Turun berat badan atau turun lemak? Mana lagi penting? | Aku Kisah Berat Badan
Masa phase 1 awal bulan 4, aku reka teknik rekod.
Sampai bulan 8 dah masuk phase 2, inilah kerja juju.
Setiap hari atau 2 hari sekali juju wajibkan diri rekod.
Apa yang di rekod?
Energy in
Energy out
Ya dua tindakan inilah yang direkodkan dalam buku planner dari klik ➡️ SINI
Modal cuma 6 ringgit lebih. Impak dia?
Kenapa?
Perlukah?
Kalau tak rekod sama je kan?
Sebenarnya ini adalah tonggak kepada nak wujudkan pasakan kepada satu nama tindakan atau habit yang sangat penting.
Apa dia juju?
𝗖𝗢𝗡𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗡𝗖𝗬
𝗞𝗢𝗡𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗡
Kamus DBP jelaskan maksudnya ialah :
"terus berpegang pada pendirian yang sama".
Ya, senang je sebut 'consistency' tapi 'action' ?
Kita selalu buat-buat tahu, buat nampak, tapi akhirnya kecundang.
Cakap dekat diri juju sendiri. 👆
Jadi juju kongsikan planner mudah ini supaya kita sama-sama buat. Baru bulan Ogos. Setiap hari adalah hari baru. Tak ada konsep 'alaa aku tak boleh, alaa aku dah terlepas jauh, alaa, alaa, alaa'.
Kenapa juju kongsi?
Kenapa tak rahsiakan?
Rugi la cerita dekat follower!
Hey, juju pun pelajar. Belajar sendiri, cari gali ilmu sendiri seorang diri. Ini pengalaman sedikit cuma.
Ada kala kita perlu kongsi ilmu supaya ada percambahan ilmu lain dari rakan-rakan lain juga.
Dari situ kita bina self motivation.
Dari situ kita sedar kita tak bersendirian.
Ada kawan-kawan dalam jalan yang sama.
Sama-sama belajar, sama-sama suntik motivasi dan erat kasih sayang.
Bila kita dapat rasa kasih sayang dari kawan-kawan yang support, itulah rezeki dariNya. Bukan senang nak jumpa kawan yang bagi sokongan.
Turun berat badan atau turun lemak?
Mana satu lebih penting?
Turun lemak = fat loss lebih penting dari turun berat badan. Bila turun percent lemak, kebarangkalian nak naik semula agak lambat lagi.
Ini tajuk yang paling disukai ramai nak tahu cara turun berat badan cepat dan efektif. Bukan turun melulu tapi naik balik cepat.
Cara turun berat badan dalam seminggu 1kg pun boleh dengan buat pantauan dalam planner seperti di atas tau.
Akan datang juju kupas lagi mendalam beserta rekod dan bukti lepas.
Phase 1
Hasil 1 April hingga 31 Julai
(16 minggu)
Weight loss = 15.45 kg
Fat loss = 7.74 kg
Tamat dengan jayanya.
Sekarang Phase 2.
Dengan dreamboard yang sama.
1 Ogos hingga 30 Nov
(16 minggu)
15 kg untuk di tarah lagi.
Nanti posting akan datang, juju nak didik macam mana nak lahirkan 𝗦𝗘𝗟𝗙 𝗔𝗣𝗣𝗥𝗢𝗩𝗔𝗟
Bila ada self approval, korang pasti dah tak kenal dah apa suara-suara -ve. Korang boleh tune -ve vibes terus kepada +ve charge immediately tanpa berbekas di hati.
Stay tune !
12 Comments
Salam Juju, Happy bila juju bersiaran, betul nak kurangkan berat badan dulu, lepas tu lemak. Thanks for sharing, beneficial info.
ReplyDeleteWaalikumsalam babypose, terima kasih ternanti-nanti entry juju. Maaf pada silent reader kerana tunggu lama nak bersiaran kembali.
DeleteAda kekangan tugasan hakiki yang perlu diutamakan. Sekarang ada banyak tajuk dan entry nak hasilkan. Stay tune babypose. Love you!
tahniahh kak juju
ReplyDeleteYou too dik, tahniah. Ini cuma langkah permulaan. Jadi jom konsisten. Slowly but surely. 😉
DeleteDua-dua kena kisah.. janji fit body.. Sis bukan tak amik kisah, sis control jee, dah banyak umur ni, makan ubat spital lagi, kadg malas fikir, jadi stress oii so control makan je laa.. janji sihat.. so far maintain dengan BMI..
ReplyDeleteJuju sharing journey juju je sis, setiap orang ada misi masing-masing saya 'respect' tu.
DeleteJelas kat sini tak ada info untuk bezakan sesiapa. Ilmu percuma bagi sesiapa yang berkeinginan.
Semoga membantu pada orang lain yang memerlukan.
Tahniah juju.live sgt nih....tunggu entry jenis penimbang juju..nk folllow dekat2..rapat2...
ReplyDeleteTerima kasih unknown, siapa pun anda saya sangat hargai dan hormati komen membina. Alhamdulilah, memang itulah janji juju bila berjaya phase 1 nak share penimbang dan apps hebat tu. Asbab penimbang ini lah dah tak takut nak timbang, dulu lari dari penimbang, sekarang jadi kawan baik setiap minggu wajib timbang. Stay tune ya. Jemput komen lagi 🙋♀️
DeleteJuju...kawan fb juju ni..rossirossa...ehehehehehe...dah lama tak jln2 sini..thanks ya...tazabarrrr....
ReplyDeleteYou make smile rossi, tqq so much! Nanti daftar masuk gmail bila komen, baru keluar nama pengomen. Alhamdulilah. Jap lagi juju update ya.
DeleteAlhamdulillah . Tahniah kak juju .
ReplyDeleteJuju akak terinspirasi baca perkongsian juju.. dah beli penimbang tapi x reti nak guna la plak..nak connec ke phone pun x jadi lg nii🤪🤔
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)