Duduk di rumah berehat di hujung minggu sambil nikmati makanan kegemaran keluarga bersama-sama, adalah satu aktiviti sihat yang baik. Juju mendapati ianya juga dapat memberi kenangan manis dan menghilangkan stress selepas beberapa hari sibuk dengan urusan kerja. 

Untuk mak-mak yang memang ada di rumah, inilah masanya nak tunjuk skill memasak kan? Antara menu yang mudah, sedap dan seronok di makan secara beramai-ramai adalah pasta. 


Pasta ada pelbagai jenis. Semua resipi di atas boleh di olah menggunakan pasta pilihan masing-masing. Rasanya juga boleh disesuaikan mengikut citarasa sendiri. Jika mahu masak pasta dan kebetulan bahan habis, boleh terus beli secara online melalui aplikasi Pandamart untuk servis grocery delivery


Antara resipi pasta yang mudah dan sedap di masak adalah : 


1. Resepi Spaghetti Olio Dengan Ayam



Bahan-Bahan:


200 gram spaghetti yang belum direbus, rebus hingga lembut, toskan

6 biji black olive

6 biji green olive

15 biji jeruk capers

1 keping dada ayam, didadu*

2 ulas bawang putih, tumbuk lumat*

1/2 camca teh serbuk lada hitam*(*disatukan dan perap sekejap)

1 biji terung saiz sederhana, dipotong kiub, rendam

1 biji bawang holland, didadu

3 ulas bawang putih, cincang halus

4 biji cili padi thai merah, cincang halus

Garam secukup rasa

Parsley, dicincang untuk hiasan

Minyak zaitun untuk menumis


Cara Memasak:

1. Panaskan minyak zaitun dalam non-stick pan atau kuali. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masukkan cili padi dan ayam. Kacau rata dan masak hingga ayam berubah warna. Tambah terung dan goreng terung sekejap.


2. Masukkan green olive, black olive dan jeruk capers, kacau rata2. Tambah spaghetti dan gaul hingga sebati. Perasakan dengan sedikit garam. Masak sekejap dan rasa, jika ok boleh matikan api. Tabur cincangan parsley sebelum dihidangkan




2. Spaghetti In Carbonara Sauce 



Bahan-Bahan: 


2 sudu kecil minyak zaitun 

200g sausage dihiris nipis 

3 biji cendawan butang dihiris nipis 

3 ulas bawang putih diketuk 

2 biji kuning telur 

1/2 cawan krim pekat atau susu cair 

75 g keju parmesan yang diparut 


Cara Memasak: 


1. Panaskan minyak dan masukkan sausage. Masukkan bawang putih dan cendawan butang kacau lebih kurang 5 minit sehingga sausage agak masak , angkat dan toss minyaknya 


2. Pukul kuning telur dan krim serta 3/4 daripada parmesan keju tadi..Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. 


3. Masukkan dalam pasta dan sausage tadi di atas api kecil kacau sehingga sebati dan masukkan baki keju tadi. 


4. Kalau hendak cair adjust dengan krim atau stok ayam



3. Spiral Spaghetti Goreng Ala Chef Shila 



Bahan-Bahan: 


Spiral Spaghetti 250gram/setengah paket - 4 org makan 

Seafood - Udang, sotong 

Minced chicken/beef 

Lada kering - gunting dan direbus 

Bawang besar - sebiji 

Bawang putih - 4 ulas

Sos Tiram 

*Sawi batang hijau 

*Carrot - dipotong panjang 

Telur - 2biji 

Garam dan bahan perasa 


Cara Memasak: 


1. Dalam air mendidih masukkan spaghetti. Kemudian toskan airnya. 


2. Lada kering yang sudah direbus sampai lada kembang, ditapis dan di blend bersama bawang besar dan bawang putih. 


3. Panaskan minyak (biar lebih sikit supaya lada betul-betul masak) dan masukkan bahan-bahn yang telah di blend tadi. Tumis lada sampai betul-betul masak. Masukkan sos tiram sesedap rasa. Tambah garam dan bahan perisa mengikut citarasa. 


4. Masukkan minced chicken/beef dan tumis sampai masak , baru masukkan udang dan carrot. 


5. Tumis semuanya hingga betul-betul masak, kemudian masukkan spaghetti. Gaul sampai rata, masukkan telur dan kacau. 


6. Akhir sekali, masukkan daun sawi (jika suka) dan gaul lagi sampai semua bahan agak kering. Siap dan sedia untuk di makan.



Kredit resipi : Shilafaizz


Cara terbaik untuk jimatkan masa, boleh tempahan barang runcit sehari sebelum. Nanti mudahlah nak masak pasta yang dihajati dengan senang dan mudah. Jimat masa dan jimat tenaga. 


Melalui Pandamart ini juga, bukan setakat boleh beli pasta dan bahan memasak, malah boleh juga beli barangan keperluan rumah yang lain.


Sabun basuh, lampin pakai buang bayi, snek ringan, minuman, produk penjagaan wajah harian dan sebagainya. Sama seperti beli di pasaraya biasa, begitu jugalah fungsi Pandamart ini.


Apa yang membezakan, dengan Pandamart semuanya hanya di hujung jari. Pesanan juga akan terus dihantar sehingga ke depan pintu rumah. 


Untuk ibu-ibu yang punya anak kecil, tak perlu lagi nak susahkan diri keluar beli barang dapur dengan anak. Lebih selamat dan lebih memudahkan juga. 

4 Comments

  1. War...yang Spiral Spaghetti Goreng tu nampak sedap lar sebab pedas. :D

    ReplyDelete
  2. tengok gambar spageti dengan terus tu terus rasa nak buat tu. hahahha

    ReplyDelete
  3. sedapnya. anak-anak suka makan macam ni

    ReplyDelete

Sharing is Caring, Thank You Drop Some Comment Here :)