Abaikan mata bengkak sikit tu, baru lepas buat meal prep banyak dari rumah terus keluar workout non stop selama 1 jam di Taman Tasik Titiwangsa. Mata letih tapi tenaga tak letih-letih, pelik tu !

Pernah audit tak berapa lama kita duduk di kerusi setiap hari?

Tak kisahlah kerusi pejabat kah, kerusi dalam kereta kah dan kerusi di rumah.

Kalau menonton TV, sudah tentu lebih dari sejam tak bergerak kecuali ke bilik air bukan? 

Itu tak termasuk fokus buat kerja sama ada bekerja dari rumah mahupun bekerja dari pejabat.

Tidak dinafikan, semakin canggih teknologi memang mengurangkan lagi kita untuk rajin bergerak. Bukan bergerak dengan kereta tau. Kena bergerak dengan bawa badan itu namanya pergerakan keseluruhan badan.  

Tak nak cerita pasal orang, contoh julia sendiri. Memang dulu bertahun lamanya julia jarang bergerak, pergi kerja memandu sendiri, berjalan bila ada tugasan sahaja. 

Nak kata suruh bersenam memang jauh lagi hidayah tau.

Asbab pandemik COVID-19.
Baca bermacam jenis penyakit kronik penyumbang utama kematian kerana COVID-19 telah membuka mata julia seluas-luasnya. Sebab diri sendiri pun obesiti tahap 2, jadi kena bertindak sebelum jadi lebih parah. 

Golongan berisiko seperti obesiti juga lagi mengundang pelbagai penyakit senyap secara tidak sedar.

Siapa sangka, kini julia sudah enam bulan amal gaya hidup sihat. Jadi julia rasa rendah diri nak berkongsi beberapa tips dan ilmu kesihatan yang kita boleh pelajari dan timba ilmu melalui internet sahaja. Segalanya di hujung jari. Betul tak?

Antara nak atau tidak, teruskan membaca. Ada sisipan artikel menarik untuk diri anda dan keluarga anda. 

Apa gaya hidup sihat yang julia amal?

  • beli sumber bahan makanan sihat - kurang ambil makanan jenis proses
  • bersenam berkala - 3 ke 5 kali seminggu
  • minum air secukupnya.
  • tidur - paling penting tidur kena cukup
Ini adalah kebiasaan yang anda sendiri dah biasa dengar. Sebenarnya penjagaan kesihatan wanita bukan 4 poin diatas sahaja tau. Dalam pembinaan keluarga dan rumah tangga yang bahagia, aspek kesihatan seksual jangan di pandang remeh. 

Akan tetapi, nak bincang soal kesihatan reproduktif wanita bukanlah sesuatu yang dianggap 'taboo' pada zaman sekarang. Di media sosial kebanyakkan kini sudah berfikiran terbuka untuk membincangkan soal ini. 

Sebut kesihatan seksual, mesti anda fikir pasal jamu-jamu betul tak?
Sebenarnya skop penjagaan seksual lebih ke arah mental dan fizikal.

Bila kita jaga mental dan fizikal, kita akan rasa badan kita lain. 
Rasa sedikit ringan, bertenaga untuk bergerak, tak mudah lesu dan paling penting fokus.

Tahukah anda, kanser payudara dan kanser rahim adalah paling tinggi kes di Malaysia.
Bayangkan, kanser payudara punya statistik di atas. Kita sendiri tak tahu kena atau tidak. 

Jadi gambar di bawah julia kongsikan sedutan bagaimana kanser payudara merebak dari tahap 1 hingga ke tahap 4. 
Kena buat pemeriksaan sendiri secara kerap. 
Baca klik 👉 kanser payudara

Inilah 10 petanda besar kanser senyap wanita, kanser rahim. 
Julia sendiri baca artikel di link 👉kanser rahim timbul kesedaran untuk buat pemeriksaan di klinik atau hospital. 

Contoh bagaimana kanser rahim bermula, paling parah salah satu puncanya berlaku kanser pangkal rahim adalah golongan obesiti tidak terkecuali. 

Sedih? Masih belum terlambat kawan. 
Jom kita sama-sama jaga kesihatan. 

Macam mana nak dapatkan kesihatan yang positif julia?
Pertama sekali, kita kena rajinkan diri baca kajian dan statistik kesihatan terutamanya kesihatan kesuburan wanita di Malaysia. 

Amat membimbangkan hari demi hari, semakin kurang masyarakat ada kesedaran untuk bersenam, tidak mahu jaga pemakanan dan bila menginjak umur 40-an semakin tinggi risiko untuk kita dapat kencing manis dan libido. 

Bukan yang dah lama berkahwin juga mengalami masalah kesihatan seksual wanita tau, yang baru berkahwin pun tidak ketinggalan mengalami masalah serupa. 

Para suami juga perlu ada kesedaran untuk sama-sama buat pemeriksaan kesihatan menyeluruh berkenaan kesihatan seksual. Tidak semestinya wanita, terkadang masalah ini perlu di tangani bersama-sama dengan isteri. 

Bahan bacaan online
IsteriSihat.com.my klik link 👈 ini adalah web pendidikan yang banyak berikan kesedaran kepada isteri dan bakal isteri yang prihatin tentang dunia kesihatan wanita secara menyeluruh. 

Bukan sahaja bab kesihatan, tetapi juga ilmu-ilmu hak isteri, parenting, & komunikasi rumahtangga juga turut di kongsikan di sana juga. 

Menarik julia baca, jadi julia kongsikan dengan kalian yang sama-sama ingin berubah ke arah gaya hidup sihat. 

Boleh layari Facebook Isteri Sihat klik https://www.facebook.com/IsteriSihat

6 Comments

  1. Risau juga kesihatan diri semenjak pandemik ni memang out jadual tidur

    ReplyDelete
  2. Untuk sihat ni memang aku hanya makan buah buahan...janji buah. Jarang aku makan pil vitamin...takut juga ade kesan sampingan. Kalau yang badan berat terlebih tu aku cadangkan berjalan kaki je....tak payah berjogging atau berlari. Percayalah selama 6 bulan pertama ada perubahan pada badan.

    ReplyDelete
  3. Malas bergerak, nak menyapu bersih rumah sendiri pun malas, nk potong rumput pun malas, nk cuci kereta pun malas, nk mob dalam rumah sendiri pun malas, rumah banyak habuk nak bersihkan sendiri pun malas.
    Nk tlh isteri cuci baju , cuci pinggan pun malas, nk angkat cawan pun malas.
    Ha.....terima lah akibat orang yg malas..
    Akibat nya dia akan tiba masanya nanti, dia tak boleh nk bangun dan nk berjalan.

    ReplyDelete
  4. malas bergerak maka badan akan mula sakit-sakit. Jangan malas kene bergerak juga

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)