Resipi Nasi Impit masak guna pressure cooker
Semalam #juliamasak kari kambing original guna teknik separa pressure cooker, dah baca? Kalau belum sila klik👉 SINI. Hari ini juju nak kongsikan cara memasak nasi impit menggunakan pressure cooker.
Teringat tahun-tahun sudah, atas dapur berkecah berebut api dapur nak masak rendangnya lah, kari lah, nasi impitlah, sampai gas habis malam raya pun satu hal haha.
Sekarang, wajib kot pelaburan pressure cooker ni. Kalau tak ada lagi, wujudkan tabung tahun ini untuk beli pressure cooker.
Memang pembantu bibik paling cepat dan tak adalah elektrik melambung tinggi sangat pun. Tinggi lagi kalau pasang aircond 24 jam haha.
Okey jom belajar cara nak masak nasi impit teknik pressure cooker. Nampak senang, tapi untuk elak periuk melimpah kena tahu teknik.
Pertama, susun menegak 3 bungkus pek nasi impit bersaiz besar seperti diatas. Kalau pek kecil susun 6 set.
Kedua, isi air ikut sukatan beras. Sama paras. Rujuk gambar ketiga dibawah untuk lebih jelas.
Tak perlu letak air banyak, pressure cooker kan guna teknik compress wap, jadi guna seminima mungkin untuk elak nasi impit lembik.
Tutup lid, pastikan jarum lid sentiasa di tengah. Kemudian, tekan butang RICE - START.
Tadaa, 14 min je dah siap. Masa ini boleh off suis dan pusing jarum lid perlahan-lahan pukul 12. Jangan tolak laju tau jarum lid tu, perlahan-lahan tolak.
Nasi impit rupanya tak berapa sekata? Tak apa. Ambil sudip besar, baringkan semua. Kemudian leperkan sikit sementara ia masih panas.
7 Comments
Thank you juju.. Kat umah mmg ada pressure cooker ni. Memang asst yg bagus sgt. Cepat keja tak yah nak tgk2 dlm periuk kalau masak guna dapo gas.
ReplyDeleteBelum masak lagi... Nanti kita nak masak juga nih... Memang senang masak guna pressure cooker...
ReplyDeletewahhhh mudah dah zaman skrg kan...kejap je dah siap... terbaik lah...Salam Aidilfitri kak
ReplyDeletemmg mudah..akak dh byk kali juga masak nasi impit dlm pressure cooker
ReplyDeleteCantik kejadiaanya . Kay rumaj xde lagi pressure cooker . Kalau ada satu hri nnti boleh cuba
ReplyDeleteWe cooked this as well. :D
ReplyDeletebaru beli la gourmet pressure cooker ... agaknya cara buat resepi ni sama ke ?
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)