5 bulan juju jinakkan muscle buat senaman kardio.

Nak bagi badan selesa dan turun perlahan tanpa terkejut.

Jangan terburu-buru nak buat resistance training terus untuk bakar cepat kalori. 

❎ tamak
❎ progress cepat
❎ yoyo (cepat naik balik)

✅ sabar
✅ percaya progress itu ada
✅ konsisten buat

Belajar progress badan sendiri. 
Belajar ilmu pemakanan diri sendiri.
80 % energy in & 20% energy out.

Juju ubah pola energy sikit. 
60% energy in & 40% energy out.

Sumber pakar fitness mengatakan, untuk lose weight perlu 4 atau 5 kali seminggu bersenam.

Untuk kekal maintain berat, 2 ke 3 kali seminggu bersenam. Nampak tak? Teori ni memang betul.

Juju dah cuba 3 kali dan 5 kali seminggu.
Memang sangat-sangat berbeza hasilnya.
Jadi, jangan putus asa.

Kalau timbang seminggu tak turun.
Timbang minggu kedua tak turun.

Minggu ketiga turun sikit tak banyak macam orang lain. 

Dah mula give up. 
Kita nak kejar siapa? 
Kita nak kejar siapa?

Dua kali tanya diri sendiri.
Relaks, inilah journey. 

Hargai setiap journey dengan bersyukur, nanti bila sampai masanya kita akan menangis gembira bila kita rasai setiap journey dengan ikhlas, sabar dan percaya Tuhan yang bantu.

(Tau tak juju dah nangis masa phase 1 berjaya ⬇️15kg lebih dalam 4 bulan. Kat situ aku percaya aku boleh buat phase 2! Tak pernah rasa seumur hidup macam ini. Tak pernah!)

PERCAYA DIRI ! 💪

Let's say 
I CAN DO IT 
I CAN DO IT
I CAN DO IT

Simple, tapi sangat berkesan. 

Didik diri SELF APPROVAL. #FIT2WithJuju 
Ucap terima kasih pada badan anda hari ini. 
Cakap dengan setiap anggota dalam badan anda.

I ❤ you heart
I ❤ you kidney
I ❤ you lungs
I ❤ you all in and out

Inilah dia Self Approval.
Anda bercakap dengan setiap anugerah dalam badan anda.

Setiap hari anda buat, ada hasil, ya ada hasil.
Cuma selangkah hasil adalah SABAR. 

Perhati tenaga masuk & tenaga keluar melalui jadual klik entry lepas link ▶️  SINI 

Dari situ suntik semangat dan keseronokkan ikut DREAMBOARD. Tanpa langsung rasa TERSEKSA. 🙋‍♀️

***ini cara juju enjoy dan keep consistent. Setiap orang ada cara masing-masing. Raikan pengalaman. If i can do it, you  can more than me, yahhhh!!!! 👍 

Saje naik penimbang selepas 6 hari, turun lagi 650 gram. Makin semangat masuk phase 2. 

Are you with me? 💪

1 Comments

  1. Betul tu . Warm up secara perlahan-lahan jangan terlalu mendadak . Takut nanti effect ke bahagian jantung

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)