalaman dalam dua ratus lebih. Sesekali rasa penginapan mewah bersama orang yang tersayang apa salahnya. Janji tak sesak. 

Hai warga Pahang !
Bagi yang bermastautin dan memang bekerja dalam negeri Pahang, pastinya salah satu percutian sejuk di 
Cameron Highlands Hotels paling dinanti betul tak.

Julia memang suka staycation yang sejuk dan suka dikelilingi dengan panorama hijau. Jadi Cameron Highlands adalah percutian setiap tahun kalau boleh merentas negeri.

Jadi julia nak cadangkan beberapa hotel di sekitar Cameron Highlands dengan harga mampu bayar dan sudah semestinya cantik. Antaranya ialah Century Pines Resort Cameron Highlands.

Dikelilingi dengan pokok pines, seakan-akan melancong ke salah sebuah hotel di luar negara. Percayalah, ia di Cameron Highlands Pahang. 

Mewah! Lepas balik penat pusing satu cameron dan membeli belah di sekitar pekan Cameron, balik nak rehat tenang betul. Hilang serabut dalam kepala. 

Ini cuma beberapa staycation yang julia survey, ada banyak pilihan lain di Traveloka. Bahkan resort dan konsep apartment penginapan pun ada banyak buat promosi sepanjang pandemik.

Jom melancong dalam negeri masing-masing, tetap dapat sama manafaat dan kelebihan sama untuk istirehat bersama orang tersayang. 

Julia pun sedang merancang percutian singkat dalam Kuala Lumpur akan datang. 
Libur sakan kita ! 

2 Comments

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)