Resipi Korea Halal Sundubu Jjigae
Mana pernah si #juliamasak masakan Korea. Kau gila ke juju hahaha. Tapi musim PKP aku ke next level guys! Flip apron aaahhhhgthuuueee haha.
Minggu ini aku dah buat 2 resipi Korea halal tau. Tudiaaa laju nak habaq kat hang. 😆
Tak mau cakap banyak, meh juju kongsikan resipi makanan Korea halal. Aku suka sebab ia makanan yang menyihatkan, sayur & protien banyak, less oil, no extra salt & no sugar.
Paling penting senang nak buat sebab tak sampai 10 min siap masak Sundubu Jjigae !
Maksud Sundubu ialah tofu lembut, Jjigae maksudnya stew atau sup.
Stew tofu lembut cara Korea ni memang sedap.
Yang nak turunkan berat badan, buatlah selalu sebab orang yang jenis berat badan berlebihan ni dia punya saka makan susah nak buang.
Jadi biarkan saka tu, kau terus makan. Pelbagaikan variasi menu sihat di atas dan buat seperiuk.
Ko makan seperiuk sehari pun 1kg pun susah nak melekat kat badan, turun lagi adalah. Ini serius ya. Sebab aku buat, aku makan, aku turun gituuu.
Sebab aku guna Gochujang halal, hot pepper halal ni aku dapatkan dari Shopee klik Gochujang.
Tak ada ini, tak jadi lauk Korea kau. Beli.
Sundubu Jjigae
(Stew Tofu Lembut)
Bahan-bahannya:
1/2 bawang holland *
3 biji bawang putih *
3 helai sayur kubis panjang - ganti Kimchi sebab tak ada
4 biji cendawan butang - hiris nipis
1/2 carrot - hiris memanjang nipis
1 biji telur - rebus @ pecahkan terus dalam periuk
1 tiub tauhu lembut
2 sudu pes Gochujang Korea
1 sudu kecil Gochugaru (serbuk cili pakai je buatan Malaysia)
1 sudu kecil bijan
Daun bawang (kalau tak ada daun sup pun jadi)
Air setengah periuk kecil - jangan banyak nanti kuah cair.
Cara memasak:
Masukkan 1 sudu besar minyak zaitun.
Tumis bahan bertanda *
Masukkan carrot, tujuan nak bagi carrot lembut dan senang di makan.
Bila dah lembut, masukkan air, cendawan dan pes gochujang serta gochugaru.
Kacau sehingga sebati, tunggu mendidih baru masukkan daun kubis panjang, daun bawang.
Bila kuah mendidih, terakhir sekali masukkan tofu lembut. Aku guna tofu telur senang simpan lama dalam peti ais.
Tak payah letak garam dan gula sebab pes Gochujang sudah punya perasa. Jadi jangan tambah ya. Kalau nak rasa sedap lagi masukkan 2 sudu besar chicken stock buat sendiri lagi mengancam.
Hidangkan bersama sebelah telur rebus setengah masak dan tabur sedikit bijan. Siap untuk di makan.
Tumis bahan bertanda *
Masukkan carrot, tujuan nak bagi carrot lembut dan senang di makan.
Bila dah lembut, masukkan air, cendawan dan pes gochujang serta gochugaru.
Kacau sehingga sebati, tunggu mendidih baru masukkan daun kubis panjang, daun bawang.
Bila kuah mendidih, terakhir sekali masukkan tofu lembut. Aku guna tofu telur senang simpan lama dalam peti ais.
Tak payah letak garam dan gula sebab pes Gochujang sudah punya perasa. Jadi jangan tambah ya. Kalau nak rasa sedap lagi masukkan 2 sudu besar chicken stock buat sendiri lagi mengancam.
Hidangkan bersama sebelah telur rebus setengah masak dan tabur sedikit bijan. Siap untuk di makan.
Senang je bahannya, tak susah.
Mengancam kan? Sedap tau hirup.
Menu Korea halal ni boleh dimakan waktu pagi, tengahari, petang, malam atau supper.
Serius takkan naik berat badan berlebihan.
Cuma telur tu sebiji sehari je tau.
Jangan amal setiap kali makan nak kena ada telur pulak, kolestrol tinggi.
Jadi jaga kuantiti dan kualiti yang masuk ke dalam badan.
Kalau sayur nak makan banyak haa silakan, makan tanpa was-was ya.
Okey, next level resipi Korea halal yang juju buat ialah Gochujang Stew Daging.
Power, power, masuk hari kedua aku santap menu ni lagi sedap. Sebab ada lenyekan tomato biji. Manis asli buah tomato meresap dalam stew tu walla... tak payah makan nasi. Makan ni pun kenyang.
Sebab dah mesra dan pekat sedikit, berebut hirup dengan suami, dia pun dah pandai makan.
Dah selamat update, nah link klik SINI
Selamat mencuba.
-------------------------------------
Beli bahan halal di Shopee
Gochugaru - link
Gochujang - link
4 Comments
wahhhh best nie juju.. thanks share resipi.. rajin2 boleh buat nie
ReplyDeletesedapnya.. dari PKP 1.0 nak beli sos tu.. tangguh je
ReplyDeleteYes, need to buy the Gochujang sauce right. :)
ReplyDeleteFuyoo Korea mari laaa.. KakYa kena masak gak ke ni atau Juju nak masak kat KakYa. Nampak sodap ni ..
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)