Road raya 2022 😉

Mula 1 April, Mei, Jun 2021.
Sekejap je nak 3 bulan.
Izinkan juju simpan kenangan di sini.
Nanti bebila boleh refer. 🤗

Bercakap soal berat badan, memang sejak dulu aku tak berapa suka nak sembang pasal berat badan. Apatah lagi kalau dengar rakan bersembang pasal berat badan aku mula nak menjauhi. 

Bukan itu je, setiap kali kalau jumpa doktor pasal demam atau tak sihat, mesti kena perli pasal berat. Tu pun salah satu sebab kenapa aku jauh, sampai aku tak sedar sesungguhnya aku jauh tersasar. 

Makan tanpa kawalan.
Tanpa senaman.
Makan, duduk, baring, pergi kerja, duduk, balik rumah, masak, makan, duduk, tidur.

Peluh? Entah.
Dimana aku dapat hidayah?
Tuhan yang beri, bukan sebab aku nak kurus. 
Tapi sebab aku dapat hidayah, sesungguhnya ajaib rezeki Allah kali ini dia nak kurniakan pada aku.

Jadi nak kongsi, apa 3 bulan ni aku jaga pemakanan aku. Gambar diatas adalah menu makan tengahari juju setiap hari sejak awal April. 

Kalau tak singgang ikan, juju tukar kepada sup ayam, tomyam sayur, dua jenis sup korea (resipi klik SINI) dan jenis menu bakar, menu bersambal. 

Jenis sup semua tanpa minyak, kalau jenis sambal minyak masak guna terkawal.

Dulu setiap bulan minyak masak wajib 4 ke 5 kilo beli untuk dapur. Sekarang 1 kilo untuk 1 bulan. Tak sangka boleh cut 3 ke 4 kilo minyak. Jujur ya. 🥰

Macam gulai atau bersantan seminggu atau dua minggu sekali baru buat. Menu bergoreng macam ikan goreng, ayam goreng, kuih bergoreng semua dah guna air fryer. 

No rendam dalam minyak. Bil elektrik so far tak sampai ratus sejak guna air fryer hari-hari. Thanks god.

Kalau tapau makanan sekali pun, pilih yang sesuai. Kenyang tau menu kat bawah ni, sampai sendawa dua kali. 😅

Tepat jam 12 tengahari ni la lauknya.

Wajib ada buah, sayur & protein.

Hi tea
---------
Sekeping roti wholemeal & madu/telur/wraps

Snek
--------
Kacang gajus bakar no added salt @ kurma (sebesar kotak mancis), jagung bakar, labu bakar.

Makan malam
------------------------
Tepat jam 6 petang.

Lauk yang sama macam makan tengahari.

Tambah nasi suku sahaja.

(Nasi sehari sekali je, ni juju amal ye, 3 bulan ajar dah selesa)

7 malam ke atas
----------------------------
Air masak tanpa kesudahan sampai esok jam 12 tengahari. Ni namanya IF. Search google IF tu apa. 😆

Cheat day? (Reward day)
-----------------------------------------
Sebulan sekali je. Makan la apa nak makan kecuali makan malam.

Exercise (light)
-------------------------
Aerobik, powerwalk, tabata dirumah 30 ke 40 min (4-5 kali seminggu) wajib untuk burn kalori. Kalau badan ideal 3 kali seminggu utk maintance.

Tiga hari lagi nak say hi to Julai 2021.
Alhamdulilah, juju now road to 4 month soon. ❤

Akan datang, juju kongsikan di blog berapa berat juju turun hasil 3 bulan dan penimbang apa juju guna. Dulu tak suka timbang, benci penimbang, lari dari penimbang.

Sekarang seminggu sekali tak sabar nak timbang. Sebab penimbang ni ada apps, sharing result di hp, boleh baca segala jenis result dalam badan. 

Gila nombor pulak dah haha 😂😂😉🌸🤗

"We should concentrate NOT on losing weight BUT on gaining health” insyaAllah... #sihatitupelaburan

"You may not be there yet, but you are closer than you were yesterday" 🏋‍♀️

6 Comments

  1. Great to hear that you have achieved your goal in weight loss. :) Well done and keep it up.

    ReplyDelete
  2. tahniah Ju. akak folo Ju kat fb. so akak tau la kan.
    akak pun dari 2-3 bulan lepas jaga badan. not so kawal makan mcm Ju. anak2 nak makan, akak tak boleh skip masak mcm biasa. what can i do adalah diri sendiri kawal makan. anak2 biarla diorang enjoy makan.
    akak kawal num air manis. kawal tambah nasi. tu dua aje la, Ju. skipping and sauna. buat senaman ringkas bangun tido. tu aje hi hi hihi...

    so, Ju. teruskan ye. memula seksa tapi lelama jadik kebiasaan. in shaa Allah.

    ReplyDelete
  3. wahh tak sabar nk tau dah kg weight loss. nnti update tau. tgh cari mood utk start diet jgk ni.
    berat dah bertambah lps raya hari tu.

    ReplyDelete
  4. Terimakasih bagi ilmu nak turun berat badan untuk kami semua. Menginsfirasi kami juga.

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)