Hmmm sedapnya bau. 
Wangi semerbak !

Itulah bau kerabu ikan bilis bunga kantan. Siapa suka makan versi kerabu pasti suka resipi kerabu kali ini. 

Kebetulan kat rumah ada bunga kantan, sambil buat asam pedas ikan tongkol, tangan ni terajin nak buat kerabu. 
Nampak hirisan bunga kantan tu sama telur halus? Haaa kena rasa baru tau padu dia tu macam mana.🤣

Maka terhasillah kerabu ikan bilis bunga kantan. Jom buat.

Kerabu Ikan Bilis Bunga Kantan
Bahan-bahan
Ikan bilis - segenggam
Bunga kantan - guna sebelah racik
1 biji telur ayam - kacau dalam mangkuk
1 biji bawang holland - mayang nipis
1/2 biji tomato biji - mayang nipis
4 biji cili padi hijau - mayang nipis
1 sudu kecil sos ikan
1 sudu kecil limau nipis

Caranya:
Goreng telur jadikan bentuk telur dadar. Oleskan sedikit sahaja minyak. Ketepikan. 

Masukkan 1 sudu besar minyak masak. Goreng ke semua bahan diatas sehingga garing dan naik bau. 

Gulung telur dadar dan potong nipis dan halus.
Gabungkan bersama kerabu ikan bilis. 
Siap! Senang kan. 

Mudah dan menarik sajian ni. Bila-bila masa terasa nak makan kerabu bilis bunga kantan ini lah caranya. 

Lagi menarik, gandingkan dengan Asam Pedas Kuala Lumpur style macam juju buat dibawah. 

Gandingkan dengan ulam pegaga, lebihkan sayur dalam pinggan ya. Baru awet muda lama sikit hehehe. 

Makan dengan kicap pun sedap. Ringkas dan kenyang. 😋

Selamat mencuba. 🙋‍♀️

5 Comments

  1. Nampak senang resepi tu..akak nak cuba la nanti...kena beli bunga kantan nanti

    ReplyDelete
  2. Thanks for the recipe. Must be really mouth-watering and crunchy. :D

    ReplyDelete
  3. Juju..mesti terangkat punya..gabungan rasa masam,masin,pedas tu...tp akak belum pernah lg yg masukkan telur dadar tu

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)