Gamino Cheese di simpan dalam gua berbulan-bulan, anehnya !
Tahukah anda Keju Gamino? 🧀
Keju paling rare dibuat dikawasan pedalaman Asturias, Picos de Europa Sepanyol.
Kawasan berbukit tinggi, dikelilingi rumput organik yang sungguh subur.
Gabungan keju Gamino terdiri dari susu kambing asturias dan lembu ternakan yang memakan hasil organik.
Lepas di salai keju berkenaan, akan dibawa menaiki keldai dan disimpan jauh dari kawasan penempatan iaitu gua.
Laluannya sangat sempit dan kecil. Turun dengan anak tangga kecil. Naik pun dengan anak tangga besi.
Agak seram juga cara mereka menurunkan keju Gamino bulat besar satu persatu.
Di simpan jauh ke dalam gua sehingga 6 ke 7 bulan untuk biarkan keju Gamino salai berkulat, sampai wujud urat kebiruan, bercendawan kemerahan atau berwarna oren buat harganya lagi mahal.
(humidity level in the caves is around 90% with a temperature between 8 and 12C.)
Rasanya kuat terarah kepada susu kambing organik, buat keju Gamino susah didapati di bandar besar mereka.
Juju kagum sangat dengan masyarakat kg pedalaman di Sepanyol. Mereka bahagia dan yakin produk keju dan ternakan mereka paling terbaik yang mereka ada.
Keju Gamino kat Malaysia?
Chesdale pun dah tergaru kepala nak beli mahal inikan pula Gamino. Kalau ada pun berapa ratus la harga ye dak?
Pernah tengok longgokan keju terkenal di jual di Pavilion KL, harganya tak dipampang ya. Maka faham-faham keju kayangan di Malaysia pun antara carian hebat di pasaran.
Gamino cheese... agaknya kalau dijual pun tak sampai marketnya di seluruh bumi Sepanyol. Cara pembuatan sungguh tradisional.
Itulah kisah Gamino cheese. Keju kebanggaan masyarakat Asturias, Sepanyol. Makin berkulat, makin bernilai Gamino.
Sekian, hasil ilmu tontonan TV dari TLC.
1 Comments
fuhh, makin berkulat makin bernilai ye. thanks Ju share
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)