Beberapa minggu lepas juju diperkenalkan dengan produk Crystal Skin keluaran produk Bumiputera iaitu Rish Beauty. 

Apa yang menarik perhatian juju, terlihat dikandungan produk ini mengandungi Tomato Kristal bersama ekstrak kolagen & habbatus sauda serta beberapa bahan lain.

Pengalaman lepas sebelum jumpa Crystal Skin
Juju pernah makan habbatus sauda jenis pil dulu-dulu lah, berhenti ambil sebab dada mudah kena sakit hulu hati. 

Mungkin dos dalam pil berkenaan tinggi jadi badan juju tak dapat nak amal lama. Sedih sebenarnya, manafaat dalam habbatus sauda kan banyak.

Jadi bila jumpa Crystal Skin ada kandungan habbatus sauda tambahan kandungan lain seperti tomato kristal, kolagen, vitamin c dan lain-lain membuatkan juju terus tertarik ingin mencuba. 

Sah, gabungan tomato kristal dan habbatus sauda tak kacau masalah sakit hulu hati juju lagi dah yay. Terus amal sehingga sekarang.

Cop! Mesti soalan ini selalu anda tertanya-tanya betul tak?

Adakah Crystal Skin dari Rish Beauty selamat? 
Sudah tentu lah ia selamat. Selain menggunakan bahan sumber semulajadi, ia juga tidak mengandungi bahan pengawet.

Crystal Skin memupuk & membantu mencantikkan serta merawat kulit kita dari luar dan dalam agar tampil lebih sihat, menawan dan berkeyakinan. 

  • Bahan semulajadi taraf gred AAA
  • Kilang berstatus halal
  • Akreditasi GMP (Good Manufacturing Practice)
  • HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point)
  • ISO 22000 telah diuji secara klinikal
  • Dikawal selia di bawah gred makanan oleh Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Sebelum sarapan pagi, juju wajibkan diri ambil 1 sachet bancuh dulu minum. Baru dapat manafaat menyeluruh. 

Anak kecil baya anak juju 9 tahun pun boleh minum sekali dengan kita tau. 
Sesuai seisi keluarga. Rasa anggur, segar betul. Lepas minum juju sarapan sikit dan terus buat senaman power walk dan tabata. 


Mesti anda tertanya-tanya, apa kandungan & bahan semulajadi yang lain terdapat dalam Crystal Skin Rish Beauty?

Ini dia, setiap satu bahan mempunyak faedah dan kebaikan tersendiri. Jom kita baca dan fahami. 

Bahan utama Crystal Skin Rish Beauty

👉 Tomato Kristal - Anti-oksidan terkuat, kurang jeragat & melindungi dari kerosakan sinar matahari

👉 Habbatus Sauda - Anti-radang, kurangkan jerawat & membunuh kuman

👉 Vitamin C - Melindungi sel & menjaga kulit agar sihat

👉 Collagen - Tambah keanjalan kulit & cegah kedutan

👉 Ekstrak Biji Anggur - Anti-oksidan, membunuh kuman & membantu penyembuhan luka

👉 Jus Blackcurrant - Anti-oksidan & menguatkan system pertahanan badan


Kelebihan Crystal Skin bila di amal setiap hari yang juju rasa beberapa minggu.

  • Merawat masalah kulit - dulu kulit mudah naik jerawat halus sekitar dagu dan hidung. Sekarang nampak berkurangan.
  • Mengurangkan jerawat - jarang jerawat batu naik dan bekas jerawat nampak pudar.
  • Mengurangkan parut - ya nampak dekat jerawat baru, kalau naik je cepat hilang dan tak berbekas parut.
  • Mengecilkan pori - bila makeup dengan solekan tipis, kulit wajah nampak gebu dan minyak kurang keluar dah.
  • Memutihkan kulit - nampak cerah sikit.
  • Mengurangkan muka berminyak - ni betul, kalau duduk seharian dirumah pun lepas memasak muka tak ada lah macam dulu berminyak sakan. Sekarang nampak ia tak keterlaluan sangat.
  • Kulit kurang kusam dan glowing - ehemm, suami puji nampak lain. Ouch!
  • Menambah kelembapan kulit - in love, toink toink kulit bila pegang tau. Awww! 

Cara nak minum macam mana juju?

1.  Pertama sekali, buat pembelian di Shopee. Klik link SINI . Harga sekotak RM69 selepas diskaun. Kalau sebelum diskaun harga normal sekotak RM89. Haa, jangan tunggu lama grab cepat. 

Juju dapatkan 2 kotak terus untuk amal sebulan. 1 kotak ada 15 sachet, dua kotak lengkap 30 sachet untuk sebulan. 

Beli dua kotak pun dapat diskaun tau haaa percayalah. RM132 je kalau tak harga normal 2 kotak RM178. Best tak? 

Sudah tentu lah best, lagi-lagi musim pandemik Covid-19 kita duduk dirumah dan bekerja pun tak tentu masa. Kena mantapkan kesihatan dalaman dan luaran sama seimbang tau. 

2.  Ambil 1 sachet Crystal Skin, campur dengan air separa sejuk 150ml sebelum sarapan. Barulah segala nutrisi Cystral Skin meresap terus ke dalam badan dengan cara menyeluruh. 

3.  Nak dapat keputusan lagi terbaik, ini panduan juju amal setiap hari.

❌ minuman yang berkafein

❌ beralkokol dan berkarbonat

✅ minum 2 -3 liter air putih setiap hari untuk mempercepatkan proses keberkesanan Crystal Skin.
✅ amalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, menjaga pemakanan, mengurangkan makanan berminyak dan bersenam dengan kerap.

Siapa yang selalu ikuti juju di FB & IG mesti tau juju kerap bersenam dan memasak masakan sihat setiap hari sambil amal Crystal Skin. 

Bila dah tau manafaat Crystal Skin pasti kita nak tau pengalaman pelanggan terdahulu guna betul tak? Lagi diyakini dan buat kita tersedar untuk sama-sama menjaga kesihatan kulit mulai sekarang. 

Jom baca pengalaman beberapa pelanggan Crystal Skin Rish Beauty. 




Alhamdulilah, seronok berkongsi pengalaman juju. Untuk maklumat lebih menyeluruh juju kongsikan link di bawah untuk anda perolehi lebih info. 

Terima kasih Crystal Skin kerana mewarnai dunia juju setiap hari untuk tampil yakin, bermaya dan kelihatan menarik. ❤

Info lanjut layari :
Instagram : @rishbeautyhq 
Facebook page : Rish Beauty HQ  
Laman sesawang : www.rishbeauty.com

Beli online [ klik link ] : 
Shopee : Rish Beauty
Lazada : Rish Beauty

4 Comments

  1. Wah . Nampak menarik la produk ni . Kandungan pun ada manfaat untuk kulit wajah

    ReplyDelete
  2. Perhaps I need to drink this too as I am getting older and wrinkles start to show. LOL :D

    ReplyDelete
  3. Menarik nih... Nampak menyeluruh khasiatnya tu... Kebetulan pulak Tini pun tengah dok cari produk untuk rawat kulit ni... Bolehlah cuba nanti...

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)