XIAOMI Body Fat Scale 2 pengalaman guna 4 bulan | Aku Kisah Berat Badan
Empat bulan guna baru review jujur.
Xiaomi Body Fat Scale 2 (Global edition)
Kenapa sekarang?
Bukan dari dulu?
Jangan tanya soalan macam ini ya.
Aku pun manusia, seorang pendosa harian dan sukakan keselesaan tanpa memikirkan kesan apa nak jadi selepas itu.
Ujian... sebelum sebuah titik hidayah itu datang.
Sebelum cecah umur 40 tahun, aku nak dapat berat badan ideal ! Woahh besar impian kau juju! Ya besar sampai aku dah duduk sangat tinggi, langsung tak turun-turun dah berat sejak 20 tahun lepas haha gelakkan diri sendiri.
Jadi aku ada baki 3 tahun untuk merubah semua kepada alam realiti. Penat dah bawa badan berat, nak cari baju siap pun susah, fitting pun asyik tak kena dengan badan, size besar ada kala buat aktiviti seharian juju terbatas.
Serius bila sebut penimbang berat badan, akulah paling tak suka sekali nak naik penimbang.
Doktor pun banyak kali dah pesan berpuluh tahun lah mereka pesan, jawapan aku, aku sengih, ketawa dan dalam in denial. (refusing to admit the truth or reality of something unpleasant a patient in denial about his health problems.)
Berat is ohsem?
Ya dulu, sekarang aku dah mula tahu berat ohsem adalah berat yang mampu buat kau bergerak dengan baik tanpa sakit.
Itulah sebenarnya berat yang aku nak, bukan berat kerana lain, itulah berat sihat.
Disclaimer : Ke semua jalan cerita di sini adalah mengenai empunya tuan badan, tidak ada kena mengena sekali melibatkan orang lain. Jadi aku kongsikan sedikit pengalaman lepas aku pernah beli penimbang salah.
Terbeli penimbang berat badan salah
Ala penimbang berat biasa tanpa body fat scale digital yang banyak di jual di pasaran. Ada versi jarum biasa kan?
Aku salah beli penimbang yang beratnya bawah 100kg. Sebaiknya beli penimbang 150kg ke bawah baru betul kalau berat sendiri lebih dari itu. Buatan dari negara China. Murah je dalam belasan ringgit.
Tapi aku dah buang penimbang tu beberapa tahun lepas, stress. Sebab kecil sangat permukaan dia bila nak naik timbang. Bayangkanlah kau besar, nak naik kena rapatkan peha betul-betul baru nampak angka digital tu.
Seksa betul. Bila naik je sikit-sikit nak tertonggek, lepas tu bacaan tak sekata, sekejap angka tu, sekejap angka ni, tak stabil langsung. Itu sebab aku buang.
Sehinggalah aku terjumpa dalam online jenama penimbang berat badan Xiaomi Body Fat scale 2 seperti dibawah.
Aku pinang Xiomi Body Fat Scale 2 pertengahan bulan April 2021. Tak silap juju 15 April 2021 buat pertama kalinya aku naik penimbang Xiaomi.
Aku jatuh cinta dengan jenama Xiaomi.
Kotaknya pun putih, penimbangnya putih silver. Nipis dan besar permukaanya. Disertakan sekali bateri. 4 bulan guna kerap naik penimbang bacaan memang mantap! Accurate!
Kira orang besar bila naik penimbang ini takkan rasa susah nak tengok angka. Tu berat anak juju Abg Qi. Contoh macam mana angka dia keluar.
Tips, nak dapatkan bacaan sebenar jangan letak penimbang atas karpet. Haaa penimbang ni ada 4 kaki, bila kita letak di karpet bacaannya jadi ringan sikit dari bacaan asal.
Jadi jangan sekali-kali timbang atas karpet. Nanti kau syok sendiri haha. Awas ya.
Ini cara yang sebetulnya, letak di lantai simen terus. Kawasan kenalah rata dan buat ujian dengan tangan.
Tekan sedikit penimbang untuk lihat ia berfungsi, keluar tak digit 0.00. Kalau keluar baru naik.
Kalau bacaan tak 0.00, tu maknanya penimbang berada dalam kawasan tak rata. Mungkin lantai sedikit ada lekuk.
Xiaomi ada keluarkan 2 jenis penimbang berat badan.
