LCD writing tablet gadget tanpa guna kertas
Dari corong telefon mak selalu pesan,
"Julia jangan kedekut beli barang dekat anak, biar dia belajar pandai-pandai, untung bila besar dia tak lokek nak memberi pada orang lain pula nanti"
Aku sebenarnya masih bingung apa maksud mak aku.
"Apa maksud mak? Barang apa kena beli dekat anak? Buku semua, tab ada semua ada dah mak, cuma kena PdPR ni dia dok rumah berbulan dah mak" 😄 kata aku sambil ketawa.
"Ya mak tau, julia lupa kah masa sesekali suami julia outstation kerja, dia duduk dengan mak. Mak perati lepas habis kelas online dia mesti capai pensil melukis, sampai habis kertas. Tu tanda dia suka melukis, belikanlah kertas lukisan banyak-banyak."
"Baik mak."
Sebagai anak yang sayang maknya, aku turuti nasihatnya. Bukan setakat kat rumah atok dia je, kat rumah ni pun banyak betul kertas buku sekolah yang tahun lepas penuh dengan gambar lukisan. Pening tengok kertas lukis sana sini, kembung dah fail dia. Haih la anak. 😂
Habis kelas online, tak sabar dah dia nak melukis. Haa tak adalah lagi kisah meja makan putih juju tu kena kesan pensil lukisan dia lagi. Kalau tak susah nak tonyoh bagi hilang. 😅😅
Pelik budak ni, masa aku tengah tonton drama best pun dia akan ambil pensil dan lukisan duduk atas meja, buka lampu dan melukis.
Watak kartun lah,
Bangunan lah
Kadang tu watak hantu pun ada 😅
Ada hari tu sekali si anak cakap lepas kelas online, dia ternampak cikgunya menerangkan sesuatu tugasan dalam bentuk papan hitam kecil, tapi boleh padam sekelip mata.
Aku survey kat Shopee,
Oh namanya... LCD writing tablet.
Shopee link klik ➡️ LCD writing tablet
Rupa-rupanya, ia bukan gadget elektronik tau. Tapi sejenis LCD bentuk kertas lukisan pakai bateri je.
- Pilih size 12", warna hitam.
- Ada juga tulisan warna warni.
- Lukis, padam, lukis, padam.
- Tak payah charge. Bateri pun disertakan sekali.
Dah tak risau mata anak dengan cahaya hp berlebihan.
Kalau habis bateri pun senang nak beli, jenis bateri bulat macam jam tangan tu je.
Ehh! Jimat kertas banyak ni, julia cadangkan kalau anak anda sendiri suka melukis, menconteng, dan apa saje dia nak tulis boleh beli LCD writing tablet ni. ✍
Murah je bawah RM20 je sebuah. 👍
Ni yang nak beli lagi dua set, satu letak dalam kereta. Kalau kena parking kecemasan atau parking double park, boleh tulis memo ni letak atas dashboard.
Satu lagi nak letak kat dapur, kalau stok barang habis boleh conteng atas ni. Gantung je kat peti ais, kalau nak tulis ayat sweet untuk keluarga pun best juga pakai set ni. Good idea! 😃
Tq seller, laju betul sampai. Nah link Shopee masuk bakul terus klik 👉 SINI
Happy mom! 😍
5 Comments
Anak2 memang suka sgt la kalau dpt gajet yg boleh menconteng mcm tu
ReplyDeleteAnak-anak memang suka tablet ni. Paling penting jimat kertas.
ReplyDeletemenarik :)
ReplyDeleteidea yang bagus utk letak dalam kereta tu..selalu jenuh mencari kertas nak letak kat dashboard
ReplyDeletenak beli juga nnt kat Thaqif
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)