Popia Vietnam Ketam & Popia Vietnam Udang

Memang kegemaran juju dan suami. Pertama kali buat, suami dan anak cakap lulus! Tudiaaaa, boleh buat banyak makan sungguh-sungguh.

Kalau nak beli musim sekarang susah nak cari, PKP lagi kan. Kalau tak PKP boleh pi beli kat pasar malam tapi tetaplah tak puas juga makan. 

Harga pun bukan main mahal juga ye kalau beli versi popia vietnam udang tu. 

Jadi baik korang belajar buat, berbaloi-baloi. 

Masakan sihat yang boleh dinikmati pada bila-bila masa. 
Kira ini pun snacking sihat juga kan. 

Kami buat makan petang, kadang-kadang waktu lunch pun kami makan. 
Sorang makan 2 set pun kenyang tau. 

Nak masuk yang ketiga tu tatih gak lah nak habiskan sebab inti dia juju buat gemuk-gemuk.😋
Cicah dengan dipping sos khas wallaaa... 
terangkat terus ke bumi Vietnam awak! Hahaha

Rebus dulu, kemudian baru kopek buang kulit udang dan plastik isi ketam. Jangan buang plastik isi ketam tu tau awal-awal, nanti terburai. Plastik tu tahan air panas, celur je sekejap. Jangan lama. 

Kulit popia atau rice paper vietnam beli dimana?
Akhir sekali juju kasi link okey.

Popia Vietnam 
Bahan-bahannya:
Udang
Crab stick 
Salad
Carrot - hiris halus memanjang
Timun jepun - hiris halus memanjang
Daun sup *penyeri
Rice paper
Suhun Thai - rebus dan tos air
Air separa suam dalam mangkuk leper

Caranya:
Udang & Crab stick tu cadangan, kalau nak guna daging, ayam dan lain-lain inti dipersilakan ya. Jangan sekat kreativiti korang nak hasilkan popia vietnam ikut citarasa tersendiri. 

Rebus dua bahan tu, buang kulit. Ketepikan.
Basuh ke semua sayur dan potong seperti diatas.

Ambil satu rice paper, layangkan didalam air separa suam. Jangan lama ya. 
Kemudian letak udang dahulu, diikuti daun sup, timun, carrot, suhun Thai

Gulung jadikan bentuk popia. Kalau tiba tak melekat tu sila letak air sikit di kulit tu nanti ia melekat balik tau.

Siap.

Sos Popia Vietnam
Bahannya:
Bawang putih - chopper
Cili padi - chopper
Sos ikan
Sos Thai
Tepung jagung (kasi likat)
Daun ketumbar (racik halus)

Caranya:
Masukkan sikit 1 sudu minyak zaitun, tumis bawang putih sampai kuning. Masukkan cili padi, sos ikan, sos Thai dan sedikit tepung jagung. Tutup api. Tabur daun ketumbar. Wallaaaa.

Popia vietnam tahan berapa lama?

Kalau buat banyak, korang kena balut setiap popia tu dengan plastik lutsinar dan soletapkan. Baru kulit dan inti dia sentiasa lembab. 

Dalam sehari semalam je tahan, saje cuba letak dalam peti ais nak makan esok. Okey lagi, tapi jangan masuk hari ke-3. 
Youtube, Abg Qi umur 9 tahun punya tutorial popia vietnam.

Popia vietnam mudah sangat dibuat pada bila-bila masa, kalau tong gas habis pun boleh on terus buat stok ni. Janji kena ada barang la hehe. 

Selamat mencuba resipi juju.
-------------------------------------------
How to make popia vietnam?
Borong barang halal semua dibawah.
Rice paper  - link
Suhun Thai - link
Sos Thai     - link

6 Comments

  1. seronok buat sama2 dgn anak2..bertambah meriah jadinya :)

    ReplyDelete
  2. Ni antara salah satu menu dlaam waiting list CCL , nak buat tapi masih tak terbuat

    ReplyDelete
  3. Wow! Your vietnamese popiah looks delicious complete with crystal clear wrapping. :)

    ReplyDelete
  4. Anak2 akak pun dok pulun buat sendiri..beli tak puas hati makan..buat sendiri boleh letak sebanyak mana bahan2

    ReplyDelete
  5. KakYa pon suka gak ni benda nj Juju hahaha. Makan satu tak puas sebab tak cukup gemok2 cam Juju buat. Nak kena buat sendiri gak la nanti. Kita buat jadi gemoks2 baru sedap makan.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)