Laundry Gel Beads wangi macam cuci kain dekat kedai dobi !
Aku pernah beli laundry gel beads dulu tapi jenis yang besar sikit dari rupa di atas ni tau, tapi tak berapa kekal wangi sangat lepas dah kering baju tu. Sekali tu je lah aku beli.
Jenis suka bauan macam kedai dobi, memang aku suka. Pernah sekali bawa set pakaian umrah dan haji mak ayah juju tau ke dobi, masa nak ambil tu perghhhhh bau dia sedap giler, sejak dari hari itulah aku suka sangat bau pakaian dobi.
Cari kat shopee ada banyak pilihan, tapi aku lebih suka baca komen pembeli sebelum ini. Ada yang pernah beli macam aku dulu jenis besar sikit tapi tak kekal bau tu, sekejap je.
Yang kecil ni bau dia sedap, tahan lama dan letak satu je boleh cuci pakaian 6-7 kg sekali basuh. Haaa elok sangatlah, dah la murah je.
Senang nak handle, tak payah dah tuang dari bekas besar dah, ada beads ni campak je dalam mesin basuh.
Laundry gel beads ni aku suka, laundry care yang jaga setiap kain basuhan dalam keadaan wangi dan tak berbau kepam.
Harga pun tak mahal, kira boleh beli lah setiap bulan. Aku jumpa seller paling murah 8 sen je satu, pos pun laju tak ada yang bocor.
Terus borong 60 laundry gel beads, baru RM5 lebih je. Ahhhh jimat gila. Mau dua bulan pakai tak habis lagi ni. Nanti nak beli lagi.
Beli di pautan sini klik 👉 Laundry Gel Beads
4 Comments
wahh! menarik ni
ReplyDeleteSenang DP, campak je 1 hehe
DeleteLaundry gel beads ni sabun ke pewangi? Ke dua-dua?
ReplyDeletePewangi sahaja aisya, kena gabung dengan sabun pencuci asing tau. Jangan letak ni saje.
DeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)