Kalau anda perasan, tika memandu melalui kawasan highway Utara dan Selatan, banyak terpampang gambar iklan Eskayvie. 

Betul, juju selalu lihat kiri dan kanan iklan Eskayvie dengan gambar Pak Nil pegang produk Eskayvie terutama di susur jalan besar kalau balik kampung waktu boleh merentas negeri dulu-dulu.

Terkini, suplemen keluaran Eskayvie telah memperkenalkan produk terbarunya iaitu Diffenz. 

Apa itu Diffenz?

Diffenz adalah suplemen halal yang bebas steroid. Ia menyokong penjagaan gaya hidup sihat setiap individu. 

Tujuan utamanya untuk meningkatkan sistem imun badan, membantu menguatkan sistem paru-paru dan membantu melindungi kesihatan tubuh badan.

Lagi-lagi musim pandemik Covid-19, juju tak terkecuali sedang tercari-cari produk suplemen halal dan makanan sunnah untuk membantu menguatkan kesihatan juju.

Tidak ada penyakit yang tiada penawar.

Juju kongsikan sebuah petikan ayat dalam Al-Quran (Surah An-Nahl; ayat 69)

مَّ كُلِيْ مِنْ كُلِّ الثَّمَرٰتِ فَاسْلُكِيْ سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًاۗ يَخْرُجُ مِنْ بُطُوْنِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ اَلْوَانُهٗ ۖفِيْهِ شِفَاۤءٌ لِّلنَّاسِۗ اِنَّ فِيْ ذٰلِكَ لَاٰيَةً لِّقَوْمٍ يَّتَفَكَّرُوْنَ

69. Kemudian makanlah dari segala (macam) buah-buahan lalu tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).” Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berpikir.

Hasil bacaan juju, banyak kelebihan produk ini. 

Kelebihan Eskayvie Diffenz :

  • 100% bahan semulajadi, 
  • bebas steroid
  • bahan halal dimakan 
  • mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia
Bahan kandungan yang terdapat didalam Diffenz 

👉Cendawan Susu Harimau

Sememangnya Cendawan Susu Harimau hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk. Namun kini, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. 

Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.

Video kebaikan Cendawan Susu Harimau 

👉Buah Camu-Camu 

Buah Camu-camu sememangnya mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Namun, kajian mendapati tiada jumlah toksik yang dikesan sehingga kini. 

Formulasi Diffenz telah mengambil kira jumlah buah camu-camu yang bersesuaian dan berdasarkan kajian sains terkini.

Empat fungsi utama Diffenz 

1. Kaya dengan Vitamin C dan D

  • Kandungan vitamin pada dos optimum yang mencukupi untuk sistem pertahanan badan.

2. Diperkaya dengan Cendawan Susu Harimau & Buah Camu-Camu

  • Kapasiti antioksidan, fenolik dan flavonoid yang tinggi untuk meningkatkan perlindungan dalaman.

3. Gabungan 4 bahan berantioksidan tinggi dalam 1 tablet

  • Kandungan aktioksidan dan bahan aktif yang mencegah penyakit kemerosotan diri.

4. Tablet boleh kunyah

  •  Berperisa blackcurrant dan lazat.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w juga: 

"Berubatlah, sesungguhnya Allah Azza Wajalla tidak meletakkan (kepada manusia) sesuatu penyakit melainkan diturunkan untuknya (penyakit tersebut) penawar kecuali satu penyakit (tiada ubat baginya). Lalu para sahabat bertanya apakah dia? (penyakit yang tiada ubat itu ya Rasulullah) lalu Rasulullah menjawab, Tua(mati)” 

Apa yang penting juju sarankan, kita kena berusaha dan ikhtiar selagi ada nyawa di badan. 

Menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam untuk memilih yang baik dan memberi manfaat kepada diri sendiri dan keluarga. 

Diffenz Membantu:

1. Menguatkan dan melindungi paru-paru

2. Meningkatkan sistem imun badan

3. Melegakan batuk, selesema & radang paru-paru

4. Mengatasi masalah resdung, alahan, asma & ekzema

5. Menyokong kesihatan sendi

6. Menyihatkan jantung

7. Memberikan tenaga

8. Mengawal gula di dalam darah

9. Mencantikan kulit

10. Anti kanser & anti virus

Lagi menyakinkan, testimonial pelanggan terdahulu mengamalkan suplemen Eskayvie Diffenz, boleh baca petikan gambar di bawah :


Video Paknil & Keluarga Zura 

1. Pengalaman Paknil selepas menerima suntikan pertama vaksin 

2. Angkara seorang habis semua ahli keluarga Zura dijangkiti Covid-19 

Ada rakan bertanya, bolehkah ibu mengandung mengambil Diffenz?

Hasil bacaan juju, produk ini boleh diamalkan oleh ibu mengandung. Seelok-eloknya pengambilan Diffenz diambil selepas trimester pertama.

Cara penyimpanan?

Perlu simpan pada suhu bilik dan elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari. Tutup rapat penutup botol Diffenz untuk mengelakkan ia teroksidasi.

Kanak-kanak sesuai tak ambil?

Mereka lebih disyorkan untuk mendapatkan nutrisi melalui pemakanan dan diet yang seimbang seperti buahan, sayuran, hasil tenusu dan protein yang cukup. 

Pengambilan Diffenz yang disyorkan adalah setengah biji sehari untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.

Banyak kajian yang telah membuktikan bahan-bahan di dalam Diffenz mampu membantu meningkatkan sistem imun, membantu melindungi daripada jangkitan penyakit dan meningkatkan fungsi paru-paru, jantung dan hati. 

Perlindungan Eskayvie Diffenz ini boleh didapati dengan hanya 1 tablet. 

Ia sangat mudah dinikmati dengan rasa buah beri hitam yang enak dan boleh diambil semua peringkat umur bermula 5 tahun dan ke atas. 

Juju cadangkan, dapatkan segera Eskayvie Diffenz untuk perlindungan diri dan keluarga anda. Hubungi 03-55111050 / 019-6083027

Info lanjut layari :

Website: www.diffenz.com 

Facebook: https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official 

Instagram: https://www.instagram.com/eskayviemalaysia/ 


3 Comments

  1. macam2 supplement boleh dimakan kan.

    ReplyDelete
  2. Kebaikan Diffenz memang patut dikongsi. Alhamdulillah Haida pun dah amalkan. Testimoni pun dah buat. Sebab Haida dulu memang xpercaya. Sekarang dh nampak kebaikkannya. Syukur

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)