PDPR sepanjang hari punca mata anak berair berlebihan! OPTOM eyecare kaji saraf mata secara mendalam.
Anak sebaya anak juju tu si Abg Qi, manalah dia tahu dunia sekarang tengah berada dalam ancaman virus maha hebat, yang dia tau kena duduk rumah lagi dan main game sepanjang hari selain kena patuh jadual PDPR.
Ya semua anak-anak kita macam ini kan, kecil lagi dah kena mengadap sesi PDPR sepanjang hari menggunakan gadget yang diberi oleh ibu bapa, termasuklah Abg Qi dengan tabnya.
PDPR terlalu lama impak serius perkembangan mata si kecil...
Sejak Darjah 2 sehingga kini Darjah 3/2021, aku perhatikan corak pembelajaran PDPR Abg Qi yang perlu dia hadap lihat di gadget satu subjek dalam 45 min ke 1 jam.
Itu baru 1 subjek, kalau masuk Google Classroom lagi mau 5 ke 6 jam sekali hadap. Pernah beberapa kali aku nasihatkan dia, jangan tengok tab masa kelas online dekat sangat.
Tapi tu lah budak-budak ni sekali cakap, 10 kali kena ulang. Mata dia kemerahan dan berair, sambil dia gosok matanya berulang kali. Bila bangun tidur, nampak bawah matanya lebam panda.
Allah, mata anak aku penat, ada sekali tu aku terpaksa cutikan anak untuk bagi dia rehat dari melihat tab terlalu lama. Sedih tau... dia bukan rabun dekat atau jauh. Cuma dia selalu gosok mata, katanya pedih tengok skrin lama-lama. 😢😥
Ya Allah, aku memang pengikut setia KKM di FB tau. Sambil belek statistik terkini pasal COVID-19 mata aku terpana pada gambar diatas.
Jadi juju screenshoot dan kongsikan dengan kalian semua disini. Kebetulan dan tepat pada masanya, inilah ke semua kesan jangka pendek dan jangka panjang yang memungkinkan mata si anak kecil kita akan hadapi.
Oh tidakkkk!!
Dia masih kecil lagi. Jadi aku teruskan misi untuk cari lebih maklumat dalam Google. Aku survey dalam carian langkah awal pencegahan mata si kecil dari berair berlebihan dan terlalu kering apa caranya aku kena lindung.
Carian teratas di Google, aku temui beberapa orang kongsikan di blog pasal isu yang lebih kurang sama anak juju hadapi.
Antaranya :
MohazSue klik SINI
Dramafmr klik SINI
Qaseh Dalia klik SINI
OPTOM eyecare, ketiga-tiga pengalaman penulis diatas berkata OPTOM eyecare sangat mementingkan KLINIKAL SERVIS.
Apa tu?
Senang faham, mereka ada 4 jenis mesin untuk cek mata tau, mesin paling jarang ada kat kedai cermin mata biasa ialah MESIN DIAGNOSTIC & MESIN SLIT LAMP.
Ia akan cek saraf mata depan dan belakang mata secara mendalam. Boleh detect awal punca katarak atau tak.
Bukan setakat cek mata berair punca sebab rabun dekat ke atau jauh, tapi semakan menyeluruh punca mengapa mata kering dan ada kala berair berlebihan bagi semua golongan termasuk kanak-kanak seusia anak juju.
Ehhhh! Bagus ni. Juju tergerak hati nak bawa Abg Qi ke sini nanti. Sambil tu boleh cek mata juju sekali.
5 Comments
Bgs ye. Anak2 sekarang mmg dh banyak guna gajet. Elok jaga mata diaorg awal2
ReplyDeleteKalau hadap gajet lama2 bajaya jugak ni . Takut nanti saraf mata rosak
ReplyDeleteWow betul betul terperinci lar. :) Kerana pandemic ni kena lar jaga mata kan kerana guna terlalu banyak gadget.
ReplyDeleteteringin nak bawa anak-anak pergi cek mata kat sini. bagus sgt terperinci dia cek
ReplyDeleteiyea betul tu..hadap latop, hadap hp..semua buat kan mata terlebih strain..
ReplyDeleteSharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)