Ayam bakar air fryer dan sayur campur meal prep khas untuk pejabat.

Makin lama, makin kemaruk nak buat meal prep. Meal prep bermaksud persiapan makan. Buat awal 5 hari persiapan makanan untuk 5 hari bekerja. Boleh di makan waktu makan tengahari atau makan petang. 

Big meal prep adalah satu sajian yang disarankan untuk banyak pengambilan unsur protien dan fiber. Karbo rendah terdiri dalam sajian sayuran seperti brokoli, kubis putih, telur pecah dan tauhu.

Tak semestinya kena ada nasi. Kalau jenis susah nak kawal pengambilan nasi, takut tersasar pengambilan, julia cadangkan buat sajian sesekali seperti diatas ya. 

Memang kenyang, terbukti dapat menurunkan paras insulin dan tidak menyebabkan paras insulin kita meningkat secara tidak teratur. Sebab itu kita kena jaga masa pemakanan. Jangan tak makan, kena makan.

Satu ekor ayam bakar, di potong kepada 5 bahagian, susun dalam bekas kaca (borosilicate glass)Sekali dengan sayur. Julia suka bekas ni serius, teruskan membaca.

Berapa kali julia makan dalam sehari?
  • Enam kali. 
Banyaknya? Big meal kah atau macam mana tu?
  • 2 sajian menu besar - protein & fiber
  • 4 sajian menu kecil - snek kekacang & buah-buahan
Ya, banyak. Dulu sebelum mula projek meal prep, juju makan 3 kali sehari je. 
Pelik tapi benar. Seorang wanita dengan berat obese digalakkan ambil kalori dibawah 1500 sehari. Sebaiknya 1400 atau 1200 kalori sehari mengikut perkiraan berat dan ketinggian masing-masing.

Macam mana nak tau kiraan kalori per daily intake kalian boleh semak dengan Calorie Calculator

Bila dah tau kalori per daily yang sebenarnya korang kena ambil, baru beli bekas kaca selamat untuk reheat. Inilah namanya borosilicate glass. 

👉Kelebihan bekas kaca borosilicate glass bermutu tinggi. 

1. Ketelusan tinggi, rintangan haus, permukaan licin, pembersihan mudah, sihat dan kebersihan.

2. Kaca yang boleh digunakan untuk pengumpul suria, alat kimia, peralatan harian dan pencahayaan bermutu tinggi.

3. Ia dicirikan oleh pekali pengembangan kecil, tidak mudah untuk retak di bawah perubahan mendadak suhu 0-200 darjah, rintangan asid, rintangan alkali, rintangan air, rintangan kakisan, dan sebagainya.                                                                                
[Sumber : Google]
Balutan sangat tebal, tak calar dan bekas elok sampai. Puas hati. 
Julia beli dengan penjual ini klik link 👉 Shopee 

Pengalaman menarik sepanjang menggunakan bekas kaca borosilicate glass 
  • Dibuat dari kaca kelas premium dan bahan kitar semula yang selamat untuk alam sekitar.
  • Penutup bekas jenis sealant silikon untuk memastikan daya tahan dan prestasi kedap.
  • Ketuhar gelombang mikro - boleh dimasukkan terus ke dalam ketuhar gelombang mikro. Tanggalkan penutup dan masukkan bekas kaca sahaja untuk reheat makanan.
  • Menjaga makanan sentiasa segar di dalam peti sejuk serta tahan panas dengan suhu tinggi. 
  • Anti bocor - anti-leak with 360-degree
  • Bekas kedap udara dan sentiasa memastikan makanan tetap hangat.
  • Gelang getah polipropilena yang boleh dikeluarkan dan dicuci dengan mudah.
Saiz 640 ml, ada banyak saiz. Untuk tidak tersasar pengambilan kalori secara berlebihan saiz bekas 640 ml sudah memadai untuk julia guna. 

👉Tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Kenyang!
Sangat berpuas hati. Kalau tak nak buat meal prep sekali pun lebihan makanan boleh disimpan dalam sejuk beku dan di chiller dengan mudah sekali tanpa rasa ragu-ragu tentang keselamatan makanan. 

Nak cuci pun senang, tiada lagi bau tertinggal di bekas bekal plastik lagi. 

Nak beli warna bekas borosilicate glass lain dari penjual tempatan di sekitar Malaysia dengan bekas lebih berwarna serta menarik, julia cadangkan anda beli dengan penjual ini klik link biru:

2 Comments

  1. Bestnya perkongsian, rancang juga buat meal prep tapi bekas baru ada satu :) suka saiz Julia kongsi tu.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)