Satu jenis weighing scale (penimbang biasa)
Satu lagi jenis body fat scale 2 (penimbang berat badan menyeluruh, kau naik je habis semua percent lemak, BMI, body type even muscle dan protein dalam badan pun dia boleh track!)
Ohsemnya juju punya. Ya sangat best sampai aku dah berkawan baik dengan Xiaomi Body Fat Scale 2 (version global). Version Chinese pun ada. Terpulang ikut mana yang korang suka.
Akan tetapi, sebaiknya untuk pulangan lebih menyeluruh, wishlist scale body fat scale 2. Harganya tak adalah mahal mana macam 10 tahun lepas.
Ada jenama lain 400 ke atas tau yang boleh timbang dan rekod segala butiran fat dalam badan.
Kini modal cuma 60 ke 80 lebih je dah boleh dapat sebuah. Beruntung kita semua. Harga bajet je tapi pulangan dia fuhhh boleh buat kau tambah motivasi. Siapa tak sayang badan bila dah tahu kisah sebenar.
Start kumpul duit, ada duit terus beli jangan tunggu last minit selalu sold out. Laku keras.
Juju beli masa tu harga dia tengah offer. Nanti korang semak klik SINI
Bila dah beli, install apps di play store. Search Mi Fit
Nanti baca la step by step dia.
Nak connect apps Mi Fit dengan Xiami Body Fat Scale 2 kena on Bluetooth, klik MIBFS.
Ini jumlah berat terkini yang berjaya di turunkan sejak 4 bulan lebih dalam journey.
Ada banyak paparan sebenarnya. Nanti korang semak sendiri dan explore.
Boleh semak :
❤ BMI
❤ Body fat % (paling penting)
❤ Water intake
❤ Protein
❤ Basal metabolism
❤ Viseral fat
❤ Muscle
❤ Bone mass
❤ Body age
❤ Ideal weight
❤ Body type
❤ Recent weight changes
❤ Recent body fat changes
❤ Body score
❤ Famili dan rakan ramai nak kongsi penimbang sama, boleh sangat. Siap boleh simpan rekod dalam satu apps yang sama. Tak payah catat dekat kertas ok. Nampak gambar diatas ada huruf Q, H & J. Juju, suami dan Abg Qi kongsi rekod dalam satu apps. Senang nak pantau, rekod tak hilang.
Banyak sungguh kebaikan scale body fat. Puas hati. Satu pelaburan yang tak sia-sia bagi juju sekeluarga malah menyuntik motivasi sangat.
Paling buat aku sebak, nak solat sekarang dah tak sakit kaki. Walaupun umur masih muda, oleh kerana berat badan berlebihan menyebabkan rutin wajib dilaksanakan agak tidak khusyuk dan terbatas.
Inilah yang buat juju semangat, sekarang dah masuk phase 2 tau.
Phase 1 boleh baca klik SINI
Amazefit boleh join sama dengan apps Mi Fit tau, jangan tak tahu. Akan datang juju kongsikan jam best ni. Dia rekod blood oxygen, jumlah kalori yang dibakar masa bersenam dan banyak lagi.
Jadi dapat satu kesimpulan rekod kesihatan terkini menyeluruh. Lagi bertambah puas hati juju. Akan datang juju kongsikan ya, baru guna genap 2 bulan lebih.
Semoga entry ini memberi manafaat buat anda yang sedang tercari-cari info penimbang berat badan mana yang terbaik dan berbaloi untuk dibeli.
Akan datang juju kongsikan lagi ya.
Jaga diri.
--------------------------------------
Amazefit
Link 1
4 Comments
Impresif betul penimbang yang dikongsi, semangat juju menghantar aura ceria ja.. Bagus bole rekod individu, synchronise dgn app. Berat badan yang ideal memelihara sendi-sendi terutama kaki, lutut, elok jaga awal. Perfecto dear..
ReplyDeleteGadget xiaomi semua best2.
ReplyDeleteSelamat berhujung minggu kak juju
Tq juju for sharing....entry yg ditunggu2....mmg duk servey benda alah ni...tapi xtau nk beli yg mn..syg juju.....
ReplyDeleteDapat tips baru dari entri kak juju . Elakkan letak penimbang atas karpet .
ReplyDeleteTake noted
Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)